Hari ini merupakan kenduri kahwin Abang Khai, abang suria. Jadi aku memutuskan mahu memakai abaya bersama tudung yang berwarna dark brown. Aku berdiri di depan cermin lalu mengambil gambar. Setelah berpuas hati dengan gambar itu, aku memuat naik nya di instagramku.
Alhamdulillah, aku selamat tiba di majlis itu. Aku bersalaman dengan aunty aini dan uncle ridzuan.
" Dah lama tak jumpa kamu. Dengarnya kamu dah start kerja " tanya aunty aini
" ya aunty, baru bulan lepas masuk. " kataku pula
"Masuklah dahlia, jangan lah malu malu pula " kata uncle ridzuan
"Eh tak de lah. Ni hah saya tengah cari suria. Dia dekat mana eh ? "
"Rasanya dia dekat dapur, pergilah jenguk dia kat sana"
" Ok Lah kalau macam tu. Saya masuk dulu " aku terus masuk ke dalam rumahnya.
" kau makan tak ajak aku kan " kataku setelah nampak si nenek tu tengah makan nasi minyak. Aku dah tarik kerusi di hadapan suria untuk duduk.
" bodo, Terkejut aku. Bila kau sampai ni?" dia meneguk air
" hah tu lah sibuk makan, sampai tak sedar bila kawan datang "
" aku lapar lah, dari pagi tadi aku tak sempat makan tau!" dia sedang buat muka sedih.
"kesian,betul kawan aku ni kan " aku pun buat muka sedih.
"Wei, jom temankan aku pergi ambil makanan" aku menarik-narik lengan baju suria.
" su, aunty panggil " tiba-tiba ada orang memanggil nenek ni.
Aku sudah mencebik ni, baru nak ajak suria pergi teman aku ambil makanan.
" alo jangan lah buat muka macam tu, tak comel lah." pujuk suria
Aku dah mula nak nangis ni. Aku tak tahu lah kenapa suka sangat nak menangis bab-bab makanan ni. Air mataku dah jatuh.
" jangan lah menangis, sayang oi" suria lap air mataku yang jatuh.
" abang luth, sini ! " dia menyuruh orang yang memanggilnya tadi. Aku tak tahu lah siapa tu sebab aku tengah tundukkan muka sekarang ni.
" jangan lah nangis. aku suruh abang luth temankan kau ambil nasi minyak tu, eh." dia berkata pada ku
" abang luth, tolong temankan kawan suria ambil kan nasi minyak dia" kata suria pada lelaki itu.
"Okay" kata lelaki bernama luth itu.
" aku pergi tau" aku hanya mengangguk. Lalu suria pun pergi dari situ, di dapur hanya tinggal aku dan lelaki itu.
" yang kau menangis ni kenapa?"
eh asal suara dia ni macam. aku mengangkat kepala ku. Kecil betul dunia ni. Asal dekat sini juga dia nak ada.
Aku sambung nangis balik, , habis pipi basah, aku tak tahu lah apa yang terjadi dengan makeup ku sekarang ini.
" kau ni tak payah lah nangis" katanya.
Aku masih menangis lagi. Dah lah lapar sekarang ni. lepastu muncul pula musuh paling ketat aku ni. Tak tenang hidup
" Dahlia, don't be like this, uhm. Jom, aku temankan kau pergi ambil makanan. " . suara dia bertukar lembut. dia duduk mencangkung di hadapan ku.
Aku terus sedut balik air mataku. wei,first time aku dengar suara dia macam ni. Help !
" hah berhenti pun" suara dia bertukar seperti sediakala. Singa dah kembali. Dia berdiri semula.
" dah bangun cepat, kata nak makan" katanya
Aku bangun dari tempat duduk ku. Musuh pun musuhlah. Janji aku dapat makan.
ada ke orang macam dahlia? kalau tak dapat makanan nangis🤔🤔. tak salahkan manja dengan bakal suami, ehh ghisauu
YOU ARE READING
That's my dahlia
RomanceMuhammad luth ryan X nur eshal dahlia Pertemuan pertama berlaku dengan secara tidak sengaja di depan tempat parking kereta AI Company. Berlakunya accident kecil antara mereka berdua, tak pasal-pasal lelaki itu digelar singa oleh gadis bernama nur es...