Episod 17

3.6K 64 14
                                    

Seperti yang telah dirancang, pada hari ahad itu mereka akan berkelah di Air Terjun Sungai Kanching di Taman Eko Rimba Kanching, Rawang. Pada jam 9 pagi, Anas sudah datang menjemput Hazim dirumahnya.

Mereka hanya berdua sahaja kerana Faisal memandu kereta yang berasingan untuk mengambil rakan mereka yang lain, yang turut serta di dalam perkelahan tersebut.

Perjalanan dari ibu kota hanya mengambil masa kira - kira 30 minit sahaja sebelum mereka tiba di pintu masuk Taman Eko Rimba Kanching itu. Lalu Anas memakirkan keretanya di kawasan pelawat. Sebaik sahaja mereka turun dari kereta, mereka disajikan dengan udara yang segar dan permandangan hutan yang menghijau.

Cuaca pada hari itu sungguh baik, dengan cahaya matahari yang terik dan hembusan bayu hutan hujan yang menyegarkan. Hazim hanya berdiri sebentar di tepi kereta sambil mengamati permandangan hutan indah yang terbentang di hadapannya itu. Sungguh nyaman dia rasakan.

Sementara menunggu kedatangan Faisal, Anas dan Hazim telah mula mengeluarkan beberapa kelengkapan yang telah mereka sediakan seperti tikar, plastik sampah, bakul berisi makanan dan minuman serta beberapa lagi barangan lain.

Pagi itu, sebelum kedatangan Anas, Hazim sempat menyediakan bekalan Mee Goreng Seafood dan Sandwich untuk minum pagi sementelah diberitahu oleh Anas bahawa mereka hanya akan makan tengahari di luar sebaik sahaja mereka selesai bersantai di air terjun tersebut.

Tidak lama kemudian, dari kejauhan ternampak kelibat kereta Faisal memasuki kawasan tersebut dan diletakkan bersebelahan dengan kereta Anas. Sebaik sahaja keempat - empat pintu kereta itu dibuka, alangkah terkejutnya Anas apabila melihat Auni dan Emir turun dari bahagian tempat duduk belakang dan hanya memandangnya sambil tersenyum.

" Bro, sorry lambat. Kau dah lama sampai ke ??"

Tegur Faisal kepada Anas sebaik sahaja pintu kereta dibuka.

Anas masih lagi tergamam dan bebola matanya sekilas memandang ke arah Auni dan Emir lantas disorotkan pandangannya terhadap Faisal yang sudah berdiri disebelahnya.

" Oh ni, aku lupa nak bagitau. Kazaf tak dapat join, last minute dia bagitau aku pagi tadi cuma Syafiq je yang jadi ikut..."

Anas memandang sekilas ke arah Syafiq, rakan sejawatnya dan menguntumkan senyuman.

" Hai bro... " Tegur Syafiq.

Anas hanya mengangkatkan tangannya.

" Lepas tu aku tengok kereta aku kosong lagi aku ajaklah Auni dengan adik dia join kita, ok kan ??"

Faisal seakan memahami riak di wajah Anas itu lantas menceritakan perihal sebenar.

Anas hanya memandang ke arah Faisal itu.

" Eh, ok tak ada masalah...."

" Ni apa Hazim pun ada masak lebih untuk brunch nanti, tak ada masalah..."

Anas memandang sekilas ke arah Hazim yang sedang sibuk mengeluarkan barang dari bonet belakang keretanya lantas menyorotkan pandangannya semula ke arah Faisal.

" Ha, cantik lah tu..."

Faisal berasa lega mendengar penerangan Anas itu Lantas dia turut membuka bonet belakang keretanya untuk mengeluarkan barang yang mereka bawa.

" Hai Abg Anas.... "

Emir kemudian berjalan menghampiri lelaki itu sambil melemparkan senyuman yang sukar ditafsir.

" Er... hai.. "

Anas hanya membalas sepatah dan matanya memandang sekilas ke arah Hazim yang sudah bersedia dengan barangnya. Dan pandangannya itu hanya dibalas dengan senyuman oleh Hazim.

Mat Terap, I love youWhere stories live. Discover now