"Amir mari sarapan dulu."kata dato' Amirul.
"It's okey pa Mir dah lambat. Mir gerak dulu pa. Assalammualaikum."
kata Amir dan menyalam tangan papanya."Yelah. Waalaikumsalam. Mir balik awal ye. Hari ni isteri dan anak-anam papa pindah masuk sini. Papa nak kenalkan Mir dengan mereka."kata dato' Amirul.
"In Shaa Allah pa."kata Amir.
(Papanya telah berkahwin lagi selepas 3 tahun pemergian isterinya.
Papanya telah berkahwin dengan janda anak 3.)Selepas pemergian mamanya Amir mula berubah. Dulu semasa arwah mama masih hidup, Amir selalu membawa mamanya keluar jalan-jalan bersama melihat alam ciptaan Allah S.W.T. . Namun sekarang Amir hanya keluar pada waktu dia kerja sahaja. Amir menjadi seorang yang workaholik.
~Office Amir~
"Macam mana kau buat kerja hah. Aku nak kau buat semula dan hantar hari ni juga."kata Amir tegas.
"Tapi boss mana saya mampu nak buat semula dalam satu hari je. Saya...."kata pekerjanya.
"Aku tak nak dengar alasan kau. Aku nak hari ni juga. Aku bagi waktu sampai malam ni. Kalau malam ni aku tak dapat email file tu....kau jangan datang sini lagi. Aku bagi kau tempoh 1 bulan untuk siapkan apa yang kau buat hah. Dah keluar."kata Amir panjang.
"Tapi boss saya....."
"Aku kata keluar"belum pun habis pekerjanya bercakap Amir terlebih dulu memotong. Pekerjanya itu cepat-cepat keluar dari bilik selepas mendengar suara bossnya semakin tegas.
"Assalammualaikum. Kau kenapa mir? Sampai luar dengar suara kau."kata Shah kawan Amir.
"Waalaimusalam. Kau nak apa. Asal kau datang sini."kata Amir.
"Relaxlah bro. Malam ni kau join tak. Mamat tu buat hal do....sampai masuk hospital budak kita dia buat."kata Shah.
Selain kerja office Amir juga ketua Mafia. Shah pula adalah orang kanan Amir.Shah penembak handal Amir. Ada beberapa lagi orang dalam posisi tertentu yang bekerja dengannya. Namun dia tidak pernah lupa ibadahnya.
"Kau buat apa yang patut. Aku akan balas balik apa yang dia buat kat tempat aku. Aku tak join malam ni."kata Amir.
"Ok...tapi asal kau tak join sekali kau ada plan ke malam ni."kata Shah.
"Papa aku bawak mak dan adik-beradik tiri aku datang rumah. Papa minta aku balik awal nak kenalkan aku dengan dorang."kata Amir.
"oh.....faham faham."kata Shah.
"Kalau kau tak ada apa-apa lagi nak cakap kau boleh keluar. Aku banyak kerja."kata Amir.
"Kau halau aku mir. Sampainya hatimu wahai kawanku."kata Shah.
"Ada aku kisah. Dah blah.
Menemak je kau kat sini "kata Amir."Cis...tak guna punya kawan. Yelah aku balik dulu. Assalammualaikum."kata Shah.
"Waalaikumsalam."
°°°
"Assalammualaikum."kata Amir.
"Waalaikumsalam."
Terdengar suara yang tidak dia kenali menjawap salamnya. Amir mengangkat kepala memandang orang itu. Amir terpaku dan tidak berkelip memandang orang itu.
"Encik ni siapa? Encik cari siapa?"kata orang itu.
"Aku yang sepatutnya tanya kau. Kau tu siapa? ni rumah aku. kau buat apa kat sini."kata Amir.
"Afra siapa yang datang."suara dato' Amirul terdengar.
"La mir ke. Balik dah. Ni nak keluar balik ke nanti?"tanya dato' Amirul.
"Tak mir letih. Nak rehat. Pa siapa perempuan ni? Dia buat apa kat sini?"tanya Amir.
"Eh...Papa lupa. Amir kenalkan Afra Aliya. Mulai hari ni Afra akan tinggal kat sini sebagai anak perempuan papa. Afra kenalkan anak tunggal papa Amir Asyraf."kata dato' Amirul. Amir terkejut begitu juga perempuan yang bernama Afra itu.
YOU ARE READING
MRS.AMIR ASYRAF
Romance~Amir Asyraf bin Dato' Amirul Afif~ Anak tunggal dato' Amirul dgn isterinya. Mendengar berita tentang kematian ibunya memyebabkan dia kemurungan dan mengurung diri di dalam biliknya.Dengan pujukan ayahnya,akhirnya Amir menerima dan meredhoi pemergia...