Sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari Kamar Impian, Emir dan Naqib berjalan menelusuri koridor di bahagian bawah blok bangunan tersebut sambil melewati Bilik Bacaan dan Bilik Rehat Blok B, lantas melalui taman mini ASPURA dan seterusnya memasuki bangunan Blok A.
Sejak keluar dari bilik itu, Emir hanya menyengihkan mukanya kerana Anas telah bersetuju untuk menjadi tutor matematiknya sebagai persediaan menghadapi peperiksaan suku tahun pertama yang akan berlangsung 3 minggu lagi.
" Baik, aku boleh tolong ajar kau. Tapi sabtu malam je tau, sebab hari lain aku busy dengan hal lain, and lagi satu kau kena datang ke sini, belajar dekat sini.... "
Masih terngiang-ngiang ditelinganya apa yang dikatakan oleh Anas sebentar tadi. Betapa gembiranya hatinya itu, sambil tersenyum.
" Nampaknya jerat dah mengena... hehe"
Desis hati nakalnya.
" Hoi, tersengih - sengih dari tadi... "
Naqib menyiku Emir apabila melihat juniornya itu tidak melepaskan senyumannya sejak tadi.
" Mestilah, abg tau tak apa tandanya tu ??"
" Tanda apa ??"
Soal Naqib kehairanan sambil dahinya dikerutkan manakala matanya pula tidak lepas dari memandang wajah lelaki yang sedang berjalan disebelahnya itu.
" Tandanya saya ada harapan lah nak jadi jambu Abg Anas... "
Kata Emir sambil mengedipkan matanya berkali - kali ke arah Naqib dan tersenyum lebar.
" Uwekkk...."
Naqib membuat gaya loyanya sebaik sahaja mendengar kata - kata Emir tersebut
"Weyh kau tak payah nak perasan lah. Kau ingat Abg Anas tu suka dekat kau ke ?? Kau tau tak Abg Anas tu memang selalu je ajar budak junior kalau hal pelajaran ni. Bukan kau seorang je tau.."
Sambung Naqib panjang lebar sambil mempamerkan riak wajahnya yang bosan itu.
Ketika itu mereka pun sudah hampir tiba di hadapan tangga di bangunan Blok A tersebut.
" Ahh tak kisahlah bang. Janji ini satu petanda yang saya akan jadi jambu Abg Anas.."
Emir berkata lagi sambil berhenti di hadapan tangga tersebut.
" Eiii malas lah aku cakap dengan kau ni..."
Naqib sudah terasa malas untuk berdebat dengan junior nya yang perasan itu.
" Dah lah, aku nak balik bilik dulu..."
Lantas Naqib terus berjalan menelusuri koridor bawah bangunan tersebut menuju ke bilik tidurnya.
" Ok abg, caciao..."
Emir sedikit menjerit apabila melihat Naqib yang sudah sedikit jauh meninggalkan dirinya disitu lantas dia memanjat anak tangga bangunan tersebut menuju ke dormnya yang terletak di tingkat 2.
........................
Seperti yang dijanjikan pada sabtu malam minggu itu, seawal jam 9.30 malam sebaik sahaja tamat aktiviti ceramah mingguan di Surau Asrama KUSESS, Emir sudah pun menunggu di hadapan pintu Kamar Impian.
Dari luar bilik tersebut, dia dapat mengagak bahawa bilik itu masih kosong dan tidak berpenghuni sementelah lampu bilik tersebut yang kelihatan masih terpadam dari luar.
" Diorang tak balik dari DM lagi kot..."
Hatinya berteka-teki kerana pada hari sabtu, makan malam mereka diawalkan pada pukul 9.30 sehingga 10 malam kerana pada hari sabtu tiada aktiviti PREP malam dijalankan.
YOU ARE READING
Mat Terap, I love you
Tiểu Thuyết Chung(Completed) Drama/Romantik/Setia Kawan/18sx Pertemuan pertama diantara Hazim Iskandar dan Leftenan Anas Syakir, tiada apa yang menarik cuma berlaku peristiwa yang memalukan. Namun pertemuan kedua, ketiga dan seterusnya terus terjadi antara mereka da...