aku menekan loceng rumah keluargu. Ya, sekarang aku berada di depan rumah keluargaku di Shah Alam" assalamualaikum, umi ." aku menyalam umiku.
" waalaikummusalam, masuklah " kata umi ku.
Aku melangkah masuk ke rumah itu, terhidu bau masakan umi yang dirindui
" umi masak apa hari ini ? " tanyaku.
" masak awak punya favourite makanan lah, asam pedas."
" yeah, terima kasih umi. Sayang umi, muah " aku mencium pipinya. Tak salah nak bermanja dengan emak sendiri, kalau dengan boss tu ghisau ah.
" mana abah? "
" abah kau pergi jumpa dengan pakcik Jamal " Pakcik Jamal itu merupakan kawan rapat abah sejak sekolah menengah lagi. Setiap minggu, mesti satu kali kena jumpa.
" ouh "
' dah, jom makan " ajak umiku.
Di dalam rumah ini hanya ada umi dan abah. Aku ada dua orang adik. Aku sulung.Ainul merupakan adik perempuan , dia sedang melanjutkan pelajarannya di Korea, manakala Afiq adik lelaki masih bersekolah. Afiq perlu duduk di asrama, itu yang hanya umi dan abah yang berada di rumah ini, jika Afiq balik cuti dia akan duduk bersama dengan mereka. Aku tidak dapat teman mereka kerana bekerja di Kuala Lumpur.
Bunyi pintu dibuka, didengari. Abah dah balik.
" eh bila sampai ni" tanya abahku
Aku menyalam tangan nya.
" petang tadi. abah ni dah nak magrib baru balik. Tak elok lah " aku membebel. Macam terbalik je, sepatutnya abah aku yang membebel, aku yang balik lambat.
" abah ada urusan sikit dengan Jamal tadi " katanya
" urusan apanya, kalau nak dekat setiap hari jumpa dia " umi dah bersuara.
" awak ni asyik membebel je, saya naik atas dulu " abah sudah menaiki tangga
" lepas solat, jangan lupa turun makan " jerit umi. Marah marah tapi sayang juga.
Aku hanya menggelengkan kepala melihat telatah ibubapa ku . Comel lah. Nak kahwin ah macam ni, tapi takde calon. sedih.
" Nur esyal Dahlia, bangun sekarang !." suara umi sudah kedengaran. Ini lah salah satunya rutin aku sebelum bangun kalau tidur dekat rumah ini. Aku rasa kalau kat rumah sewa ku sekarang ni masih di buai mimpi sampai lah abang jamil mampus. Aku duduk di sini selama 2 hari.
" ya ummi, esyal bangun " aku bangun dari pembaringan ku.
" pukul 2 nanti pergi ambil Afiq dekat asrama dia" kata ummi
" kenapa pula, biar je la dia duduk sana sampai bila-bila "
" eh tak baik lah, ummi rindu tau dengan Afiq tu. disebabkan cuti sekolah seminggu lah, dapat melepaskan rindu ummi ni. jangan tak ambil pula dia nanti " ummi memang sayang sangat anak bongsu dia tu, menyampah aku.
" ya ummi, esyal ambil " aku mengeliat sikit.
" good morning abah " sapa aku di meja makan
" good morning " balas dia
" wow, ni mesti nasi lemak warung Mak Jah kan " soal aku
" aah, duduk lah " suruh abahku.
Aku pun mula menjamah nasi lemak tu. sedapnya.
" jap lagi esyal nak ambil afiq kan " tanya abah selepas dia selesai makan.
" ya, abah ada nak kirim apa-apa ke? "
" beli kan abah starbucks boleh?"
Nasib tak tercekik makanan aku. Sejak bila pandai minum starbucks ni.
" siapa ajar abah minum starbucks ni ? " risau lah mana pula bapa aku belajar minum air mahal gini
" dah lama dah esyal, sebelum awak balik lagi Abah dah minum starbucks " dia jawab, amboi mesti si Afiq tu ajar abah.
Aku tepuk dahi.
" okaylah, nanti abah send kat whatsapp abah nak air apa " kataku
" okay "
hari ni takde singa tu😭😭 korang rindu dia tak?
YOU ARE READING
That's my dahlia
Storie d'amoreMuhammad luth ryan X nur eshal dahlia Pertemuan pertama berlaku dengan secara tidak sengaja di depan tempat parking kereta AI Company. Berlakunya accident kecil antara mereka berdua, tak pasal-pasal lelaki itu digelar singa oleh gadis bernama nur es...