6.Jacket😣

15 2 1
                                    

"You fucked me and that was the worst thing you ever did!"-Tommy Agro.


"Saya, Khairina Alysya melaporkan. Sekian, terima kasih."

Dia menamatkan laporan tentang penemuan mayat dua orang lelaki di tengah hutan. Seram...sangat seram.

Meskipun penat, dia tetap cuba memberi yang terbaik selagi dia mampu. Baginya, menjalankan tugas perlulah ada komitmen yang tinggi.

Dari jauh sudah kelihatan Atiyyah yang setia menunggu Alysya menghabiskan program rancangan.

"Babe cepatlah, aku lapar ni!"ajuk Atiyyah. Mereka berdua sudah berjanji untuk dinner bersama-sama. Namun, dek kerana Alysya yang masih belum tamat bertugas, hasratnya terbantut.

"Dah, jom!"ajak Alysya. Mereka berpimpin tangan menuju ke parking lot milik pejabat mereka.

Mereka menaiki kereta masing-masing menuju ke mall berdekatan. Pacuan empat roda milik Alysya iaitu Honda Jazz putih manakala Atiyyah pula Suzuki Swift putih memasuki parking mall tersebut.

Seusai dinner, mereka bergegas pulang ke rumah selepas berbagai-bagai cerita yang dikongsikan bersama.

Alysya memandu dengan cermat semasa pulang ke rumah. Namun, pemanduannya terganggu dek kerana keretanya perlahan-lahan terhenti.

"Ish, pehal pulak kereta ni...time camni lah nak rosak. Jalan ni pulak, seram semacam jerr."keluh Alysya sendiri. Jalan yang agak gelap itu diperhati sepi oleh Alysya. Hatinya mula gelisah.

Telefon dicapai untuk menelefon abangnya. Namun, hampa kerana panggilan tidak disambut oleh abang. Dia tetap memberanikan dirinya untuk keluar dari kereta.

Keluhan kecil kedengaran,"Macam mana ni, takkan aku nak call Atiyyah. Nanti kesian pulak dia!"

Dia hanya berharap ada kenderaan yang melalui kawasan tersebut. Namun, hasilnya tetap sama. Alysya hanya duduk bersahaja di bahagian depan keretanya.

Beberapa minit berlalu, terdapat sebuah Produa Saga berwarna maroon melalui jalan itu lalu berhenti hampir dengan kereta milik Alysya. Namun, yang menimbulkan rasa pelik di hati Alysya, kereta itu dipenuhi lelaki yang bertubuh sasa dan memakai mask sehingga tidak dapat melihat raut wajah yang asli. Debaran di hati mula terasa.

Melihat para lelaki itu keluar dari kereta sambil membawa senjata tajam menjadikan dia keluh-kesah dan ketakutan. Kakinya terus melangkah laju lalu memasuki perut keretanya.

Alysya panik,"Apa yang aku nak buat ni!"nafasnya sudah tidak keruan. Telefon di dalam handbag nya dicapai. Nombor abangnya didail berkali-kali.

Lelaki-lelaki tadi pula, semakin hampir dengan keretanya.

"Ya Allah, mana abang ni. Angkatlah bang. I need you right now! "tangannya terketar-ketar. Akibat daripada itu, telefonnya jatuh.

Pintu yang dikunci dari dalam tidak dapat dibuka oleh lelaki itu.

"Bukak pintu kau sekarang! Kalau tak aku pecahkan semua cermin kereta kau!"ugut salah seorang daripada mereka.

Alysya monolog sendiri,"Suka hati korang lah, aku takkan keluar dari sini". Kedegilannya itu berjaya menaikkan darah para lelaki itu. Mereka semua mengambil kayu besbol dari kereta mereka.

"Kau tak nak dengar yerr perempuan. Siap kau!!"kayu besbol terus dihayun lalu cermin keretanya pecah terberai.

"Aaaghhrrr!!!"Alysya menjerit sekali dengan hanyunan kayu besbol. Dia terus menekup mukanya saat cermin terberai. Perompak itu ketawa jahat.

Aaraz's QueenWhere stories live. Discover now