Starbucks 1400
Im duduk termenung memandang ke arah skrin 'facebook' di hadapannya.Sesekali dia menoleh ke belakang memerhatikan sekirannya orang yang ditunggu telah tiba. Im kembali menatap 'facebook' nya kembali. Ingin sekali dia menekan untuk keluar dari laman sosial itu, acapkali dia terhenti. Dia merenung wajah si pemuda yang tersenyum ke arahnya di laman sosial itu. Dia mengimbas kembali kenangan ketika di sekolah dahulu. hampir tujuh tahun berlalu tetapi kenangan itu masih segar di ingatannya. Kini dia menatap kembali wajah lelaki yang pernah memberi tunjuk ajar dan menawarkan persahabatan kepadanya ketika dia terumbang ambing di tempat baru. Kini telah tujuh tahun berlalu. Itulah saat-saat yang paling beremosi baginya. Lama dia termenung dan bertanya pada dirinya sediri. Dia tidak tahu sama ada dia mahu menerima permintaan untuk berkawan dari pemuda itu atau tidak.
"Dah lama ke sampai" satu suara menyapanya dari belakang. Dia menoleh dan tersenyum
"Tak lah lama sangat. Dari pukul sepuluh pagi tadi." Lelaki yang duduk dihadapannya terkejut
" Eh awalnya datang. Memang janji nak jumpa pukul duakan?" Im tergelak kecil. " Ye cik abang, memang janji pukul dua. Saja datang awal nak bertapa buat 'assignments' kat sini. Jadi ke kita nak beli cincin hari ni? Ct ikut tak" Tanya Im. Cermin matanya di tanggalkan dan di letak tepi meja. Dia mengurut keningnya dan memandang orang di hadapannya kembali.
" Im ok tak ni? Boleh ke pergi ni? Ke nak pergi hari lain?"
"Eh ok boleh saja kalau nak pergi harini. Penat sikit sebab sibuk dengan 'assignments', dan nak uruskan pula pasal majlis kahwin ni. Marilah kita gerak sekarang." Kata Im lalu bangun mengemas barangnya. Dia menutup 'notebook' dan berkata di dalam hati, 'nantilah baru fikir'.
Dalam perjalanan Im sempat mengenang kembali saat dia telah berpindah semula ke sekolah lamanya. Wajah pemuda tadi benar-benar membuatkan dia mengenang masa lalu. Setelah Im kembali ke sekolah lamanya hidupnya di rasakan tidak seindah ketika di SAM. Yang pastinya setelah dia kembali ke sekolah lama hidupnya seolah sepi kerana tiada Ct di sisi seperti selalu. Im juga lebih senang menyendiri. Walaupun dia kembali bergiat aktif mewakili sekolah, dan menjawat jawatan penolong ketua pengawas di sekolahnya, tetapi jiwanya seperti hilang. Im lebih sibuk menumpukan perhatian terhadap SPM pula selepas itu dan cuba mengenepikan benda lain di dalam hidupnya.
Im cuba mengingati wajah Fei Sin. Ternyata wajah itu semakin itu tidak mampu dilupainya. Im mengimbas kembali ketika dia memberanikan diri mengahantar surat kepada Fei Sin memberi penjelasan dan mengharapkan kemaafan. Telah banyak surat di utuskan dan satu pun tidak dibalas sehinggalah sebulan berlalu selepas dia kembali ke STH.
Tujuh tahun lalu, Rumah atuk
Dapur 15:25
Im berdiri di muka pintu. Dia tertunggu-tunggu kepulangan Ct sejak seminggu yang lalu. Muncul sahaja Ct di muka pintu Im sudah melompat keriangan dan memeluk Ct.
"Awak, matilah saya macam ni, janganlah peluk kuat-kuat sangat" Kata Ct tetapi gembira kerana melihat Im yang menyambutnya.
" Rindu kat awak" Kata Im sebaik sahaja melepaskan pelukan.
" Awak dah tembam! Baru 5 minggu duduk rumah awak dah tembam macam mana ni?" Tanya Ct berpura-pura tegas. Im hanya mencebik.
" Kot iye pun rindu-merindui, bukalah tududng tu dulu, Im ni hidanglah makanan untuk Ct. Pergi uruskan diri sebelum nak berbual ke apa" Tegur Cik La yang muncul tiba-tiba dari belakang. Im dan Ct hanya tersengih. Im kemudiannya menarik tangan Ct dan beredar ke bilik. Cik La hanya menggeleng melihat kelibat mereka dan berlalu mencedok nasi ke pinggan.
Di dalam bilik Ct duduk memandang Im. Im hanya tersenyum biasa.
"Macam mana sekolah, seronok" Tanya Ct. Im hanya menggeleng tetapi enggan mengulas panjang.
" Kenapa pula tak seronok?" Tanya Ct. Im memandang Ct tepat ke matanya
" Awak tak ada, memang tak seronok. Lagipun Yana pun tak ada." Ct kemudiannya mengeluarkan sepucuk surat daripada begnya lalu diberikan kepada Im.
" Ini surat daripada Fei Sin." Kata Ct. Im memandang Ct bagaikan tidak percaya. Akhirnya setelah berpucuk-pucuk surat yang telah Im hantarkan pada Fei Sin, akhirnya dia membalas juga surat Im. Dia segera membuka sampul surat itu dan membacanya. Namun riak gembira di wajahnya mula surut di gantikan dengan kerutan di kening.
"Dia tuduh saya menyebabkan dia gagal mengawal emosi dia. Tuduhan yang merepek. Saya tak suruh pun dia suka pada saya.
" Ct hanya mengusap lembut tangan Im " Macam mana keputusan percubaan SPM dia. baik tak? Entah-entah dia akan salahkan saya kalau-kalau keputusan dia teruk.
" Im hanya melepaskan keluhan kemudian dia menyandarkan badannya ke dinding. Im menatap kembali surat yang di pegangnya dan kerutan di mukanya membimbangkan Ct.
" Awak ok tak?" Tanya Ct lagi.
"Entahlah, saya rasa macam saya dah memutuskan silaturahim. Bukan antara dia dan saya saja malahan antara dia dengan awak dan Yana. Saya harap sangat persahabatan dia dengan Lee tak terjejas kerana saya, sebab saya takkan maafkan diri saya" Air mata mula mencurah ke pipi. Ct datang dekat dengan Im dan memujuknya. Dia cuba membaca surat yang di hantar oleh Fei Sin itu.
" Awak nak tahu, saya rasa dia tulis surat ni masa dalam keadaan marah. Mungkin bila dia dah tenang dia akan maafkan awak. Percayalah." pujuk Ct. Im menakup mukanya ke bantal dan setelah esakannya reda dia memandang Ct dan berkata
"Tak Ct, saya tahu sangat Fei Sin tu, walaupun kita baru kawan tapi dia ambil serius tentang semua perkara. Mungkin dia tak akan maafkan saya sampai bila-bila" kata Im lalu menatap kembali surat ditangannya. Ct hanya diam lantas memeluk Im cuba menenangkannya.
Sejak dari saat itu Im tidak lagi bertanya tentang Fei Sin bila Ct pulang ke kampung bukan itu sahaja, Im juga tidak lagi bertanya mengenai David Lee walaupun dia benar-benar merindui persahabatannya dengan Lee. Baginya dia sanggup menjauh asalkan perhubungan Lee dan Fei Sin tidak terjejas.
YOU ARE READING
Kau Aku dan Dia II
RomanceSetelah bertahun berlalu mampukah permohonan maafnya diterima? Dan berjayakah kali ini untuk dia menawan hati gadis impiannya seperti yang diharapkan setelah sekian lama. Mampukah Im melupakan dan berjayakah Fei Sin dalam misinya? Halangan apakah pu...