Rumah Ct
0425Agak susah Im ingin melelapkan mata. Fikirannya terus menerus teringatkan perkara yang berlaku sebaik sahaja mereka masuk ke rumah lewat malam tadi. Am tidak terus menerus memandang Im dengan pandangan tidak puas. Dia tidak bersuara bertanya namun dia bagaikan mahu Im dengan sendirinya memahami persoalan yang dia ada dan menjawab persoalan itu walau tidak disuarakan. Im pula amat faham perangai Am. Dia tahu apa yang Am inginkan tetapi enggan memberikan jawapan. Dia terus menolong Ct walau ada sepasang mata masih tidak lepas lepas memandangnya. Ketika adik Ct, Irfan yang baru pulang dari kerja memberi salam dan masuk ke rumah, Am masih tidak lepas memandang Im. Irfan yang melangkah masuk serta merta dapat merasakan sesuatu dan dia memandang pelik tingkah laku bakal abang ipar dan kakak sepupunya namun tidak berkata apa. Perkara begini amat biasa berlaku sejak dari kakak sepupunya berkawan dengan abang iparnya. Sebelum Am dan Ct mula bercinta lagi. Jadi Irfan sudah terbiasa dengan situasi itu. Hanya bila Irfan masuk ke biliknya Im menarik nafas dan berkata, mulai rimas dengan Am
'Am, bukan aku tak mahu beritahu tapi, satu; cerita tu dah lama, dua aku memang tak terfikir akan jumpa dia balik sebenarnya. Tiga Kalau kau jadi aku, adakah semua benda kau nak cerita kat aku? Benda yang membuatkan kau sakit kau tak nak ingat lagi dah. Cukuplah sekadar yang penting sajakan dan benda yang dah lepas yang kau rasa takkan ada kena mengena dengan kau lagi yang kau akhirnya cuba lupakan adakah kau nak beritahu pada orang?' kata Im
'Kau cuba nak lupakan? So dia pernah sakitkan kau? Tapi kenapa aku tengok kau dan dia tadi kau tak nampak seperti tersakiti dia tak nampak seperti pernah menyakitkan kau. Kau dengan dia pernah bercinta ke apa? Kau kata tunang kau tu cinta pertama kau babe, so Fei Sin ni siapa? Tak ada consistency dalam penjelasan kau sekarang ni. When I saw him I can deduct that he's a nice guy that really into you? Care to explain further?' Tanya Am lagi dengan nada sinis. Im memandang Am dengan esperesi muka kurang senang namun akhirnya dia menjawab
'Ok fine I will tell you but.. dont interrupt until I finish'
Ct ketika itu hanya mengeluarkan barang barang yang dibelinya dan disusun di dulang hantaran yang telah sedia ada di situ. Dia enggan masuk campur, membiarkan mereka berdua bercakap melainkan kalau namanya dikaitkan. Im menarik nafas panjang kemudiannya dia menceritakan siapakah Fei Sin, kemudian David Lee dan kisah mereka di sekolah dahulu. Am hanya mendengar tanpa mencelah. Selesai sahaja Im bercerita tiada siapa pun yang mengeluarkan suara, masing masing hanya diam. Am mengurut dagunya kemudian barulah dia bersuara
'Aku dah boleh bercakap? Im, kau tak rasa ke benda ni akan jadi complicated? Sebab dari apa yang aku nampak tadi, Fei Sin masih ada hati kat kau. Even a blind person can see that '
'Aku dah beritahu dia yang aku dah bertunang. Ok puas hati?' Jawab Im. Kali ini Ct yang sedang menghias dulang hantarannya, meletakkan 'glue gun' ke tepi lalu memandang Im.
'Awak dah cakap dekat dia yang awak dah bertunang? Reaksi dia?'
'Dia macam terkejut sikit tapi lepas tu muka dia biasa je.' Kata Im
'Awak ke minta dia hantar sini?' Tanya CT lagi.
'Tak saya nak naik grab je tapi dia nak hantar. Dia kata atas faktor keselamatan. Saya pun terimalah. Kan saya dah cakap dengan awak tadi' Jawab Im acuh tak acuh.
'Ye tapi awak kata kawan awak yang nak hantar. Awawk tak kata awan awak tu Fei Sin. Saya tahu Fei Sin memang baik. Kita pun tahu dari dulu lagi dia macam mana. Tapi... Ok takkan dia tak ada tanya pasal tunang awak, siapa, jumpa macam mana?'
Im melepaskan keluhan lalu menjawab
'Ada tapi saya tak cakap apa apa. Dia kata dia tak paksa saya jawab. Tu je la.' Reaksi Im menunjukkan dia malas untuk menjawab soalan yang akan datang
YOU ARE READING
Kau Aku dan Dia II
RomanceSetelah bertahun berlalu mampukah permohonan maafnya diterima? Dan berjayakah kali ini untuk dia menawan hati gadis impiannya seperti yang diharapkan setelah sekian lama. Mampukah Im melupakan dan berjayakah Fei Sin dalam misinya? Halangan apakah pu...