7 | Nakada Toshiro

8 4 0
                                    

"Apa yang sensei tahu Klan Nakada mempunyai Lighting Jutsu yang hebat. Untuk mengetahui cara menggunakannya mudah sahaja," ujar Tomo. Toshiro mendengar dengan tekun. Tomo mengangkat tangan kanannya. Tiba-tiba muncul satu cahaya elektrik di tangan Tomo.

"Kamu perlu rasakan aliran elektrik mengalir dalam badan kamu. Kemudian tumpukan perhatian kamu terhadap sumber kuasa dan," Tomo menghalakan tangan kanannya ke sepohon pokok.

"White Lighting Jutsu!" pokok itu tumbang. Tomo memandang Toshiro.

"Kamu lepaskan dengan sepenuh tenaga kamu," sambung Tomo. Toshiro mengangguk.

Toshiro mengikuti ajaran Tomo. Dia mengangkat tangan kanannya. Kemudian dia memejam matanya merasai aliran elektirk dalam badannya.

"White Lighting Jutsu!" Toshiro menghalakan tangannya ke sepohon pokok. Batang pokok itu berlubang. Tomo mengangguk.

"Bagus, kamu perlu banyakkan latihan lagi," ujar Tomo.

Sementara itu, Yui dan Stella pula sedang berusaha mematahkan patung kayu itu. Mereka berdua duduk di hadapan patung kayu tersebut.

"Yui, awak rasa kita dapat tak patahkan patung ni?" soal Stella. Yui tersenyum.

"Semestinya! Saya akan lakukan apa-apa sahaja untuk Nono Manju!" ujar Yui bersemangat. Stella tersengih memandang Yui yang tidak habis-habis dengan Nono Manju dia.

"Mana Toshiro?" mereka berdua memandang sekeliling. Kelihatan Toshiro sedang berlatih dengan Tomo.

BUM!

"Nono Manju!" latah Yui. Stella tergelak melihat wajah Yui yang terkejut beruk itu.

"Hebatlah Toshiro," puji Stella sambil memandang Toshiro yang sedang tekun mendengar ajaran Tomo. Yui mengangguk.

"Ya," sokong Yui.

Toshiro berjalan menuju ke patung kayunya. Dia membuka langkah. Dia sudah bersedia untuk mematahkan patung kayu tersebut.

Toshiro mengangkat tangan kanannya. Muncullah satu cahaya elektrik putih dari tangannya. Dia memecut mendekati patung kayu itu.

"White Lighting Jutsu!" dengan sekali hentaman, patung kayu itu terbelah dua. Yui dan Stella terlompong melihat kehebatan Toshiro.

"He-hebatnya!" mata Yui tidak berkelip memandang patung kayu yang terbelah dua itu.

"Hebatnya Toshiro!" ujar Stella.

"Toshiro dah lulus, kamu berdua bila lagi?" soal Tomo yang entah muncul dari mana. Yui menarik nafas dalam.

"Saya takkan kalah!" ujar Yui dengan bersemangat. Dia berlari mendekati patung kayu itu.

"Kick Art: Super Kick!" dengan sekali tendangan patung kayu itu terbelah dua. Yui bercekak pinggang sambil menunjukkan muka bangga.

"Bagus, Yui!" puji Tomo. Yui tersenyum bangga.

"Saya pun hebat tau!" ujar Yui setelah berselisih dengan Toshiro.

"Tch," Tomo memegang bahu Toshiro.

"Baiklah, Stella pula," ujar Tomo. Yui menolak Stella maju ke hadapan patung kayu itu.

"Cepat Stella. Tunjukkan kehebatan awak!" sokong Yui. Stella tersenyum malu.

"Jangan gelakkan saya," ujar Stella. Yui dan Tomo mengangguk.

"Saya takkan!" Yui menunjukkan isyarat 'ok' sambil mengenyitkan sebelah matanya.

Stella mengambil nafas dalam. Dia menggenggam penumbuk. Kemudian dia berlari menuju ke patung kayu itu. Stella menolak patung kayu itu menyembah tanah menggunakan penumbuknya.

Hikari: The faded SunWhere stories live. Discover now