"The bond that links your true family is not one of blood, but of respect and joy in each other's life"-Richard Bach
"Bro, ape hal lambat sangat? Kitorang dah tolong order kan untuk kau ni!"tanya Zack bimbang. Bukan apa, dia cuma risaukan Si Raz. Takut jugak kalau diserang oleh musuh-musuhnya itu. Maklumlah ketua mafia kan...pantang ada ruang mesti kena serang punya.
"Takde apa lah. Ada hal sikit tadi. Lagipun aku bukan budak. Macam tak kenal aku je! Pandai-pandai lah aku jaga diri!"jawab Aaraz.
Jeff pula menyampuk,"Memanglah kau bukan budak. Kalau diorang datang dalam kumpulan ramai macam mana?! Mampu ke?"soal penuh prihatin.
"Dah lah korang ni! Menyampah pulak aku! Pot...pet...pot...pet macam nenek aku jer. Mana Danny? Aku tak nampak dia pun!"tanya Aaraz ingin tahu.
Jeff menjawab,"Dia pergi tandas kejap!"
Dari sudut jauh Zack ternampak kelibat Danny menuju ke meja mereka bertiga dengan lagak gaya tersendiri,"Tuh pun dia! Panjang umur jugak mamat sial ni!"
Sesampai sahaja di meja itu, terus Danny menepuk lembut bahu Aaraz yang membelakangi nya,"Kau baru sampai ke Bro?! "tanya Danny.
"Tak lah baru nk makan! Kenapa?!"jawab Aaraz dengan nada serius.
"Banyak lah kau punya makan. Aku tak nampak makanan pun!"Danny menganjing.
"Dah tuh tanya lagi buat apa?!! Memang cari pasal kau kan!!!" kata Aaraz serius.
Danny hanya membuat tak endah akan kata-kata Aaraz itu. Bagi mereka berempat, mereka sudah masak dengan perangai masing-masing. Kenal isi hati luar dan dalam. Danny tahu, Aaraz tidak memaksudkan kata-katanya tadi. Hanya gurauan semata-mata sahaja.
Danny teringat sesuatu. Sudah lama dia mencari,"Korang ada nampak handphone aku tak?"tanya Danny.
Zack memerhati sekeliling meja itu,"Takde pulak Danny! Kenapa, hilang ke?"tanya Zack.
Jeff yang dari tadi membisu,"Bukan kau datang dengan tangan kosong ke tadi. Ada dalam kereta kutt...kalau tak pun kat rumah!"duga Jeff .
"Ye lah kut...jap eh, aku nak pergi tengok dalam kereta. Kut-kut ada."Danny terus berlalu pergi ke arah kereta Porche putihnya yang di parking elok.
Pada masa yang sama ,makanan yang diorder oleh mereka sudah sampai dan dihidang elok oleh pekerja restoren itu.
Siap sahaja hidangan disediakan di atas meja, terus Aaraz membuka bicaranya,"Makk aii...yang mana satu makanan aku ni... banyak pulak korang order? Sapa nak makan nih?"pelik dengan kawan-kawannya. Meja mereka yang boleh tahan luas tu dipenuhi makanan yang berbeza-beza lauk.
"Kitorang kebulur sangat...nak buat camne. Lagipun Si Danny pun cakap dia nak makan banyak-banyak malam ni. So, kitorang order je lah banyak-banyak senang sikit. Kau pun boleh buat pilihan nak makan yang mana satu. Pilih lah dan jemput makan ye!!"sambil tersenyum manis Jeff dan Zack mempelawa Aaraz makan.
Sementara itu...
Pintu kereta Porche nya dibuka, handphone yang dari tadi dia mencari akhirnya terjumpa. Danny terus membelek smartphonenya.
"Ish, banyaknya missed call dari adik...sampai 30 ni!! Kenapa pulak?!"hatinya mula dibelenggu kerisauan. Mana taknya, itulah satu-satunya adik yang dia ada. Danny terus mendail nombor milik adiknya itu semula tanpa berlengah lagi. Bimbang sesuatu yang buruk berlaku terhadap adiknya.
YOU ARE READING
Aaraz's Queen
ActionMenyambung legasi milik Tan Sri Alfred Dzafri merangkap Ayahanda bukan satu impian buat Aaraz Mikael. Namun, saat dia berjaya menguasai empayar itu, seolah-olah dunia menjadi miliknya. Berkat perjuangan dia dan teman-teman menjadikan mereka kelompak...