Highway 00:05
'Jadi awak tolong uruskan majlis perkahwinan Ct dengan kawan awak tu?'Tanya Fei Sin cuba memahami semua yang baru diceritakan oleh Im sebentar tadi
'Nak kata semua tu tidaklah, mana yang saya boleh uruskan je. Macam undangan, apa semua tu mak ayah Ct yang uruskan. Sebenarnya saya lebih pada 'checklist' je. Apa yang dah buat apa yang belum, dan temankan mereka tentang apa apa yang berkaitan dengan majlis kahwin ni' Balas Im.
'Oh, tapi Im awak tak penat ke. Bukan ni semester akhir? Mesti busy dengan Final year project. Saya yang dengar pun boleh rasa betapa penatnya awak' Kata Fei Sin lagi
'Hmm macam mana nak cakap ye, kadang rasa menyesal jugak sebab tawarkan diri jadi wedding planner tak bertauliah ni, tapi most of the time saya rasa seronok. ' Kata Im menerangkan sambil tangannya mengeluarkan handphone dari begnya. Fei Sin yang menoleh sekilas bertanya
'Siapa tu?' Tunang diakah?
'Ct, dia kata kejap lagi dia sampai rumah. Dia keluar tadi dengan tunang dia. Ok la ni, nanti kita sampai dia dah berada di rumah.' Kata Im kemudiannya menyimpan kembali handphone di dalam begnya. Terukir senyuman lega di hujung bibir Fei Sin namun Im tidak sedar akan perubahan itu
'Err maaf Im saya nak tanya, maaf ye kalau menyentuh isu peribadi.' Kata Fei Sin membuatkan dahi Im berkerut dengan seribu satu soalan, Im memandangnya.
'Im jangan pandang saya macam tu, awak nampak comel.' Kata Fei Sin tergelak kecil. Im tersenyum malu seketika lalu mengalihkan wajahnya.
'Apa yang awak nak tanya? Takpe saya cuba bersikap terbuka.' Kata Im masih lagi tersenyum. Walau sekilas pandang namun Fei Sin merasa bahagia dapat melihat senyuman yang dirinduinya selama ini, dia juga bagai mengharapkan agar waktu terhenti agar dia dapat bersama Im selamanya.
'Ok melalui cara awak saya buat kesimpulan, tunang awak bukan duduk berdekatan? betul tak, kalau tak mesti awak call dia minta hantar awak ke rumah Ct?' Tanya Fei Sin bersahaja. Im mengangguk
'Tunang awak tahu ke awak jumpa saya? Dia ok ke? Sebab awak jumpa kawan lelakikan? Bukan apa, kalau saya jadi tunang awak, saya tak benarkan, unless kalau saya ikut sekali.' Kata Fei Sin jujur.
Kali ini senyuman di wajah Im terus kaku. Dia langsung tidak memberitahu tunangnya tentang perjumpaan ini. Rasa bersalah menyerbu hatinya. Dia diam, matanya memandang sorotan lampu jalan. Fei Sin dapat mengagak jawapan dari Im pabila dia terus diam
'Tak apa Im, bukan awak wajib jawab soalan saya. Maaflah kalau awak berasa tidak selesa dengan soalan tu. Saya tak patut tanya.' Im masih lagi berdiam diri, pelbagai perkara menerjah ke fikirannya. Melihat Im masih lagi termenung, Fei Sin memanggil manggil nama Im. Setelah agak lama baru Im tersedar, dia kembali memandang Fei Sin
'Hah?' balasnya perlahan
'Im awak ok? Maaf ye, saya janji saya takkan tanya lagi.' Kata Fei Sin risau andai Im tidak mahu lagi berjumpa dengannya selepas ini kerana hal itu. Aku patut diam saja dari tanya dia tadi. Marah Fei Sin pda dirinya sendiri.
Im terseyum hambar. 'Jangan risaulah Fei Sin, tak salah awak bertanya, yelah sebagai kawan yang baik awak mesti nak tahu' kata Im. Hati Fei Sin terasa pedih apabila mendengar perkataan kawan itu. Ah apalah yang aku harapkan. Fikir Fei Sin lagi.
'Tapi Fei Sin saya pun tak salahkan kalau memilih untuk tidak menjawab.' Kata Im lagi. Fei Sin hanya mengangguk.
'Terpulang pada awak, saya tak paksa' katanya menjelaskan lagi. Kali ini mereka berdua hanya diam sepanjang perjalanan mereka tenggelam dalam lamunan masing masing.
Vistana Residence 00:36
'Sampai simpang ni belok kanan.' Kata Im 'Sini?' Tanya Fei Sin Im hanya mengangguk. Sebaik sahaja kereta itu membelok masuk ke kawasan Vistana Residence itu ternampak kelibat Ct dan seorang lelaki di sebelahnya berdiri di tepi kereta. Mereka sedang mengeluarkan barang dari kereta ketika itu.
YOU ARE READING
Kau Aku dan Dia II
RomanceSetelah bertahun berlalu mampukah permohonan maafnya diterima? Dan berjayakah kali ini untuk dia menawan hati gadis impiannya seperti yang diharapkan setelah sekian lama. Mampukah Im melupakan dan berjayakah Fei Sin dalam misinya? Halangan apakah pu...