Episod 24

5.6K 75 8
                                    

Malam itu, sebaik sahaja berakhirnya Majlis Makan Malam Rejimental Tentera Darat, Anas telah pun meminta Faisal untuk menghantarnya ke Lexis Hibiscus Resort sementelah mereka hanya datang dengan menaiki 1 kereta sahaja ke Port Dickson tempoh hari.

Sebaik sahaja Faisal menurunkannya di lobi hotel, sempat sahabatnya itu berbisik nakal kepadanya.

" Selamat berhoney-moon bro..."

Sambil mengenyitkan matanya. Namun Anas hanya membalasnya dengan ketawa terbahak - bahak.

Dia berjalan perlahan - lahan m8emasuki area lobi resort berkenaan. Dengan berpakaian no.6 tentera darat iaitu Mess kit yang berblazer serba putih dan segak telah menarik banyak mata untuk memandang kepadanya.

Dia lantas meminta bantuan perkhidmatan buggy untuk menghantarnya ke bilik seperti yang telah diberitahu oleh Hazim petang tadi.

Perjalanan menaiki buggy itu tidak lama, lebih kurang 7 minit dan kini dia sedang berdiri di hadapan pintu bilik Hazim yang merupakan sebuah chalet di atas laut.

Sebaik sahaja dia menekan butang loceng, tidak lama kemudian pintu bilik itu dibuka, maka terpacullah wajah kesayangannya itu yang berpakaian kemeja hitam sedang memandang kepadanya.

Lalu dia menerobos masuk ke dalam bilik lantas dia telah menarik Hazim ke dalam dakapannya. Dia hanya memandang ke wajah itu, tanpa mengelipkan matanya. Hazim juga turut melakukan yang sama kerana ini adalah pertama kali dia melihat Anas didalam uniform no.6 nya itu. Sungguh segak lelaki itu pada malam itu.

Mereka hanya berbalas senyuman dan melayani perasaan mereka seketika.

" Saya ada buat arrangement supper untuk kita..."

Hazim berkata lantas memecahkan kesunyian antara mereka.

" Ya ka ?? Dekat mana ?? "

Tanya Anas sambil terus menguntumkan senyuman dibibirnya.

" Dekat luar, jom... "

Lalu Hazim terus menarik tangan lelaki itu menuju ke luar balkoni bilik mereka.

Di tepi kolam renang mini itu telah tersedia candle light supper untuk mereka berdua, didalam suasana yang penuh romantik.

Di atas meja bulat itu hanya ada sebatang lilin didalam balang kaca dan sekuntum bunga ros yang mekar didalam pasu jernih.

Manakala santapan untuk supper mereka seperti yang dipesan oleh Hazim itu hanyalah Chicken pie with potato, Crab meat dimsum, Chocolate Moist Cake dengan aiskrim dan pilihan minuman panas.

Menu yang ringkas namun sesuai untuk sesi minum sebelum tengah malam itu. Lantas mereka segera mengambil tempat duduk di meja itu dan saling menghadap.

Ini adalah pengalaman pertama mereka bersama seperti itu, minum malam dalam suasana yang romantis sambil menikmati permandangan laut Selat Melaka yang terbentang dihadapan mereka serta bersyilingkan langit luas dan ditemani taburan bintang di angkasa.

Hanya cahaya lilin di atas meja, lampu dinding kolam renang dan cahaya lampu dari dalam bilik yang tembus melalui pintu kaca yang menyimbahi ruang itu. Bebola mata Anas tidak lepas dari memandang ke segenap wajah Hazim itu. Suasana yang romantis seperti itu menambahkan lagi gelora rasa cinta dia pada lelaki itu.

Sebaik sahaja mereka menikmati santapan minum malam itu, lantas Anas mengajak Hazim berdiri di tepi balkoni itu sambil menghadap laut. Pandangan mata mereka disorotkan ke tengah lautan sambil menikmati suasana malam.

Lantas Anas yang sedang berdiri di sebelah Hazim itu lalu berdiri rapat dibelakangnya dan tangan lelaki itu melingkari pinggangnya. Kepala lelaki itu diletakkan diatas bahunya. Hembusan nafas lelaki itu menampar - nampar telinganya, berdebar - debar dia rasakan saat itu.

Mat Terap, I love youWhere stories live. Discover now