Bab 4

224 6 1
                                    

Pak Li Kopitiam 21:00

Fei Sin berasa resah. Matanya kerap melilau memandang persekitaran kawasan mencari andai ternampak wajah yang ingin sekali dilihatnya. Kadangkala jari jemarinya di ketuk di meja secara berirama bagaikan menyuarakan hatinya yang resah gelisah.

Seketika kemudian, jari jemari itu terhenti, matanya tertancap ke arah wajah yang dirinduinya itu. Bagai di pukau tidak berkedip matanya memandang ke arah Im yang sedang berjalan ke arahnya. Im tersenyum memandang Fei Sin. Hatinya berdebar-debar bertemu kembali kawan yang selama ini membencinya. Sejak dari malam tadi dia tidak boleh melelapkan mata memikirkan apakah reaksi Fei Sin nanti. Kini Fei Sin di depan matanya, dia berasa lega. Im tergelak sebaik sahaja duduk di hadapan lelaki itu.

"Fei Sin, awak nampak sangat kelakar. Apa kata awak tutup mulut tu, kot ye pun awak tergamam tengok saya yang comel ni" Kata Im cuba berseloroh

Fei Sin cepat-cepat menutup mulutnya dan tersenyum. Rindu benar pada ketawa itu.

" Awak lambat, macam selalu. Bila awak nak belajar jadi orang yang menepati masa ni Im?" Tanya Fei Sin pura-pura serius. Im mengecilkan muutnya meminta simpati

"Maaflah, saya memang ada masalah dengan masa. Dah sebati dah tak boleh buat ape. By the way you look cool.  Nice hair bun" Balas Im memandang Fei Sin yang sudah berubah gaya. Melihat dari ikatan rambut Fei Sin pasti rambutnya panjang paras bahu. Membayangkannya membuatkan Im tersenyum.

Fei Sin hanya menggelengkan kepalanya namun senyuman terukir di bibir.

" Awak nak makan ape? Jangan kata awak dah makan ye, saya sanggup berlapar ni nak makan dengan awak." Tanya Fei Sin sambil membelek menu di hadapannya.

" Eh taklah, orang dah nak belanja, saya sanggup tak makan dari tengahari tadi sebab nak órder' banyak-banyak. Iyalah, dah ada orang nak belanjakan." Kata Im juga membelek menu di hadapannya. Fei Sin tersenyum mendengar disebalik menu itu. Dia berasa lega kerana pertemuan ini tidak kekok sebaik sahaja mereka berjumpa Dia juga berasa gembira Im menerima ajakannya untuk keluar makan malam bersama.

Setelah selesai memesan makanan, Fei Sin beralih memandang Im dan bertanya.

" Im datang sini bagaimana?"

" Tumpang kawan. Dia nak balik Klang jadi tumpang dia sebab memang jalan sehala ke sini." Kata Im memebetulkan kedudukan. Walaupun pada luaran Im kelihatan bersahaja, namun dia sebenarnya masih berasa tidak tenang. Ingin sekali diberitahu pada Fei Sin namun dia tak pasti mengapa harus die membuka mulut mengatakan tentag hubungannya. Sedangkan Im sendiri tak pasti niat Fei Sin  mengapa dia mahu berkawan semula.

" Oh balik nanti macam mana?" Tanya Fei Sin lagi

" Lah baskan ade, teksi, uber,grab pun banyak." Jawab Im lagi. Fei Sin tersenyum. Dia ingin sekali menghantar Im pulang, tetapi dia akan memberitahu Im pada saat akhir. Sengaja dia mendiamkan diri begini. Seketika kemudian, makanan yang dipesan, tiba. Sambil mereka menjamu selera, mereka berbual menceritakan perihal masing-masing setelah habis persekolahan. Masing-masing juga cuba untuk tidak bercerita tentang sekolah dan mengelak tentang isu-isu yang boleh mengaitkan kembali keangan mereka dahulu. Fei Sin berasa gembira begini, melihat Im gembira. Matanya tidak pernah berhenti dari memandang wajah Im. Rasa bahagia bila begini, fikirnya. Im juga ade menceritakan perihal C.t yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Fei Sin tersenyum mendengarnya. Betapa masa telah berlalu fikirnya. Setelah selesai menikmati hidangan, Fei Sin memanggil pelayan untuk menghidangkan, manisan. Keadaan dibiarkan sepi seketika.

" Im, " 

" Fei Sin" Sebut mereka serentak

Fei Sin katawa lalu berkata " Awak dulu."

Kau Aku dan Dia IIWhere stories live. Discover now