"Abang siapa yang culik Ra tadi tu?"tanya Afra.
Amir memandang isterinya.
"Abang pun tak tahu sayang. Abang dengan yang lain tengah siasat. Apa yang abang pasti dia salah satu daripada musuh abang."
"So betullah abang ni mafia. Angah pun sama ke?
"Err...sayang..."
"Emm...ye abang nak apa."
"Mana sayang tahu yang abang ni mafia?"
"Oh...sebenarnya..."
Flashback
"Mir kau rasa betul ke kemalangan mama dengan papa tu kemalangan biasa. Kau tak rasa pelik ke setahu aku kereta kau tu kau selalu hantar serviskan. Macam mana boleh ada problem."kat Afiq.
"Aku pun pelik. Polis yang urus kes tu bagitahu aku yang hasil siasat kemalangan tu disebabkan brek tak berfungsi. Selama aku pakai brek tu ok je. Sebelum papa pakai kereta tu aku dah hantar servis."kata Amir.
"Aku rasa ada orang plan benda ni. Orang tu rosak kan brek kereta kau dan ingat kau yang bawak kereta tu bukan papa."
"Kalau apa yang kau cakap tu betul. Aku akan cari orang tu sampai lubang cacing. Berani dia sentuh keluarga aku."kata Amir. Dia mengenggam jarinya cuba menenangkan diri.
"Mir aku rasa kita kena ketatkan kawalan keselamatan rumah ni. Aku takut dorang buat apa-apa dekat Afra dan Akim."kata Afiq.
"Memang aku plan macam tu. Aku akan ketatkan kawalan rumah ni. Aku dah suruh budak2 kawal tempat ni."kata Amir.
"Lagi satu Mir aku harap kau tak libatkan Ra dalam hal ni. Aku tak nak jadi apa-apa kat Afra. Aku sayang adik aku. Dia je satu-satunya adik yang aku ada."
"Aku tahu. Dan pasal hal kahwin aku dengan Afra aku setuju."
Terkejut Afiq dibuatnya."Kau serius ke Mir. Hal kahwin ni tak boleh bawak main. And aku tak nak disebabkan wasiat papa kau terpaksa kahwin dengan adik aku. Aku taknak jadi apa-apa kat adik aku. Dan hal ni melibatkan masa depan Afra dan kau. Jadi aku nak kau fikir betul-betul baru buat keputusan. Jangan buat keputusan terburu-buru nanti lain jadinya."kata Afiq.
"Fiq aku tahu apa aku buat. Aku tak nak benda yang sama jadi dekat Afra. Aku sayang dia Fiq lebih daripada seorang adik. Aku nak jaga dia. Aku tak nak hilang orang yang aku sayang untuk kali ketiga."kata Amir.
"Kalau kau dah cakap macam tu aku tak boleh nak cakap apa lagi. Aku harap kau jaga adik aku baik-baik. Aku percayakan kau Mir."
Tanpa Afiq dan Amir sedar ada yang mendengar perbual mereka.'Aku tak salah dengarkan. Kahwin??? Aku dengan abang Amir...seriuslah???'
End flashback
"Jap so maksudnya sayang dah tahulah pasal hal kahwin tu."kata Amir.
"Haah tahu dah."
"Dah tu kenapa waktu abang Aisy bagitahu pasal hal kahwin waktu tu sayang nampak terkejut siap menjerit lagi."
"Saja je pelakon. Hebat tak Ra. Hehe."
"Hebatlah sangat."
"Abang..."
"Emm."
"Husband..."
"Emm."
"Hish abang dengar tak Ra panggil ni."
"Dengar sayang. Kenapa? Nak apa?"tanya Amir.
"Kalau sayang nak kerja abang izinkan ke."kata Afra.
Amir pandang Afra."Sayang nak kerja apa?"
"Tak tahu lagi. Kalau abang izinkan Ra kerja nanti Ra cuba mohon kat mana-mana company."
"Abang izinkan Ra kerja. Tapi abang nak sayang kerja dengan abang. Jadi PA abang... nak."
"Emm...nak tu memanglah nak. Tapi nanti pekerja abang tak pelik ke Ra pekerja baru tapi dah jadi PA abang."
"Dorang nak pelik dorang punya pasal lah. Abang yang nak sayang jadi PA abang. Tak payah kesah pasal orang lain."
"Ok."
"Ok. Esok start kerja boleh."
"Boleh."
"Dah jom."
"Jom?? Pergi mana?"
"Buat anak."kata Amir
"Hish...gatal. Pergi sana jauh jauh dengan Ra."
"Jomlah sayang."
"Mengada."kata Afra.
"Mengada dengan sayang je."
"Hish dah lah Ra nak tidur. Bye."kata Afra terus lari naik atas.
Tersenyum Amir.'Comel je isteri aku ni.'kata hati Amir."Eh...sayang abang nak ikut. Sampai hati tinggalkan abang sorang2."kata Amir pura pura sedih.
"Jangan nak mengada ye. Dah sini cepat tidur. Esok nak kerja."
Amir senyum dan mendekati katil. Dia baring sambil memeluk Afra. Afra membalas pelukan Amir. Amir mencium dahi Afra.
"Good night wife. I love you."
"Good night husband. I love you too."
![](https://img.wattpad.com/cover/304530452-288-k699907.jpg)
YOU ARE READING
MRS.AMIR ASYRAF
Romansa~Amir Asyraf bin Dato' Amirul Afif~ Anak tunggal dato' Amirul dgn isterinya. Mendengar berita tentang kematian ibunya memyebabkan dia kemurungan dan mengurung diri di dalam biliknya.Dengan pujukan ayahnya,akhirnya Amir menerima dan meredhoi pemergia...