Bilik Im/Pejabat Fei Sin
21:00
Im menarik nafas panjang. Dia masih berfikir-fikir samada mahu menekan perkataan 'accept request' di skrin itu ataupun tidak. Difikir fikirkan kembali betul juga kata Yana itu. Mungkin dengan menerima Fei Sin sebagai kawan akan membuatkan pelbagai perkara yang tak diduga berlaku. Dia melepaskan keluhan yang panjang. baru sahaja dia mahu menekan perkataan 'not now' satu mesej dihantar padanya. Ianya dari Fei Sin. Oh, dia 'online'rupanya.
'Hai Im, lama tak berjumpa. Apa khabar?'
Sapa Fei Sin begitu formal sekali. Im diam, tetapi jarinya pula pantas menaip balasan mesej itu.
'Sihat macam selalu. Awak pula bagaimana?'
Kalau dia manyapa secara formal, aku pun jawablah secara formal juga betul tak? Kata Im sendirian.
'Saya pun sihat. Im tak sudi terima 'friend request' dari sayakah?'
Kali ni Im menepuk dahi. Padan muka kau Im, siapa suruh kau memandai mandai balas mesej dia. Dengan pantas jari jemarinya menaip balasan yang relevan di fikiran.
'Baru je cek 'notifications', yang lain belum sempat cek lagi.'
Lalu Im meletakkan 'emoticon' tersenyum di akhir jawapannya itu. Harap Fei Sin menerima jawapannya itu.
'hahaha, Im ni, comel macam selalu. Walaupun dah lama berlalu, Im tetap seperti dulu.'
Im terkesima membaca jawapan itu. Pada masa yang sama dia berasa lega. Kemudian dia membalas,
'Waktu berubah, saya pun sudah berubah. Awak buat apa sekarang dan di mana?'
'Saya selalu nampak awak di fakulti kejuruteraan, awak saja yang tak perasan.' kata Fei Sin seraya membuatkan Im terkejut.
'Awak buat apa kat sana? Jangan kata awak belajar kat situ ya. Setahu saya UiTM tak ada pelajar cina.' balasku lagi. Kali ni Fei Sin membalas dengan 'emoticon' yang tersengih menampakkan gigi membuatkan Im tersenyum sendirian.
'Saya mengajar di situlah Im. 'Part time tutor'. Saya ternampak awak tapi saya tak pasti itu benar-benar awak atau bukan.'
Kali ini Im terkedu, lama dia menatap skrin komputernya. Adakah ini kebetulan? Percaya atau tidak, Im seorang yang percaya bahawa sesuatu perkara itu berlaku kerana sebab tertentu. Mukanya berkerut seketika, kenapa agaknya Allah pertemukan kami kembali?
' Im memang pelajar fakulti kejuruteraankah? Kenapa saya tak pernah pun nampak Im di sini lagi?' Tanya Fei Sin lagi.
Fei Sin yang ketika itu sedang berada di pejabatnya mengharapkan untuk bertanya pelbagai soalan lagi termasuk soalan peribadi namun dia takut andai Im akan menamatkan perbualan mereka dan musnahlah harapannya untuk cuba rapat kembali dengan Im. Dia masih menunggu jawapan Im, dan dalam kesempatan itu dia juga membuka laman utama 'facebook' Im dan melihat-lihat profil Im. Im masih tidak membalas tetapi permintaannya untuk menjadi kawan telah pun di beri jawapan. Kali ini Fei Sin dapat melihat lebih banyak gambar Im. Dia tersenyum sendirian melihat gambar-gambar Im itu. Ya Im sememangnya sudah berubah, berubah menjadi lebih cantik dan bolehkah dikatakan lebih lasak? Dari gambar-gambar Im itu dia mengetahui bahawa Im sangat menggemari sukan memanah. Terdapat juga gambarnya memenangi trofi menandakan dia mewakili mungkin fakultinya, mungkin UiTM di dalam bidang itu.
'Taklah saya sebenarnya fakulti lain, saya hanya ke menara F&T bila ada perjumpaan JLC, boleh dikatakan setiap malam rabu' Balas Im seketika kemudian.
"JLC?" Tanya Fei Sin sendirian. Kemudian dia menekan tanda soal di ruangan ' chat box' itu. Im yang sedang sibuk membalas mesej dari Ct tadi ketawa seketika. Ya pastilah Fei Sin tak tahu apa itu JLC. Im apalah kau ni.
YOU ARE READING
Kau Aku dan Dia II
RomanceSetelah bertahun berlalu mampukah permohonan maafnya diterima? Dan berjayakah kali ini untuk dia menawan hati gadis impiannya seperti yang diharapkan setelah sekian lama. Mampukah Im melupakan dan berjayakah Fei Sin dalam misinya? Halangan apakah pu...