" Dahlia, kau tak nak balik ke?" tanya kak mira. Harini aku terpaksa balik lambat semuanya disebabkan si budak kerek tu. siapa lagi kalau bukan aiman."Tak kak, saya ada kerja lagi. Saya rasa jap lagi baru saya balik"
" hati-hati tau, tinggal kau sorang je kat tingkat ni. Dah lah kat luar tu hujan " risau kak mira dengan budak ni.
" Hujan ke? Saya tak perasan pun " mana tak nya aku duduk kat meja aku ni dari pagi sehinggalah petang. Sampaikan masa rehat tadi aku tak makan pun.
" ya hujan, kau bawa payung tak ? " tanya ka mira
" mestilah bawa, jangan risau lah kak. Akak pergilah balik, mesti suami kesayangan tengah tunggu kat bawah kan " aku mengusiknya. Untunglah ada suami.
" okaylah, kalau ada apa-apa jadi call akak tau. "
" ye kak, dah pergilah "
"Amboi, halau aku pulak dia ni"
Aku hanya gelak
" akak gi dulu tau, bye " lalu tinggallah aku sorang.
Sudah satu jam berlalu selepas kak mira balik tetapi kerja ku masih belum siap.
Tiba-tiba, terdengar bunyi detapan kaki seseorang. Siapa pula yang datang ni, tertinggal barang agaknya.
Aku menghiraukannya. Orang tu nak ambil barang, ambil je lah. Kalau dia tegur nanti, aku balas lah. Hidup ini kan senang.
Tiba-tiba dia bersiul. Agak-agak lah nak bersiul pun, orang nak buat kerja ni. Aku pandang kebelakang, tak ada. Kekanan, takde. Kekiri, takde. Kedepan lagi sekali pon takde. Hah jangan cakap hantu.
" tak lawak lah, baik awak keluar sekarang! " bergema suara ku di seluruh tempat itu.
Sunyi
" jangan lah main-main! "
Masa tu lah tingkap nak tertutup. Rasanya sebab angin kuat sangat. Ya ke?
Kedengaran orang ketawa pada masa itu. Bulu roma aku dah naik mencacak langit ni.
Aku terus bangun dari tempat duduk ku. tiba-tiba, tangan ku disambar dari belakang. Aku apa lagi meronta-ronta agar dilepaskan, malangnya tangan ku masih belum dilepaskan. Pada masa itu, aku lega sangat itu bukan hantu sebab aku dapat dengar deruan nafasnya. aku ni penakut hantu kalau manusia ni aku boleh wrestling je.
"ish , lepaskanlah, sebelum aku menjerit ni" aku dah bersedia nak menjerit.
Dia melepaskan tangan ku " yang kau, kecoh sangat ni kenapa "
aku dengan beraninya menolehkan muka ku ke belakang. Sekali muka si singa gila ni.
" yang awak pegang-pegang ni kenapa pulak, dosa tau! " nada ku dah naik.
" penakut betul eh, kau " dia senyum mengejek
" Awak pergi buat macam tu, mestilah saya takut. Apa masalah awak hah!" jangan main-main dengan aku yang penakut hantu ni, sekali pun boss, memang aku dah tak hiraukan lagi.
" Saya tak de masalah pun, cik dahlia " jawab dia tenang bagaikan nada suaraku ini seperti biasa bagi dia.
" dah lah, saya malas nak layan awak ni " aku terus berlalu ke lift
Setelah sampai di tingkat bawah.
Aku membuka beg tangan ku untuk mencari payung. Malangnya, benda yang aku cari takde. Aku tepuk dahi. aku terlupa mahu masukkan payung ke dalam beg baru ku ini. Dasar dahlia.
" tak de payung ke? " bila masa tah dia kat sebelah aku.
" entah " aku malas nak layan. Aku terus meletakkan beg tangan ku di atas kepala, bersedia untuk berlari ke kereta ku . aku tertanya-tanya asal tempat parking company ni tiada bumbung. nak je tanya dekat orang sebelah ni.
" ambil ni " aku menoleh ke sebelah, dia sedang menyuakan payungnya kepada ku. Baik pulak si singa ni.
"Tak payah lah, nanti tuan nak pakai apa " tolakku
" orang dah bagi tu, ambik je "
Aku teragak-agak nak ambil.
"Cepatlah,aku ada banyak kerja lagi nak buat ni. "
Ambil je lah " terima kasih tuan " aku membuka payung itu.
Dia hanya menganggukkan kepala nya. Aku terus berlari ke kereta ku dengan payung itu. Setelah aku sampai di kereta ku. Terlihat si singa itu berlari sambil memegang blazer diatas kepalanya. Kalau dalam kdrama ni mesti sebelah dia tu, perempuan kan.
YOU ARE READING
That's my dahlia
RomanceMuhammad luth ryan X nur eshal dahlia Pertemuan pertama berlaku dengan secara tidak sengaja di depan tempat parking kereta AI Company. Berlakunya accident kecil antara mereka berdua, tak pasal-pasal lelaki itu digelar singa oleh gadis bernama nur es...