Episod 13

3.7K 57 16
                                    

Sesi latihan bola sepak pada petang itu berjalan seperti biasa. Sebaik sahaja mereka diberikan pelepasan untuk menamatkan latihan lebih awal, Anas hanya duduk sebentar di atas lantai astaka di tepi padang sambil mengeringkan badan dan melepaskan penatnya sebelum pulang ke asrama.

Kedua-dua kakinya dilunjurkan ke hadapan manakala kedua-dua tangannya pula menongkat ke belakang.

Manik - manik peluh yang mengalir dari ubun-ubun nya lalu turun ke pipi lantas sesekali diseka menggunakan tuala kecil yang dibawanya bersama yang diletakkan ke bahunya. Kemudian dia mengambil sebotol air mineral lalu diteguknya, dan di letakkan kembali di sisi kanannya.

Matanya ralit memerhatikan kereta yang lalu lalang di luar pagar sekolahnya itu dan fikirannya sudah mula berkisar akan aktiviti yang ingin dilakukannya semasa cuti pulang bermalam pada minggu hadapan.

Tidak lama kemudian Badrul yang baru sahaja selesai menemui Cikgu Shahrul iaitu jurulatih mereka, terus mengambil tempat di sisi kiri Anas.

Dipandangnya sekilas ke arah sahabatnya yang termenung jauh itu, lalu dia mengambil penutup botol mineralnya dan dicampak kan ke wajah lelaki tersebut.

" Aduhh..."

Anas mengaduh kecil lantas memegang pipinya sambil matanya melihat ke arah penutup air tersebut yang sudah jatuh di atas pehanya.

" Lah, Bad. Bila masa kau duduk sini tak perasan pun... "

Anas bersuara sebaik sahaja menyedari rakannya itu sedang duduk ditepinya sambil memandang ke arahnya.

" Dari semalam aku dah duduk sini, kau je tak perasan... "

Balas Badrul berseloroh.

" Kau yang berangan sampai ke bintang lepas tu tanya aku bila duduk sini... "

Sambung Badrul lagi sambil tangan nya mengibas-ngibas kan jersi di bahagian perutnya yang sudah lencun dek peluh dan terasa melekat pada kulit perutnya itu.

Niat nya untuk menanggalkan sahaja jersi itu daripada tubuhnya namun terpaksa dibatalkan apabila melihat sekumpulan pelajar perempuan sedang berlatih bola jaring di gelanggang berhampiran astaka tersebut.

" Hehe... "

Balas Anas pendek sambil tersengih lantas dia melemparkan pandangan nya ke tengah padang sekolah yang terbentang di depannya itu.

" Eh, Nas kau ok tak ni ??"

Badrul bertanya kepada Anas apabila melihat lelaki itu melemparkan pandangan yang jauh entah kemana.

" Ok... apasal ??"

Jawab Anas sambil matanya masih lagi tidak lekang melihat ke tengah padang sekolahnya itu.

" Aku tengok, 2 3 hari ni kau macam tak ok. Kau ada masalah ke ??"

Soal Badrul lagi seakan pelik melihat perangai Anas yang sedikit berbeza sejak kebelakangan ini. Dia lebih suka menyendiri dan hanya bercakap apabila perlu sahaja. Di dalam kelas pula dia lebih suka menjadi pemerhati berbanding sebelum ini yang selalu menjadi volunter untuk menjawab soalan dan melakukan aktiviti di dalam kelas.

" Aku ok je, maybe aku macam penat study sikit. Ya la lepas naik cuti nanti kita dah nak exam suku tahun pertama kan. Aku risau aku tak sempat catch up jer..."

Anas cuba menyembunyikan perasaan nya yang sebenar itu lalu dia meletakkan tuala kecil yang tergantung di bahunya kebawah dan meletakkan kedua lututnya ke atas lantai, bersedia untuk membuat latihan tekan tubi.

Lalu dia meluruskan badannya menghadap lantai astaka dan menahannya dengan kedua - dua tangannya.

" Oooh...." Balas Badrul pendek.

Mat Terap, I love youWhere stories live. Discover now