Episod 20

3.3K 53 14
                                    

Tren KLIA Transit yang dinaiki oleh Hazim itu mula bergerak perlahan - lahan meninggalkan Bangunan Terminal KLIA2 menuju ke KL Sentral. Hazim hanya duduk di atas kerusi penumpang sambil pandangannya dilemparkan keluar tingkap.

Pada hari itu dia hanya ditugaskan bagi penerbangan sektor domestik sahaja iaitu ke Pulau Langkawi dan Kota Bharu. Seawal jam 12.45 tengah hari dia sudah menamatkan tugasnya pada hari tersebut.

Sedang Hazim ralit memandang ke luar, tiba - tiba fokusnya terganggu kerana telefon bimbitnya berdering. Dikilaskan pandangan pada nombor pemanggil yang tidak diketahui itu, lama kemudian akhirnya dia menjawab panggilan tersebut.

Emir : Hello, Hazim ya ??
Hazim : Ya, betul. Siapa ni ??
Emir : Emir sini...

Sebaik sahaja mendengar nama itu, lantas riak wajah Hazim berubah dan ditegakkan sandarannya pada kerusi.

Hazim : Ya, ada apa Emir ??
Emir : Kau free tak ?? Aku nak jumpa sekejap boleh ??

Hazim lantas mengerutkan dahinya.

Hazim : Nak jumpa sebab apa ??
Emir : Aku ada benda nak bagitau kau ni, hal penting tak boleh nak cakap dalam fon.

Hazim lantas melemparkan pandangannya ke luar tingkap, otaknya ligat berfikir.

Hazim : Ok, baik. Bila nak jumpa ??
Emir : Hari ni boleh ??
Hazim : Ok, aku baru habis kerja. Tunggu aku dekat Secret Recepi, KL Sentral. Lagi 30 minit aku sampai sana.
Emir : Ok.

Lantas talian dimatikan. Hazim merenung telefon bimbitnya agak lama, lalu menyimpannya semula.

.........................

Sebaik sahaja Hazim tiba di KL Sentral, lantas kakinya terus menuju ke Secret Recipi seperti yang telah dijanjikan dengan Emir tadi. Hatinya berteka - teki dengan apa yang ingin disampaikan oleh lelaki itu, namun dia masih lagi bertenang.

Dari kejauhan dia sudah nampak kelibat Emir yang sedang duduk di salah satu meja yang terletak di luar kafe tersebut. Lantas dia berjalan merapati lelaki itu.

Sebaik sahaja Emir menyedari tentang kedatangan Hazim, matanya disorotkan pada susuk tubuh itu yang lengkap beruniform serba hitam itu sambil melemparkan senyuman.

" Duduklah..."

Emir menjemput lelaki itu duduk lantas menolak sedikit kerusi disebelahnya.

Hazim masih lagi diam membisu dan hanya menuruti arahan Emir itu. Lantas dia melabuhkan punggungnya disebelah lelaki itu. Namun matanya masih lagi memandang ke bawah.

" Nak minum ?? "

Soal Emir sambil bebola matanya tidak lepas menjamah wajah lelaki di hadapannya itu.

" Tak apa..."

" So kau cakap nak bagitahu something tadi. Apa dia ??"

Soal Hazim lantas memandang ke arah lelaki yang duduk di sebelahnya itu.

Emir lantas menegakkan badannya sedikit, dan membetulkan kedudukannya di atas kerusi itu.

" Err.. Hazim sebenarnya aku nak minta maaf dengan kau.."

Hazim lantas mengerutkan dahinya sedikit namun matanya masih lagi melihat ke wajah Emir itu, lalu dia menyoal kehairanan.

" Maksud kau ??"

Emir kemudian menelan air liurnya dan membetulkan suaranya.

" Tak macam ni. Pasal kes tempoh hari dekat air terjun. Sorry kalau aku buat kau tak selesa.."

Sambil matanya menunduk kebawah.

" Aku tak patut layan kau dengan Abg Anas macam tu. Aku rasa bersalah sangat..."

Mat Terap, I love youWhere stories live. Discover now