1 | Tears

17 4 0
                                    

"Kau betina! Disebabkan kau, isteri aku mati!" seorang lelaki pertengahan umur menampar seorang perempuan muda. Di tangan kiri lelaki itu terdapat sebotol arak. Perempuan muda itu diam menerima tamparan lelaki tersebut.

"Sa... ya.. minta ma... af...," ujar perempuan muda itu dengan perlahan. Lelaki tadi meneguk botol araknya dengan rakus. Kemudian dia mengenggam rambut perempuan muda itu dengan kasar.

"Berani pula kau bersuara," lelaki itu melempar tubuh kecil perempuan muda itu ke dinding. Perempuan muda itu mengadu kecil.

"Sampah! Kau sampah!" lelaki tersebut menendang perut serta wajah perempuan muda itu. Perempuan tersebut hanya merelakan dirinya di dera.

"Kau patut mati," lelaki itu beredar mencari sesuatu. Perempuan muda itu mengenggam penumbuk. Dia nekad.

"Mana pula pisau tu," gumam lelaki itu sendiri. Perempuan muda tadi perlahan-lahan bangun. Dia merasa sakit di seluruh tubuhnya. Namun dia tetap menggagahkan juga kakinya untuk berdiri. Dia menyeluk poket seluarnya. Perempuan muda itu mengeluarkan sebilah pisau.

Dengan langkah yang lemah, perempuan muda itu mendekati lelaki tadi. Nafas perempuan itu juga tidak teratur. Lelaki tadi nampaknya tidak sedar dengan bahaya yang akan menimpanya sebentar lagi.

"Sial-"

Perempuan muda itu menyasarkan pisau yang dipegangnya ke mata kanan lelaki itu. Lelaki itu tidak sempat mengelak ketika dia memusingkan badannya menghadap perempuan muda itu.

"ARGHH!!" lelaki itu mengadu kesakitan. Dia memegang mata kanannya yang ditusuk oleh perempuan muda tadi. Darah mengalir dari matanya dari jatuh menitik ke lantai.

"Kau sampah," perempuan muda itu menyasarkan pisau tersebut ke mata kiri lelaki itu pula. Lelaki tadi jatuh melutut menahan kesakitan.

"Kau sampah, ayah," perempuan muda itu menghayunkan pisaunya ke leher lelaki itu. Lelaki tadi terbaring lemah. Nafasnya tidak teratur dan darah membuak-buak keluar dari lehernya.

"Selamat datang ke neraka," ujar perempuan itu lalu menikam lelaki tadi dengan berkali-kali. Perempuan itu melepaskan segala amarah yang terpendam. Darah yang memercik ke mukanya tidak dihiraukan.

"Aku benci kau!" perempuan itu menikam jantung lelaki tadi dengan tikaman padu. Kemudian dia berdiri menjauhkan diri dari tubuh lelaki tersebut.

Perempuan itu duduk sambil memandang tangannya yang dikotori dengan darah ayahnya. Ayah? Pfft. Aku tiada ayah yang sampah macam dia.

Tiba-tiba, sebuah bulatan hitam muncul dihadapan perempuan muda itu. Bulatan hitam itu kelihatan seperti portal masa. Kemudian muncullah seorang lelaki berpakaian kemas. Bermulalah dari topi sehingga ke kasut lelaki itu berwarna putih.

"Gembira berjumpa dengan kau, Ivy," perempuan itu tergamam.

'Dia tahu nama aku?!'

Lelaki tadi tersenyum melihat air muka perempuan yang dipanggilnya Ivy berubah. Dia kemudian menoleh ke belakang. Jelas terdapat tubuh seorang lelaki berlumuran darah terbaring tidak bernyawa.

"A-apa kau nak...," perempuan itu memandang lelaki tersebut dengan tajam. Lelaki tadi tersenyum sinis.

"Aku Axel, ketua Darkness. Aku datang hendak mempelawa kau untuk menyertai aku, Ivy," ujar lelaki itu. Ivy memalingkan wajahnya.

"Kenapa pula aku perlu ikut kau? Kau cuma akan pergunakan aku," ujar Ivy sinis. Dia tahu serba sedikit tentang magis.

Darkness adalah ahli magis yang menggunakan karma iaitu magis terlarang. Darkness juga merancang untuk merampas semua magis untuk menjadi kuat. Axel tersenyum sinis.

Hikari: The faded SunWhere stories live. Discover now