Syed Hilman Firaz termenung memikirkan sesuatu yang membebankan otaknya sejak dari siang tadi. Dia perlu memikirkan sedalam-dalamnya keputusan yang bakal diambil. Hal ini melibatkan hati dan perasaannya, mana mungkin sambil lewa dia memutuskan hal tersebut. Amboi,sejak bila ni?
Sebaik sahaja dia pulang dari hospital tengahari tadi, Mak terus datang ke arahnya. Senyum lebar bercampur sinis menghiasi wajah mak, seram sejuk juga Firaz dibuatnya, ini pasti ada benda nak bagitau.
"Tadi, Mak Cik Melah datang. Dia nak masuk meminang kamu. Eeee, mak suka tengok anak perempuan dia tu, lawa, manis, sopan budaknya. Mak pun dah tua, bila lagi mak nak merasa dukung cucu, anak kamu?" beria-ria mak menyakinkan, siap pakej muka kesian apabila menyebut perkataan cucu. Tak boleh blah.
"Hmm. Apa nama budak tu?" Tanya Firaz, sekadar basa-basi, melayan karenah maknya sambil meneguk air kopi.
"Halaaah, kamu ni. Raz. Kita kan pernah pergi rumah Mak Cik Melah, takkan dah lupa?"
"Mana la orang nak tahu nama anak-anak acik melah, orang kenal Taufik je."
"Sibuk tanya ni, kamu nak terima ke?"
"Adoi mak, nanti la orang bagi jawapan."
"Yelah yelah. Mengalahkan anak dara, nak fikir dulu la apa la kamu tu pun bukan makin muda, tunggu siapa la agaknya. Ishhh." Mak mula dah
membebel, kalau sebut pasal kahwin je, mak mesti meroyan punyalah. Kotak kecil merah yang dihiasi riben hitam itu ditenung lama-lama, bersertakan kad kecil tersebut dibelek oleh Firaz. Dia tabik gadis tersebut, siap datang bawa rombongan merisik, aish dunia oh dunia, makin berani gadis zaman sekarang tapi tak salah pun sebenarnya, Siti Khadijah pun melamar Rasullah s.a.w.Kad tersebut banyak menyatakan perasaannya kepada Firaz. Respons daripadanya hanya lah ketawa kecil dan menggelegkan kepala. Dalam hati, Firaz turut berasa pelik dengan dirinya, sudah berumur 28 tahun, tetapi tiada seorang pun perempuan yang mampu membuatkan hati lelaki nya bergetar. Mungkin.. sebenarnya dia gay? Astagfirullah
"No, no, no way. Mengarut betul. Aku kan pernah kapel dulu zaman kolej, takkan la aku gay. Bodo betul la kau ni Firaz. Hmmm. Baik aku terima je dia ni, lagipun mak suka dia. Ya allah,
semoga keputusan aku ni tepat."ai ai ai ai ai ai im your little butterfly~
iphone di atas meja dicapai Firaz, dia memandang nama yang tertera di telefonnya sebelum dia angkat
"hello?"
"doktor datang ke hospital segera! ada pesakit kena buat pembedahan kecemasan!!"
<♡>
POV ELYSSA FARHANA.
Kringgggg...kringg... kringgg..
Jam loceng berdering dengan kuatnya.Dengan pantas aku menolak jam loceng jatuh ke lantai tetapi masih lagi berbunyi dan bertambah nyaring.
Perlahan-lahan aku membukakan kelopak mataku dengan perasaan marah yang mendalam terhadap jam locengku. Aku bingkas bangun dari katil,aku ambil jam loceng tersebut dan
membalingnya sekuat hati ke arah dinding. Pecah.Elyssa - 1, Jam loceng - 0.
"aishh." Tanpa aku sedari ayah sudah lama berdiri di muka pintu bilikku dan berpeluang menyaksikan bertapa brutalnya aku. Aku hanya mampu tersenyum segaris. Diam-diam aku menapak ke bilik air sebelum ayah memulakan bebelan. Lariiii!!!!!
"Elyssa Farhana!!" Ayah melaungkan namaku dengan lantangnya. Aku galak tergelak dari dalam bilik air. Lepas selesai mandi dan bersiap,aku turun untuk sarapan. Dapat dilihat banyak makannan yang cantik disusun oleh ibu
![](https://img.wattpad.com/cover/305371457-288-k897209.jpg)
YOU ARE READING
Mr.Doctor & Mrs.Perfect ( Slow Update)
RomanceElyssa Farhana wanita yang digilai ramai lelaki tetapi hanya seorang sahaja yang tidak tertarik padanya baginya Elyssa Farhana ni sama sahaja dengan wanita diluar sana "doktor ! saya jatuh kat dalam hati doktor , tak nak rawat ke ?" - Elyssa Farhana...