5.game of death😏

15 2 1
                                    

Dangerous Action Scene⚠====JANGAN TIRU AKSI INI====


"The saddest thing about betrayal is that it never comes from your enemies."-Mr.Villain


Lan yang sedang ralit menonton bola sepak di rumahnya terkejut apabila loceng rumah berbunyi.

"Siapa pulak yang kacau aku malam-malam buta nih?! kacau daun betul lah!"marah Lan.

Dia terkejut apabila Ijat dan Epol sudah tercegat betul-betul di depan pintu rumah. Hatinya mulai resah.

"Eh, apa korang buat dekat rumah aku nih?!"debaran di dada Lan mula terasa. Bimbang segala temberangnya sudah pecah.

"Weh, Lan! dia ada suprise untuk kau!"sambil tersenyum sinis. Epol dan Ijat sudah dimaklumkan tentang pengkhianatan Lan terhadap Twilight. Mereka ditugaskan untuk menangkap Lan.

Lan dari tadi sudah terhidu niat mereka berdua, cepat sahaja dia membuka langkah untuk melarikan diri. Namun, usahanya tidak berhasil.

Ijat dan Epol segera mengikatnya lalu dibawa ke markas mereka .



Beberapa minit kemudian.........

Tubuh badan Lan dan Botak sudah habis lebam dikerjakan oleh Aaraz dan rakan-rakannya sehingga pengsan.

"Ijat dan Epol, korang tolong ikatkan penyangak ni di kerusi"bengis sekali Aaraz mengeluarkan arahan.

"Baik, boss!"akur mereka berdua.

Baldi yang dipenuhi air itu dijirus kasar oleh Jeff. Lan dan Botak tersedar dari pengsan. Namun begitu, terasa pedih luka lebam mereka tidak terkata dek kerana air jirusan tadi. Apakan daya, tiada yang mampu mereka lakukan.

"Good morning guys!!" sinis Danny sambil ketawa jahat.

"Kepala hotak kau morning!! lepaskan aku!!"pinta Lan.

Zack, Jeff, dan Danny ketawa terbahak-bahak. Entah mengapa mereka geli hati dengan ayat tu.

"Hei, berani kau suruh aku lepaskan kau! kau ni memang tak kenal aku lagi ke hah?! Ke kau dah lupa apa yang kau dah buat?!"tengking Aaraz. Suaranya sudah mula bergema. Geram terasa apabila penyangak dua ekor depan matanya ini seolah-olah tidak tahu kesalahan yang telah mereka lakukan.

"Aku mintak maaf Raz, aku janji aku takkan buat hal lagi dengan kau!"pinta Lan ketakutan.

"Ish...Ish...Ish...aku simpati sangat dengan kau. Lagipun kau dah kerja dengan aku almost four years...tapi kau tahu kan?! Aku paling benci orang yang tak setia dengan aku ni. Disebabkan kau, aku banyak rugi besar luhh!!!" Marah Aaraz. Bengang dengan sikap anak buahnya seorang ni. Tangan pula tidak habis-habis menampar kasar pipi milik Lan. Terasa sengal pipinya ditampar oleh Aaraz.

Pandangannya bertukar arah, kini di hadapannya ialah ketua Blackmoon.

"Hello, bro! Kau pun satu...Patutnya, kalau kau nak buat hal pun aku tak marah tapi silap kau satu je...kau silap buat hal dengan aku. Kau, kalau nak jadi macam aku!! Kau kena pandai respect orang lain dulu! One more thing, kumpulan kau bukan hebat sangat, yang kau pergi serang Twilight tu kenapa hah?!"suara Aaraz mula meninggi.

"Suka hati aku lah nak serang sape pun, kau pehal!! Kau bukan hebat sangat pun!"bentak Botak.

Aaraz tidak dapat mengawal amarahnya. Muka Botak menjadi mangsa tamparan kuat. Habis pecah mulut Botak,"Sokay, kau masih tak kenal siapa aku... but I will make sure you will regret it for never know me before..."dingin sekali Aaraz menjawab.

Aaraz's QueenWhere stories live. Discover now