Butik Anggun Sari 15:33
" Mcam mana dengan baju ni, sesuai tak?" Tanya Ct sambil menggayakan baju pengantin rona putih berlace hitam itu. Im dan Yana saling berpandangan antara satu sama lain. Im menggeleng manakala Yana pula mengangguk. Ct melepaskan keluhan.
" Habis tu macam mana?" Tanya Ct pada mereka
" Nanti Tema warna apa?" Tanya Yana
" Dia tetapkan warna merah putih." Balas Im. Buku nota persediaan perkahwinan terpampang di depan Im ketika itu. Dia mula menanda perkara yang telah dibuat di dalam notanya itu seperti membeli cincin dan ke butik pengantin.
"Kenapa tak ambil saja baju merah putih?" Tanya Yana lagi.
"Sebab masa nikah nanti dah pakai warna merah putih, takkan nak sanding pakai lagi warna yang sama." Kata Ct seraya duduk di depan Im dan Yana
" Kalau macam tu emmm apa kata masa sanding pakai putih merah." Kata Im sambil meletakkan jarinya ke dagu.
" Sama sajalah tu" Kata Yana dan Ct serentak membuatkan Im ketawa.
" Bukan, maksud saya ialah masa nikah tu, baju lace luar tu yang merahkan, baju korset dalam tu putih? Kalau sanding, pilihlah baju yang luar ni lace putih yang korset dia merah. Tu maksud saya. Terbalikkan warna yang dipakai tu."
Ct dan Im serta merta mengangkap idea yang dilemparkan Im. Yana pula serta merta meluru ke arah sehelai baju pengantin yang tergantung.
"Yang ini macam mana Ct?" Tanya Yana pada Ct, Ct merenung lama ke arah baju itu. Yana menyuakan baju itu padanya lalu kembali duduk bersebelahan dengan Im. Wajah Ct jelas menunjukkan dia tidak berkenan dengan baju yang Yana suakan itu.
" Baju nak nikah nanti dah ada?" Tanya Yana lagi. Ct mengagguk lalu berkata
" Dah tempah hari tu, minta bakal kakak ipar tolong jahitkan." Senyuman di bibir terukir tak kala menyebut perkataan kakak ipar itu. Im dan Yana turut tersengih melihat gelagat rakannya yang bakal bergelar isteri tak lama lagi. Seketika kemudian muncul lelaki yang tiba bersama Im tadi.
" Dah buat pilihan?" tanyanya pada Ct?
" Dia tak berkenan Am, esok pun belum tentu dia boleh buat keputusan." Usik Yana. Amran hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya ke arah Ct.
" Banyak sangat baju, jadi rambang mata." Kata Ct lembut kepada tunangnya. Im mengajuk cara Ct kepada Yana dengan lebih gedik lagi. Ct segera menjeling ke arahnya. Amran dan Yana hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua.
" Bukan patutnya bakal pengantin pilih pakaian pengantin sama-sama ke?" Tanya Yana memandang Amran dengan curiga.
" Cik manis ni dia cerewet sangat. Jadi biarlah dia yang pilih, apa dia pilih,hamba ikutkan sahaja." Kata Amran. Ct hanya tersenyum lebar memandang tunangnya dengan bangga.
" Tolong jangan menggedik depan kita orang boleh tak." Kata Im pada Amran dan Ct
"Ha'ah, dah nak kahwin dah kot." Tambah Yana pula.Ct dan Amran hanya tergelak mendengar kata-kata kawan mereka. Tuan kedai pada ketika itu memanggil Amran dan Ct lalu membawa mereka ke bahagian belakang butik itu
" Datang dengan Am ke tadi?" Tanya Yana lalu membuka air mineral yang deberi oleh pihak butik di awal ketibaan mereka di situ.
" Ha'ah, dah dia kata dia boleh datang ambil, aku ikut sajalah." Im juga turut mengambil air mineral di hadapannya. Yana ketawa sendirian.
" Apa yang kelakarnya" Tanya Im pada Yana
" Tak ada apa, cuma teringat suatu masa dahulu, aku mati-mati ingat kau dengan Amran tu 'couple'. " Balas Yana. Im yang sedang meneguk air hampir tersedak mendengar kata kata Yana itu
YOU ARE READING
Kau Aku dan Dia II
RomanceSetelah bertahun berlalu mampukah permohonan maafnya diterima? Dan berjayakah kali ini untuk dia menawan hati gadis impiannya seperti yang diharapkan setelah sekian lama. Mampukah Im melupakan dan berjayakah Fei Sin dalam misinya? Halangan apakah pu...