"You want a fight I'll bring a war!"-Mr.Villain
Dendam yang terpahat di hati mulai menembusi liang sanubari. Hari pembalasan sudah menampakkan diri. Tiba masa untuk mereka beraksi dalam kegelapan tanpa secebis sinar fajar mentari. Tapi, bertemankan cahaya bulan yang samar-samar.
Bulan sabit dipandang tanpa riak,"It's your fault to choose the wrong enemy!" senyuman sinis mulai kelihatan.
Aaraz menyambung lagi,"Malam ni, kau akan menyesal sebab main kasar dengan aku!"bisik hati kejam Aaraz sendiri.
Di markas, mereka berempat sudah pun bersedia untuk menyerang kumpulan Blackmoon. Bagi mereka, tiada apa yang perlu ditakutkan kerana mereka pasti kemenangan akan berpihak kepada mereka. Segala senjata yang diperlukan sudah tersimpan elok di sebalik pakaian hitam mereka.
Semua anak buah mereka juga sudah lama bersedia, hanya menanti arahan daripada boss mereka sahaja untuk bertindak.
Aaraz, Zack, Jeff dan Danny menaiki kereta sports masing-masing menuju ke tempat yang bakal mereka serang. Pacuan empat roda menyusuri jalan raya sehingga ke destinasi mereka.
Sampai sahaja di tempat yang dijanjikan, masih ada beberapa perkara yang ingin Aaraz pastikan,"Korang dah buat apa yang aku suruh?"tanya Aaraz pendek. Kalau boleh, dia tidak mahu ada sebarang kesilapan, sikap profesional dan imej mafia antarabangsa cukup dijaga dengan baik. Mafia pun ada class weyyy...
"Semuanya dah cun...tunggu kau bagi arahan je ni!"jawab Zack sambil tersenyum puas sehingga menampakkan lekuk halus di kedua-dua belah pipi. Danny dan Jeff pula hanya menganggukkan kepala bagi menjawab soalan yang diajukan oleh Aaraz.
Selang beberapa minit, anak buah Twilight sudah pun menyerbu masuk ke tempat tersebut setelah arahan dikeluarkan.
Anak buah Blackmoon masih terpinga-pinga, mungkin sesuatu yang tidak pernah mereka jangkakan sedang terjadi. Mereka kalut dan panik. Namun, belum sempat mereka mengambil tindakan, mereka telah diserang tanpa sempat membalas...
Beberapa das tembakan dilepaskan oleh Aaraz. Kawan-kawannya juga sudah mengambil bahagian untuk turut serta dalam permainan yang baru dimulakan itu. Namun, tembakan mereka hanya pada bahagian kaki dan tangan. Ceh, perikemanusiaan lah kata kan! Mereka takkan membunuh orang yang tidak bersalah. Silap mereka hanya kerana mempunyai bos yang bangang seperti 'Botak'.
Tidak kurang juga kumpulan Blackmoon, turut sama-sama bertempur dalam permainan maut itu, bagi mempertahankan tempat mereka daripada dirampas. Sistem keselamatan markas Blackmoon tidak lah secanggih mana, kerana mereka hanya lah 'Gangster Cabuk' yang tiada class. Tiada sistem yang perlu digodam atau memerlukan kepakaran 'Brilliant Hacker'.
Namun, segala usaha mereka tidak membuahkan hasil kerana sasaran mereka sudah tidak wujud di kawasan itu.
Tanpa melengahkan masa lagi terus Raz menengking anak buah Si Botak,"Mana bos korang hah?!"soal Zack bengis.
"Aa...aaa...aku...aku tak tahu!!"jawab lelaki itu pura-pura. Pandangan cuba dialih daripada melihat anak mata Zack. Iris mata lelaki itu jelas dia sedang berbohong.
"Baik kau cakap, sebelum peluru ni tembus dekat kepala kau!"kemarahan Zack sudah kemuncak dengan tangan sudah sedia mengacukan pistol tepat di kepala lelaki itu untuk mengugut si mangsa.
Dek kerana mementingkan nyawa sendiri, lelaki itu terpaksa bekerjasama meskipun dia tidak mahu terlibat.
"Di...dia ada dalam bilik tu!"sambil jari telunjuknya dituju ke arah pintu tersebut. Badan lelaki itu terus ditolak kasar. Danny dan Jeff terus memecah masuk ke dalam bilik itu.
YOU ARE READING
Aaraz's Queen
ActionMenyambung legasi milik Tan Sri Alfred Dzafri merangkap Ayahanda bukan satu impian buat Aaraz Mikael. Namun, saat dia berjaya menguasai empayar itu, seolah-olah dunia menjadi miliknya. Berkat perjuangan dia dan teman-teman menjadikan mereka kelompak...