"It's ok if you don't like me. I was born not to impress you."-Joker
Khairina Alysya sedang sibuk menyusun fail yang berterabur di atas meja. Dia tiada masa untuk mengemas kerana sibuk dengan tugasannya sebagai wartawan. Lagipun, dia banyak menghabiskan masa di luar berbanding duduk di atas kerusi pejabat mengadap laptop. Bukan senang nak mengarang kalau tiada sumber.
Sedang leka mengemas, ada suara lembut menyapa,"Lysya, apahal kau rajin sangat ni babe! Tak pernah-pernah aku tengok kau mengemas! Tup-tup rajin pulak kau ni?! Tiber..."pelik menyerbu benak fikiran sahabat baiknya itu.
"Ish kau nih, nak cakap aku pemalas lah tu...sesedap Maggie cukup rasa je kau nih!"marah Alysya.
"Bukanlah wey...bukan tu maksud aku! Aduii kau nih...buat penat aku je cakap dengan kau!"balas Atiyyah bersahaja.
Alysya mengerling tajam kearah Atiyyah. Cuba memahami statement tersebut, "Alah kau ni Aty, aku gurau jelah yang kau siyes sangat nih pasal apa?!"terus ketawa Alysya pecah dek kerana melihat wajah temannya yang sudah cemberut itu.
"Aku bukan apa, aku takut yang kau not in mood. Kang salah cakap kena langkas aku mati wey! Tak sempat aku nak bagitau kau berita baikkk punya ni!"balas Atiyyah sambil tersenyum manis dengan tangan yang menunjukkan tanda best.
"Apa berita baik sangat tu? Cuba kau bagitau aku...hambak maih...cepatlah wey! Aku excited nih!!!"tanya Alysya tidak sabar.
Atiyyah menarik lengan Alysya untuk duduk sama di kerusi bagi meneruskan perbualan,"Macam ni..."namun tindakan Atiyyah itu menimbulkan rasa sangsi di hati Alysya.
Mana tidaknya, Aty memandang sekilas ke arah kiri dan kanan sebelum meneruskan perbualan mereka. Seakan-akan ingin memastikan tiada siapa yang mendengar perbualan mereka tersebut.
Alysya hanya memerhatikan sahaja gelagat sahabatnya itu. Namun tetap sabar menanti dengan penuh harapan yang berita tersebut memang betu-betul terbaik.
"Aku sebenarnya baru jumpa bos kita, Mr.Ray..."sambung Atiyyah.
"So?!" soal Alysya.
"Mr.Ray ada offer kita untuk join PROJEK SULIT. Kau nak join tak?"ajak Atiyyah dan berharap agar Alysya sudi join sekali projek ni.
Namun, dalam keadaan blur Alysya bertanya"Kau ni, bagitau lah dulu apa yang special sangat tentang projek tuh. Nih tak, terus ajak aku! Macam mana aku nak tertarik! Bende lah kau nih!"marah Alysya.
"Yelah...yelah! PROJEK SULIT nih sebenarnya satu projek rahsia...hanya orang tertentu sahaja yang terlibat. Projek ni kita kena siasat pasal mafia internasional yang sangat digeruni...mungkin risiko tinggi tapi Mr.Ray yang akan jamin sendiri keselamatan kita hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia dan FBI."terang Atiyyah dengan berhati-hati.
"Habis tu, berita baik apa kau nih. Seram adalah! Tak nak lah aku join! "awal-awal lagi Alysya sudah menolak. Tidak sanggup untuk turut bersama kerana membahayakan keselamatan diri. Lagipun sudah tentu abang dia tidak mengizinkannya untuk turut serta.
"Aku nak kau join do! Kau tahu tak, yang Mr.Ray sanggup tawarkan dua kali ganda bonus gaji kita kalau kita nak join tapi...if this project succeed, empat kali ganda pun Mr.Ray sanggup bayar! Amacam on tak on?" soal Atiyyah inginkan kepastian.
Alysya terkedu "Biar betul babe?! Ish tak boleh jadi nih!"namun masih ada benda yang membelenggu fikiran. Dia risau yang abangnya tidak setuju dengan keputusan tersebut. Ikutkan hati memang nak. Dia buntu.
Atiyyah perasan akan dahi Alysya yang berlipat memikirkan sesuatu,"Alah, kau nih terima jelah! Aku tahu kau risau pasal abang kau kan? tapi peluang hanya datang sekali babe! Takkan kau nak persiakan peluang yang diberi bagai bulan jatuh ke riba nih?!"Atiyyah cuma mahu membantu teman baiknya saja.
Selang beberapa minit, Alysya masih lagi dilema. Fikirnya, sudah tentu abangnya yang overprotective takkan membenarkan dia mengikuti projek bahaya ini.
Atiyyah masih bermanis mulut memujuk Alysya,"Kau ni, abang kau bagi je kan! Sebelum ni, okey jerr abang kau kasi kau terlibat dengan kes jenayah. Takkan kali nih tak boleh?"puas Atiyyah memujuknya.
"Tu okey lah local issues lagi wey, ni INTERNATIONAL punya! FBI bagai, kau ingat semudah air batu campur tu je abang aku kasi?! Memang tak lah! Yang kes sebelum nih pun bukan main lagi aku pujuk dia, kau tahu kan?!"sedih menghuni hatinya.
Dia tahu bukan sikap abangnya yang suka mengongkong tapi demi satu-satu adik kesayangan yang dia ada mesti lah abang inginkan yang terbaik buatnya.
Atiyyah tidak berputus asa. Bukan apa, dia senang bekerjasama dengan Alysya yang tak banyak ragam. Sedangkan orang lain beribu alasan sanggup dicipta berbanding bekerja.
"Bolehlah babe...this is your dream, right? Kau dah lama nak handle kes macam ni... You know why?! This is Great Offer ever! Rugilah kalau kau tak boleh terlibat sekali! This is the right time untuk kau kembangkan lagi your carier! "pujuk Atiyyah lagi. Mata Aty memandang tepat ke arah bebola mata milik Alysya.
"Okey...tapi...we will see, kalau Abang aku kasi aku join tapi kalau tak...TAK lah jawapannya. Kau tahu jelah Abang aku tu camne!"Alysya cuba memujuk hati yang sedang sayu mengenangkan takdirnya yang berabangkan abang yang terlampau protective ni.
Dalam sabar memujuk, akhirnya usaha dia tidak lah sia-sia, Atiyyah bersorak keriangan. Namun, dia tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi bimbang nanti akan mengecewakan pula. Namun, dia sangat berharap hajatnya akan tercapai juga.
Sedang dari tadi bersorak,Zulfatah yang baru sahaja memasuki ruangan pejabat tersebut kepelikan melihat riak wajah Atiyyah yang terlebih gembira.
"Kau makan ubat tak lagi Aty?"tanya Zul dengan mukanya yang annoying sambil membimbit penuh fail di tangan untuk diberikan kepada mereka berdua.
Habis melayang mood happy-go-lucky Atiyyah. Senyuman yang lebar menghiasi mukanya terus hilang,"Kau memang dah lama tak makan penampar ek?"soal Aty geram dengan sikap Si Zul.
"Aku tak makan penampar, aku makan nasi lah wey...Suka hati kau lah! Dah, ni fail-fail yang korang mintak hari tuh!"tangannya terus menghulur fail tersebut kepada Alysya.
"Ok, rakaman mana?"soal Alysya.
"Aku dah emailkan dekat kau. Video tuh aku dah edit sekali bagi jelas. Nanti korang tengok lah video tu, apa-apa hal bagitau aku!"pesan Zul.
''Thanks Zul!' 'ucap Alysya tulus.
Selepas sahaja tangan Zul mengangkat tanda 'okay' terus kaki melangkah pergi meninggalkan ruangan pejabat tersebut.
Atiyyah yang dari tadi geram dengan perangai Zul berasa ingin tahu dengan isi kandungan fail tersebut.
"Lysya fail apa ni? tadi Zul ada cakap pasal video...video apa?"soal Aty sabar menanti jawapan.
"Takde lah...fail pasal maklumat Group Blackmoon, yang kita tengah siasat tuh! Video tu pulak yang aku sempat rakam masa diorang tengah berurusan dengan client dadah! Barang baik punya!"Terang Alysya.
"Oh, kau dah bagi dekat polis belum?"soal Atiyyah risau.
Alysya menjawab tenang,"Aku dah kasi cuma sekarang ni aku nak tulis laporan berita"
"Nasib baik kau dah kasi babe...aku punya lah risau. Kalau diorang tahu, mampus kau dikerjakan oleh penyangak tu!"nafas lega dihembus.
Dia tidak mahu Alysya mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan oleh senior mereka sebelum ini. Akhirnya, bukti telah hilang manakala seniornya itu telah dibunuh dengan kejam.
"Aku tahu lah apa yang aku perlu buat!" katanya kepada Aty. Dia tahu yang Aty cuma risaukan tentangnya. Namun, sudah pasti dia harus berhati-hati dalam melaksanakan tugas.
Sejak awal lagi, dia tahu bekerja sebagai wartawan bukan lah mudah kerana berisiko tinggi untuk dibunuh oleh penjenayah yang terlibat dengan isu yang mereka siasat. Paling mudah nak faham, wartawanlah paling dibenci oleh masyarakat dan itu lah realiti seorang wartawan yang harus dia terima...
To Be Continue...
"Jangan lupa follow, vote and komen tau!"-mw_Dev69🙃
YOU ARE READING
Aaraz's Queen
ActionMenyambung legasi milik Tan Sri Alfred Dzafri merangkap Ayahanda bukan satu impian buat Aaraz Mikael. Namun, saat dia berjaya menguasai empayar itu, seolah-olah dunia menjadi miliknya. Berkat perjuangan dia dan teman-teman menjadikan mereka kelompak...