BAB 3 ( Friend )

126 33 3
                                    

Hari pertama bekerja, sungguh meletihkan. Aku kena angkat fail yang macam gunung. lepastu kena buli dengan si Aiman tu, dia cakap aku tak pandai buat kerja lah, pemalas lah. Yang paling memalukannya aku termasuk tandas lelaki!!!. Nasib lelaki yang ada dalam tandas tu bukan ahli pasukan ku.

Aku balik ke rumah sewa ku. Aku duduk berseorangan di dalam apartment ni kerana aku kan baru balik dari london, mana nak carinya rakan sewa. lagi pon aku suka duduk berseorangan boleh menlantak, melalak sana sini semua tempat aku punya. Selepas membersihkan diri, telefon aku berbunyi.

aku mengangkatnya. "assalamualaikum,dahlia" kedengaran suara yang tidak asing bagi ku lagi. Suria. kawan baikku semasa belajar di london.

"waalaikummusalam, kenapa?"

"besokkan aku balik malaysia, boleh tak kau datang ambil aku kat airport ni"

"pukul berapa" tanyaku

"pukul 8 malam aku sampai kat klia"

" okay, nanti lepas balik kerja aku terus ambil kau"

"thank you so much dahlia, sayang kau. nanti aku belanja kau makan ya"

"aku tak sayang kau, dah bye nak tidur"

" eh lupa pulak, harini first day kau kerjakan, hah pergilah tidur. goodnight"

"goodnight" aku melelapkan mata dan terus masuk ke alam mimpi ku. Tamatlah hari pertama ku sebagai seorang pekerja.




selepas tamatnya waktu kerja ku. aku terus bergerak ke klia untuk mengambil suria.

" wei, apa cerita kerja kau, okay ke semua" tanya suria apabila dia sudah masuk ke dalam keretaku.

" okay benda nya, aku sikit lagi nak langgar kereta orang masa cari parking kat tempat kerja aku, yang orang aku nak langgar tu pulak bukan main macam singa tahu tak? padahal tak kena langsung. kecoh tau. kenapalah aku tak langgar betul-betul je kereta dia tu."
aku tarik nafas

"kau mesti ingat itu je kan apa yang jadi tapi salah sama sekali. bila aku masuk je pejabat, ada satu manusia ni tak cukup zat, dia cari pasal dengan aku wei, dia cakap aku tak pandai buat kerja, dia ingat dia tu bagus sangat ke, yang tak boleh tahan nya dia duduk sebelah aku" sambung ku

ketawa suria meletus pun. aku dah agak dah kalau aku cerita pasal ni, confirm dia bukan kisah pon pasal perasaan aku yang tahu gelak je.

" baik kau diam, sebelum aku tinggalkan kau tepi jalan ni "

"rilek lah babe, dah cerita kau kelakar, aku gelak ah "

" kau sekarang ni nak pergi mana? nak balik rumah kau ke ?"

" yelah, dah malam ni kan. kau nak aku gi mana lagi gila" sindir suria

"mana tahu, nak hantar kau pergi zoo ke?" aku sindir dia balik.

" bukan setakat aku je kena, kau pun aku tarik sekali. dah namanya kawan kan cik eshal dahlia" senyum nya.

" menyesal aku ambik kau hari ni "

"alaa jangan ah macam tu, tak baik lah kau ni. aku taknak bagi baju yang kau suruh aku belikan kat london haritu "

" ehh, aku tak maksudkan pon. mulut aku ni tiba- tiba gatal sangat nak keluarkan ayat itu. untuk pengatahuan cik suria saya ikhlas untuk datang ke sini untuk ambik awak, jadinya sebagai upah kau kena belanja aku makan dan bagi baju yang aku tunggu dekat setahun nak keluar tu"

" tahu takut, nanti sampai rumah. aku bagi"

" okay boss "

sepanjang perjalanan itu aku dan suria hanya berbual kosong dan tergelak ketawa dengan kisah-kisah yang lama semasa kami belajar di london dulu.












kali ini hanya pasal dahlia dengan suria. jangan risau next chapter luth akan muncul sebagai 🤫🤫🤫

That's my dahliaWhere stories live. Discover now