BAB 21 ( confess ? )

136 13 0
                                    




Sampai di pagar rumah.

Aku terus keluar dari keretaku dan menuju ke arah kereta yang mengikuti aku sepanjang perjalanan dari rumah aunty mariam sampai lah ke rumah ku ini. Aku meninggalkan afiq  yang masih di dalam kereta, dia tidur tak ingat dunia, . Dasar adik tak kenang budi. 

Aku mengetuk tingkap kereta itu.

Dia menurunkan tingkap nya.

"  apa masalah awak ni . Kalau nak jadi stalker tu jadi lah betul-betul. Ini tak, dasar stalker tak berjaya " kataku

Dia ketawa kecil.

" kau ni, tak de makna aku nak stalk kau " sisa ketawa dia masih didengari.  Ya tuhan nampak lesung pipit dia.

" awak nak apa sebenarnya ? " tanya ku

" kau " katanya

Muka ku mula naik merah.

Aku buat buat ketawa " lawak nya "

" siapa cakap aku buat lawak ? " dia menjongket kan keningnya.

" aku ikut kau sebab aku risau kan kau, dah malam ni. Kau bawa kereta bukan betul sangat " katanya lagi.

Memang muka aku dah macam tomato sekarang ni. Dia ni buang tabiat ke apa bagi ayat sweet-sweet. Walaupun ayat terakhir tu macam perli aku.

" eh, ni dah kenapa muka merah ? " Dia buat tak tahu pula, disebabkan kau punya ayat lah aku jadi macam ni.

" tak de apa-apa lah, saya masuk dulu "  aku berura-ura mahu pergi.

" goodnight " katanya sambil senyuman yang paling lebar. Tak pernah aku tengok senyuman semanis dan seikhlas ini daripada dia.

Aku apa lagi tutup muka aku dengan telapak tanganku, terus memusingkan tubuh aku lalu berlari pecut macam jauh sangat rumah tu.

Dia yang berada di dalam kereta itu sedang ketawa terkekeh-kekeh aku rasa.

Malam itu aku tidak boleh tidur. Pusing kanan, pusing kiri, pusing belakang, pusing depan. Semua tak kena. Jantungku berdegup dengan kencang. " Dahlia, ingat dia hanya bergurau , dia nak buat lawak sebab dia tak suka kau, dia nak sindir kau " kataku di dalam hati. Malam itu aku tidak dapat dibuai mimpi disebabkan singa aka boss hantu aku itu.














Aku berlari tergesa-gesa ke arah lift yang mahu tertutup itu. Macam mana pula aku terlajak tidur ni. Itu lah semalam kau pergi ber dating dengan suria sampai lewat malam lepastu boleh pula dia sambung transit kat rumah aku, memang sampai ke subuh lah. Padan muka kau dahlia.

" tunggu ! " jeritku.

Terlihat sepasang tangan yang kekar menahan lift yang hampir tertutup itu. Aku terus masuk ke dalam lift lalu tersentak apabila terlihat dua orang lelaki yang sangat ku kenali itu berada di dalam lift yang comel ini. Tak masalahnya apa yang haider buat kat sini, yang singa tu tak yah cakap lah kenapa dia ada. Tapi yang jadi persoalannya, punya banyak lift, lift ni juga diorang nak guna. Itulah, datang lambat lagi.

" Terima kasih " ucap ku untuk sesiapa yang menahan lift itu. Aku pun tak tahu siapa. Garu tudung sekejap, nak buat apa ni. Aku terus berdiri di sudut lift itu.

" sama-sama " kedengaran dia bersuara. alamak ! kejadian dua hari lepas. Hah mula lah muka aku naik merah. kalau terserempak dengan crush pujaan aku pun tidak ada  lah jadi sampai begini. ini dengan boss lain macam. bruh.

" Dahlia, are you okay ? " haider pula bersuara.

" Yeah, I'm okay. Cuma panas sedikit " aku kipas muka ku menggunakan telapak tanganku. Menipu je kerja kau kan dahlia.

Haider hanya angguk. Dia pula sedang menahan senyum. Ish kalau boleh nak koyakkan saja mulut dia yang lawa tu. eh eh eh apa ni.





























sorry korang, bulan ni maybe slow update 😭❤️💪 stay safe  and salam ramadhan✨ lob u🥰

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 11, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

That's my dahliaWhere stories live. Discover now