5 | Team 6

7 4 0
                                    

Suasana kelas Junior High senyap. Semua murid memberikan tumpuan penuh kepada seorang lelaki dihadapan kelas itu.

"Saya Huang Jianyu. Saya adalah guru kelas kamu semua untuk dua tahun ini," ujar lelaki itu. Lelaki itu mengeluarkan segulung kertas dari lengan baju kanannya.

"Baiklah, ini adalah senarai nama kumpulan dan guru kamu. Kamu akan bergerak mengikuti guru kamu," ujar Jianyu.

"Faham?"

"Faham!"

Jianyu menggunakan kuasanya lalu kertas itu terbang dari meja ke meja. Ada yang gembira, ada yang sedih kerana tidak sekumpulan.

Tidak terkecuali juga Yui dan Stella. Mereka berdua berada dalam satu kumpulan dibawah bimbingan Tomo. Jodohlah kiranya.

Kertas tadi terbang semula ke Jianyu. Dia meletakkan kertas itu kembali ke dalam lengan bajunya.

"Baiklah, saya minta diri dulu," Jianyu keluar dari kelas itu.

"Yeah! Kita satu kumpulan!" ujar Stella bersemangat. Yui tersenyum.

"Awak rasa siapa agaknya lelaki tu?" soal Stella. Kumpulan Tomo terdiri daripada Yui, Stella dan seorang lelaki.

"Entah. Saya harap dia tak emo," ujar Yui selamba. Yui menjeling lelaki di sebelahnya. Lelaki itu tetap diam.

'Aku rasa dialah lelaki tu,' detik hati Yui.

"Awak taknak berkenalan dengan dia ke?" bisik Stella. Yui tersenyum.

"Kenapa awak tanya saya pula?" Yui mengjengketkan sebelah keningnya. Stella mencebik.

"Boleh tak jangan usik saya?" ujar Stella geram. Yui tertawa kecil.

"Okey, okey. Tapi bukan sekarang," ujar Yui. Stella mengerut.

"Kenapa?" Yui tersenyum sinis.

"Awak akan tahu nanti," serentak itu lelaki disebelah Yui berdiri. Lelaki itu melangkah keluar dari kelas. Yui dan Stella hanya memerhati lelaki itu pergi.

"Awak rasa apa yang jadi dekat dia?" Yui mengangkat bahu.

"Entah," mereka berdua membuat kerja masing-masing.

Tidak lama kemudian, beberapa orang guru masuk. Satu per satu kumpulan keluar dan mengikuti guru mereka.

"Awak rasa bila agaknya kumpulan kita...," Stella mengeluh kecil. Dalam kelas itu hanya tinggal tiga kumpulan.

"Mungkin en-"

Tiba-tiba pintu dibuka. Terpampanglah wajah Tomo. Lelaki itu mengenakan baju serta seluar berwarna hitam. Tomo juga memakai skarf berwarna merun. Dihujung skarf itu terdapat logo Magica Academy.

"Kumpulan enam," ujar Tomo. Yui dan Stella bingkas bangun. Mereka berdua mendekati Tomo.

"Jom," mereka bertiga keluar dari kelas itu menuju ke suatu tempat.

"Yui, kacaklah guru kita ni," bisik Stella. Yui tersengih lalu memandang Tomo dihadapannya.

'Yalah.. Macam manalah aku tak sedar dia ni kacak sebenarnya,' detik hati Yui. Tidak hairanlah wanita semalam menggedik menyebut nama Tomo.

"Kacak tapi tak tepati masa, takda guna juga," ujar Yui. Suara sengaja dikuatkan. Stella sudah cuak. Dia menenangkan Yui.

"Yui, jangan cakap kuat-kuat," bisik Stella. Tomo menghentikan langkahnya.

"Yui...," Stella menyorok di belakang Yui. Yui pula hanya beriak biasa. Dia tahu walaupun Tomo jarang senyum, lelaki itu tetap sopan santun apabila berhadapan dengannya.

Hikari: The faded SunWhere stories live. Discover now