Bab 5

76 1 0
                                    

Setahun dua bulan sebelum, Kedai runcit, Seksyen 19

18:33

'Kenapa pen ni harga RM0.80 sedangkan pen yang tu, jenama sama harga RM1.80?' Tanya Yana pada remaja lelaki yang berada di kaunter bayaran itu

' Yang itu stok lama kak, yang RM1.80 tu stok baru.' Jawab remaja lelaki itu bersahaja. Yana membulatkan matanya memandang kedua-dua pen yang tiada beza pun di matanya.

'Oh pen pun,  kalau stok baru stok lama turun harga ye' Kata Yana sambil meneliti kedua dua pen itu.

'Nak beli yang mana tu Yana?' Tanya Im menjenguk dari celah rak.

'Tentulah yang lima puluh sen ni. Ni dua ye.' Katanya meletakkan dua pen stok lama itu di kaunter bayaran sambil tersenyum. Minah ni punya kedekut ya Allah. Bisik hati Im memandang Yana 

'Lama lagi ke Im? ' Tanya Yana menunggu di tepi kaunter. Dia memerhati Im dari jauh

'Tunggu kejap, nak ambil air milo.' Kata Im sambil itu dia juga turut mencapai pen pilot di kawasan alat tulis sebelahnya. Selesai membayar di kaunter Im dan Yana segera beredar, berjalan kaki menuju ke stesen KTM yang tidak jauh dari situ.

'Ct sampai pukul berapa Im?' Tanya Yana. Mereka berjalan dengan cepat kerana ingin cepat tiba di stesen itu.

'Pukul 6.45 kalau ikut jadual.'Jawab Im. Yana mula mencebik. Sistem komuter agak jarang menepati masa, hatinya berasa kurang enak.

'Sempat ke nak berbuka ni Im?' Tanya Yana lagi. Kali ini Im tidak menjawab serta merta. Sebaliknya dia melihat jam di tangannnya.

'Sempat insya Allah. Janji Ct sampai paling lewat pukul tujuh. Kalau tak jawabnya kita berbuka kat stesen la. Tak pe nasib baik tadi aku ade beli roti dengan air milo. Harapnya taklah sampai kena berbuka kat sini.' Kata Im sambil tersenyum. Mereka ketawa memikirkan bagaimana rupa mereka berbuka di stesen komuter. Setibanya mereka di stesen komuter jam telah menunjukkan pukul 6.50 namun komuter yang mereka tunggu tidak juga tiba. Dengan penuh kesabaran mereka menunggu. Ct akhirnya muncul dan ketika dia keluar dari komuter, Jam telah menunjukkan pukul 7.10 petang. Mereka kemudian bergegas pergi mendapatkan teksi

' Ya Allah, satu teksi pun dah tak ada cuba bayangkan.' Rengus Im.

'Pakcik-pakcik ni semua dah balik nak berbuka kot' Pujuk Ct cuba berseloroh.

' Eh takkanlah yang cina dan India pun nak balik berbuka kot.' Kata Yana pula lagi.

' Maaf Yana, Im sebab kita lambat' Kata Ct rasa bersalah. 

'Bukan salah awak, dah komuter yang lambat, lagipun awak dari tempat kerja straight terus datang sini. Jangan risaulah' Jawab Im namun dalam kepalanya ligat sedang berfikir mencari jalan.

'Dah cuba grab? Uber? Mytaxi ke?' Tanya Yana 

'Dah, tak ada yang available. Ada pun grab tapi lagi 15 minit baru sampai. dah berbuka dah time tu' Balas Im menyimpan kembali handphone ke dalam beg.

'Takkan nak tunggu sini. Lapar ni.' Kata Yana lagi. 

' Ok aku ada idea, jum pergi masjid depan ni. Kita berbuka dengan air milo dan roti dulu. lepas solat maghrib baru kita tunggu grab.' Kata Im. Yang lain setuju lalu mereka bergerak menuju ke masjid berdekatan. Masuk sahaja ke perkarangan masjid Im yang berjalan dihadapan terhenti seketika.

'Eh ada hidangan berbuka puasalah' kata Im seraya membuatkan Yana dan Ct memandang ke arah mata Im sedang memandang. Tiba-tiba datang seorang pakcik menegur mereka.

'Masuk cepat dik, dah nak berbuka ni. Jemput duduk kat bahagian jemaah perempuan ye. Dah nak azan dah ni.'

'Free ke ni pakcik?' Tanya Im pada pakcik itu. ' Iye dik, tapi nak bayar pun boleh, masuk kat tabung masjid ye.' Kata pakcik itu membuatkan wajah Im merona merah. Yana dan Ct hanya ketawa kemudian mereka cepat-cepat masuk mencari kawasan jemaah wanita.Ketika itu ada dua orang lagi wanita yang sudah pun duduk bersedia membaca doa. Mereka bersalaman dan membaca doa berbuka bersama. Berkumandang sahaja azan, mereka pun berbuka.

'Sedap juga lauk kat sini, air pun macam-macam ada' kata Yana pada mereka berdua. Mereka hanya tersengih dan menjamu selera. ' Nampak sangat puasa orang awam' kata Ct pula seraya membuatkan mereka ketawa.

Sesudah mereka berbuka, mereka turut menyertai solat maghrib berjemaah di masjid itu. Selesai solat maghrib, Im bersandar di tepi dinding. 'Nampaknya kita tak payah pergi makan kat kedai dah. Makan kat sini je pun dah kenyang.' Katanya memandang Ct dan Yana. Yana yang beralih mengambil quran di tempat berdekatan segera duduk di hadapannya.

'Apa kata kita sambung solat terawih kat sini je terus nak. Dah dapat port baik ni.' Kata Yana. 

Ct juga setuju. Kemudian mereka di sapa oleh dua orang wanita tadi yang mengajak mereka untuk menyambung menjamu selera semula. Yana dan Ct hanya mengangguk dan berterima kasih sahaja, menolak secara sopan. Lain pula ceritanya bagi Im yang masih terasa lapar. Im kemudian pergi turut serta kedua-dua wanita itu tadi, membiarkan Yana dan Ct mengaji. Selesai sahaja makan Im menolong mengemas apa yang patut. Ketika dia mahu membuang sisa makanan ke dalam tong sampah dia ternampak kelibat sesorang yang membuatkan dia berhenti seketika. Ah, seperti aku kenal lelaki itu tetapi tak mungkinlah. Kata Im namun dia cuba juga melihat-lihat andai lelaki itu muncul kembali, hanya untuk memastikan bahawa benar lelaki itu dikenalinya. Setelah yakin bahawa dia hanya tersalah pandang, Im menyambung kembali kerjanya dengan membuang sampah ke dalam plastik sampah di tepi sinki berdekatan tempat wuduk lelaki. Namun sekali lagi dia ternampak lelaki itu, kali ini dia melihat lelaki itu di hadapannya. Bulat matanya memandang lelaki yang berada di hadapannya itu. Lelaki itu pula yang baru sahaja sudah mengambil wuduk menoleh memandang ke arah gadis yang dari tadi memandangnya. Lelaki itu juga terkejut bagaikan tidak percaya.

'Im.' Kata itu lelaki itu lalu tersenyum, memperlihatkan lesung pipitnya. Im juga tersenyum, betapa dia mengenali senyuman itu dan betapa dia pernah merindui untuk melihatnya.

'David Lee..' jawab Im padanya.

________

Masa kini

Blok 8, Seksyen 18

23:30

Fei Sin masih memandang Im yang berada di tingkat 4 itu dari bawah. Dia enggan pergi sehinggalah dia pasti yang Im sudah pun selamat masuk ke rumah. Namun sudah hampir sepuluh minit dia menunggu dan melihat Im yang asyik mencari sesuatu di dalam beg tangannya. Kemudian Im memandangnya dari atas dan tersenyum bersalah bagai memohon maaf. Im segera turun kembali menuju ke arahnya.

'Maaf Fei Sin, tapi awak nak balik baliklah, tak apa jangan risaukan saya.' Kata Im sebaik sahaja berdiri di hadapannya.

'Kenapa Im, kunci awak hilang ke?' Tanya Fei Sin meneka situasi Im.  Wajah berubah merah dia  berasa amat segan untuk mengaku namun dia  menerangkan juga situasinya pada Fei Sin.

'Awak ingat tak tadi saya kata saya tumpang kawan untuk datang ke sini? Saya rasa saya tertinggal kunci saya dalam kereta dia. Dia balik sini ahad nanti.' Kata Im. Fei Sin hanya menggelengkan kepalanya. 

'Jadi awak nak masuk macam mana ni?' Tanya Fei Sin lagi.

'Tak pe malam ni saya tidur rumah Ct kot. Nanti saya naik grab je pergi ke sana. Tak pun Uber, tengoklah mane yang murah' Kata Im lalu mengeluarkan telefon pintarnya.

'Eh sayakan ada, biar saya hantarlah. Ct tinggal di mana?' Fei Sin bersuara sepantasnya seraya membuatkan Im terhenti dari melihat telefonnya. Tatkala itu juga Fei Sin menghidupkan enjin keretanya. Dia tersenyum kerana tidak menyangka tuahnya untuk bersama Im lebih lama datang sekelip mata.

'Tak apelah Fei Sin susahkan awak je. Ct duduk di Vistana Residence, area HKL. Nanti duit minyak awak lagi, masa awak lagi.' Kata Im kemudian dia membuka kembali telefon bimbitnya.

'Area KL tu, awaklah yang susah nanti, duit lagi, kurang-kurang saya dah bekerja. Esok pun hari sabtu hari cuti. Keselamatan awak yang paling penting. Kalau dengan saya, awak memang dah kenal saya tapi awak tak kenal pemandu grab atau Uber tu. Jom saya hantarkan,' Pujuk Fei Sin. Dalam hatinya dia benar-benar ingin Im menerima tawarannya.

'Im kalau awak naik grab atau Uber sekalipun saya akan tetap follow dari belakang. Sebab saya risau.' kata Fei Sin lagi. Im kemudian memandang Fei Sin lama. Akhirnya dia beralah dan bersetuju. Fei Sin tersenyum dan membuka pintu keretanya untuk mempersilakan Im masuk. Im tergelak kecil melihat betapa gembiranya Fei Sin namun didalam hatinya berasa amat serba salah. Terngiang ngiang kata-kata Yana di benaknya 'Jangan kata aku tak ingatkan kau...'

Kau Aku dan Dia IIWhere stories live. Discover now