9 | Usaha tangga kejayaan

10 4 0
                                    

Pada petang itu Stella berjalan pulang ke rumah. Senyumannya juga tidak lekang. Dia begitu gembira pada hari itu. Latihannya berjalan dengan lancar.

"Mungkin mommy dan daddy gembira bila dengar berita ni," gumam Stella. Dia tertawa kecil.

Stella tiba dihadapan rumahnya. Rumahnya sangat besar seperti istana. Halamannya juga luas. Stella masuk ke dalam rumah. Seorang wanita yang berpakaian seperti pembantu rumah segera mengambil kasut Stella yang berada di hadapan pintu utama.

"Mommy, daddy, Stella dah balik," ujar Stella. Kelihatan ibu bapanya berjalan mendekatinya.

"Anak mommy!" wanita yang berumur lewat 40 an itu memeluk erat Stella. Begitu juga dengan suami wanita itu.

"Macam mana dengan sekolah, sayang? Ada apa-apa yang jadi?" soal Puan Walter. Mereka bertiga berjalan menuju ke ruang keluarga.

"Saya belajar Healing Style, mommy!" ujar Stella setelah mereka bertiga duduk di sofa mewah. Puan Walter tersenyum lebar.

"Bagus anak mommy ni," ujar Puan Walter sambil mengusap kepala Stella. Tuan Walter mengangguk.

"Ya, daddy harap kamu dapat jadi seorang yang hebat seperti nenek kamu," ujar Tuan Walter. Senyuman Stella terus mati tatkala mendengar daddynya menyebut tentang neneknya.

"Nenek okey tak? Dia masih marah ke?" soal Stella. Dia memandang kedua-dua orang tuanya. Puan dan Tuan Walter saling berpandangan.

"Stella," Tuan Walter memegang bahu Stella. Dia menatap satu-satunya anaknya dengan penuh kasih sayang.

"Ingat tak apa yang daddy pernah kata? Apa-apa yang kamu nak belajar, yang kamu nak buat, daddy dan mommy sentiasa sokong," ujar Tuan Walter. Puan Walter mengangguk.

"Ya, yang penting kamu gembira dengan apa yang kamu buat. Tak semestinya kamu tak dapat gunakan Magis Klan Walter, kamu gagal. Kamu tetap hebat walaupun tanpa magis klan kita, sayang," ujar Puan Walter lembut. Stella mengeluh lemah.

"Ya, saya akan buat yang terbaik," ujar Stella. Dia tersenyum pahit memandang ibu bapanya. Tuan dan Puan Walter tersenyum melihat anak mereka.

"Saya nak bersihkan diri dulu. Nanti saya turun semula," ujar Stella. Dia bangun dari duduknya.

"Baiklah, jangan lambat pula," Stella mengangguk.

Stella berlalu dari ruang keluarga menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas. Dia memanjat tangga dengan perlahan. Moodnya juga hilang ditiup angin.

Stella membuka pintu biliknya yang luas seperti ruang keluarga. Biliknya juga dipenuhi dengan pelbagai barang yang berwarna merah jambu. Stella adalah peminat nombor satu merah jambu. Tidak hairanlah rambutnya juga berwarna merah jambu.

Stella menghempaskan badannya ke atas katil yang bersaiz king itu. Empuknya jangan tanya. Seperti dilapisi dengan selimut tebal. Sangat lembut dan empuk. Sekali baring, tak berdiri-diri!

"Kenapa nenek masih marah dengan saya...," Stella memejamkan matanya.

Seperti klan lain, Klan Walter juga mempunyai magis yang boleh digunakan oleh Klan Walter. Magicto. Itulah nama bagi magis yang digunakan oleh Klan Walter.

Namun disebabkan Stella tidak boleh menggunakan magis itu, neneknya mengambil keputusan untuk tidak bercakap dengan Stella. Apabila di tanya apa sebabnya, wanita tua itu membalas dengan,

"Semua yang berdarah Klan Walter dapat gunakan magis turun temurun ni. Kenapa dia tak boleh? Selagi dia tak kuasai Magicto, jangan harap aku bercakap dengan dia,"

Stella mengeluh berat. Pelbagai usaha dia lakukan untuk mempelajari magis itu, namun semuanya gagal. Sehinggakan dia masuk hospital dan ditahan wad, Stella langsung tidak dapat menggunakan magis itu.

Hikari: The faded SunWhere stories live. Discover now