8 | Melangkah kehadapan

6 4 0
                                    

"Latihan kita pada hari ini adalah mengasah bakat terpendam kamu," ujar Tomo. Yui, Stella dan Toshiro mengangguk.

"Sensei nak kamu beritahu apa-apa sahaja teknik yang kamu ketahui dan apa yang kamu nak pelajari," ujar Tomo lagi. Yui mengangkat tangannya.

"Ya, Yui,"

"Saya tahu Clone Jutsu, Defense Style, Kick Art dan Taijutsu," ujar Yui. Stella memandang Yui tidak percaya.

"Wah, banyaknya," Yui tersengih.

"Saya belajar semua ni semasa mengembara," tipu Yui. Stella mengangguk.

"Baiklah, Toshiro pula,"

"Saya tahu semua Lighting Jutsu," ujar Toshiro.

"Hebatnya! Nanti ajar saya pula," ujar Yui. Toshiro mengangguk.

"Stella?"

"Err... Saya tahu Healing Style...," ujar Stella perlahan. Yui mengerut.

"Healing? Tapi bukankah awak hebat dengan tumbuk-menumbuk semua tu," Stella mengangguk.

"Ya, saya tahu... Saya cuma mahir dalam Healing Style...," jelas Stella. Tomo berpeluk tubuh.

"Jangan risau. Menjadi seorang ahli perubatan bukanlah sesuatu yang teruk. Siapa tahu kamu dapat tolong lebih ramai orang daripada Yui dan Toshiro," ujar Tomo. Stella mengangguk. Yui memegang bahu Stella.

"Betul tu. Kalau kami cedera, awak boleh rawat. Bukankah itu lebih baik?" Stella mengangguk mengiyakan kata-kata Yui.

"Terima kasih. Saya akan cuba yang terbaik," ujar Stella. Yui tersenyum lebar melihat Stella kembali bersemangat.

"Baiklah, latihan kita bermula sekarang,"

🌟🌟🌟

Stella duduk di pondok. Dia melihat Yui dan Toshiro begitu tekun berlatih. Dia pula? De Style Klan Walter sendiri tidak tahu apatah lagi yang lain. Stella mengeluh berat.

"Kuat lagi, Yui!" kedengaran Tomo memberi semangat kepada Yui yang sedang berusaha menendang batang pokok mapel.

Stella memandang mereka bertiga berlatih. Jelas mereka sedang berseronok. Yui seorang yang rajin dan pintar. Toshiro pula sudah di dedahkan dengan magis sejak kecil lagi. Tidak heranlah dia kuat walaupun masih muda.

"Kamu Stella Walter ke?" soal seorang wanita tiba-tiba. Stella menoleh memandang wanita tersebut.

"Kamu Stella Walter?" Stella mengangguk.

"Ya, saya Stella Walter," ujar Stella. Wanita itu tersenyum.

"Jom, ikut saya," ujar wanita itu. Stella menoleh memandang kawannya yang masih berlatih. Kemudian dia melangkah mengikuti wanita itu.

"Hiyaa!" Yui menendang pokok mapel dihadapannya. Yui berdiri lalu mengelap peluh didahi. Dia memandang ke pondok di mana Stella duduk. Kelihatan pondok tersebut kosong.

Kemudian dia melihat Stella pergi mengkuti seorang wanita. Wanita itu berambut blonde. Baju wanita itu pula berwarna biru langit. Yui teringat tentang perbualan antara Stella dan Tomo.

Flashback

"Sensei bukan taknak ajar kamu, cuma sensei tak mahir dalam perubatan ni," ujar Tomo. Stella mengangguk.

"Takpa, saya faham sensei," ujar Stella lalu menguntum senyuman pahit.

"Tapi sensei tahu siapa yang boleh ajar kamu. Sensei pasti kamu akan jadi ahli perubatan yang hebat seperti dia," ujar Tomo cuba menceriakan Stella. Stella mengangguk.

Hikari: The faded SunWhere stories live. Discover now