3.meeting😉

23 2 0
                                    



"Sweet as sugar, hard as ice, hurt me once, I will kill you twice!"-Mr.Villain

Seperti yang dijanjikan, semua ahli jawatankuasa tertinggi dalam Group Twilight sudah pun menyediakan segala maklumat yang dikehendaki oleh Big Boss mereka. Tepat pada masa, mesyuarat dijalankan seperti yang dirancang.

"Macam mana Zack?!"soal Aaraz ingin tahu.

Zack memperincikan setiap butiran laporan dengan baik manakala yang lain sedang khusyuk mendengar supaya tidak terlepas walaupun satu maklumat.

"Lately ni banyak kali Group Blackmoon telah menceroboh kawasan kita, kumpulan diorang pun banyak mencuri stock senjata api milik kita dan menuduh Twilight yang memulakan permusuhan...ramai anak buah kita yang cedera akibat serangan mereka."keluhan kedengaran di hujung ayat.

"Berapa orang yang tercedera?"tanya Aaraz lagi.

"Dalam 50 ke 100 orang."jawab Zack ringkas.

Aaraz berasa pelik. Setahunya, anak buah yang dipilih untuk menyertai kumpulan mafia mereka bukan calang-calang orang. Mengapa mudah sangat tumbang dengan Blackmoon itu,"Macam mana group kita kepoh sangat hah?! Bukan kita dah interview diorang ke? "soal Aaraz inginkan kepastian. Suaranya agak ditekan. Udara berubah dingin sejuk.

Jeff cuba mencari alasan,"Betul Raz, kita dah interview tapi masa Blackmoon serang kita tu dengan jumlah yang ramai! Tu pasal mudah tumbang!"jawab Jeff bersahaja. Dia juga buntu.

"Esok, aku nak kita attack bangsat tu balik! Zack, kau kumpulkan anak buah kita! Jeff, kau detect markas diorang kat mana dan Danny, kau sediakan satu lori! Aku nak esok kita gempur diorang semua! How dare they touch our group, memang nak cari pasal dengan aku! Sial lah!"muka sedikit menahan amarah yang menggunung sambil tangan bermain-main dengan pistol kesayangan iaitu 'Desert Eagle'.

Mereka bertiga hanya mengangguk tanda setuju.

"Tapi Raz, aku dah siasat pasal benda ni secara mendalam. Semua ni jadi sebab ada member kita yang khianat!"kata Zack penuh kepastian.

"Maksud kau, ada yang tak setia dengan kita?!"tanya Aaraz.

"Hrmm...dan aku tahu siapa yang berani buat shit tuh, camne? Kau nak aku buat apa?"soal Zack buntu.

Aaraz tetap tenang "Yang tuh, aku nak kau simpan baik-baik dulu! Aku pun dah lama tak buat pekasam! Aku paling benci orang yang tak setia nih! Dasar, PENGKHIANAT!!! Lepas ni, aku nak korang interview betul-betul! Aku tak suka group lain pandang remeh terhadap Twilight! "tegas sekali Aaraz berkata. Tiada senyuman menghiasi wajah kacak itu.

................

"Woowww....aku gembira sangat wey! Macam mana kau pujuk abang kau?"tanya Atiyyah sambil melompat-lompat gaya budak 5 tahun dapat lolipop.

"Macam mana? Macam tulah! Awalnya, dia tak kasi tapi bila aku berkeras jugak, dia give up dan izinkan aku join!" jawab Alysya bangga. Wajah gembira jelas kelihatan. Senyumannya juga terbit. Dia masih belum percaya juga seakan benda "miracle" baru saja berlaku.

Atiyyah teringat sesuatu,"Oh ya, memandangkan kau dah setuju, malam nih kita kena pergi office. Sebab ada meeting untuk bincang pasal projek nih."katanya kepada Alysya. Meraka berlalu pergi untuk lunch bersama-sama.

Malam melabuhkan tirainya. Seusai Solat Isyak, Alysya hanya mengenakan tudung bawal hitam, blouse dusty pink dan seluar hitam. Dia hanya bersiap ala kadar sahaja. Alysya mencari kelibat abangnya, "Mungkin tak balik lagi kut"fikir Alysya lalu bergegas ke pejabatnya.

Aaraz's QueenWhere stories live. Discover now