EA' 16

4.1K 287 6
                                    

                             "Hah?!" Cawan yang di pegang oleh Tengku Ivan terus terjatuh membasahi lantai rumah.

Emir menghulurkan kain kepada Tengku Ivan supaya lap air kopi yang sudah tumpah.

"Myra demam?" Soal Tengku Ivan lagi sekali. Dia memegang dadanya , rasa resah di hati.

"Ya , dari pihak Myra , makcik mohon kamu bagi cuti kepada dia" ucap Puan Siti. Tengku Ivan terdiam sebentar.

"Baik" Tengku Ivan menganggukkan kepalanya. Puan Siti tersenyum manis.

"Macam mana boleh demam makcik?" Soal Tengku Ivan prihatin. Sebagai majikan , dia perlu mengambil berat tentang pekerjanya.

Lagi-lagi jika pekerja itu adalah Nur Elmyra Aleena.

"Eh apa panggil makcik. Panggil ibu"

"Pfft!" Kali ini giliran Emir pula yang tersembur. Dia berdehem perlahan. Hadi pula sudah mengusap belakang Emir.

Tengku Ivan menggosok belakang lehernya. Dia pandang kembali Puan Siti yang sedang memandangnya.

"Tak apa lah makcik , saya panggil makcik je" Tengku Ivan tersenyum nipis. Puan Siti mengangguk.

"Macam mana boleh demam?" Soal Tengku Ivan lagi sekali.

"A-"

"Tak payah tahu. Sekarang , aku nak jumpa Tengku Aaris" ucap Emir sambil memandang tajam Tengku Ivan.

Tengku Ivan hanya diam. Dia tidak tahu kenapa lelaki ini berkasar dengan dia , jangan cakap Emir tidak suka kan dia.

"Hadi" panggil Tengku Ivan. Hadi mengangguk laju.

"Saya akan beritahu Tengku Aaris. Boleh beritahu saya bila nak berjumpa?"

"Esok" ucap Emir. Hadi mengangguk laju.

"Boleh saya melawat Myra?" Soal Tengku Ivan. Dia ingin melihat wajah gadis itu.

Emir dan Puan Siti mengangguk. Puan Siti membawa Tengku Ivan ke dalam bilik Elmyra diiringi oleh Hadi.

                                   Elmyra membuka mata perlahan-lahan. Keningnya bertaut sedikit apabila cahaya seperti memancar ke matanya.

"Eh?"

Elmyra menyengetkan kepalanya apabila terpandang wajah seseorang yang sangat kacak.

Elmyra tersenyum manis apabila lelaki itu hanya memandang wajahnya.

Ya Allah , bidadara mana yang engkau beri kepadaku ini? Gumam Elmyra di dalam hati. Wajah itu ditilik lama.

Terbuntang mata gadis itu apabila telah sedar bahawa bidadara itu sebenarnya adalah Tengku Ivan!

"Dah bangun?" Soal Tengku Ivan sambil tersenyum nipis.

Macam biasa , dia terpana dengan senyuman yang lelaki itu berikan. Tidak tahu jika senyuman itu ikhlas atau tidak , tetapi sangat manis baginya.

Elmyra mengagau kepalanya. Dia menghembuskan nafas lega apabila kepalanya sudah dilapik dengan tudung.

"Maaf Tengku , saya rasa tak sihat hari ini" Elmyra seraya bangun lalu membongkokkan sedikit badannya kepada lelaki itu.

"Tak apa , kau rehat lah"

Elmyra menganggukkan kepalanya lalu duduk di atas katil. Dia memegang kepala yang rasa  berdenyut.

"Aku balik dulu. Esok aku datang ambil kau ya" ucap Tengku Ivan kepada Elmyra.

"Eh! Tak payah. Saya boleh pergi sendiri" Elmyra seakan bantah dengan arahan Tengku Ivan. Tengku Ivan mengecilkan matanya.

"It's an order cik Elmyra. You're my PA from now on , you need to be beside me" ucap Tengku Ivan kepada gadis itu.

Elmyra mengangguk lemah. Dah nama pun bos , mana boleh bantah apa yang dia suruh kan.

"Rest"

"Terima kasih Tengku" ucap Elmyra.

"Kasih di terima" ucap Tengku Ivan perlahan. Dia pasti gadis itu mendengarnya.

Elmyra mengerdipkan matanya berkali-kali. Masih bingung. Dia baringkan badannya ke atas katil kembali.

Dia pejamkan mata. Mata sahaja yang tertutup rapat tetapi fikirannya masih memikirkan tentang lelaki itu.

Adakah Tengku Ivan mahu mengambil kembali hatinya? Dia bingung.




                                      Tengku Ivan melemparkan pandangannya ke luar. Dia pandang sekeliling kawasan itu.

Fikirannya ligat memikirkan cara untuk mendapatkan Elmyra. Dia mahu gadis itu untuk jatuh cinta dengan dia kembali.

Elmyra mesti marah kerana hubungan mereka yang sekarang tidak lagi seperti dahulu.

Jika dahulu Elmyra selalu mengusik dia. Sekarang tengok muka dia pun tidak mahu , asyik tunduk sahaja.

Tengku Ivan mengeluh.

"Kenapa Tengku?" Soal Hadi yang sedang fokus membawa kereta.

"Agak agak Elmyra masih marah aku lagi tak?" Soal Tengku Ivan. Hadi diam sebentar.

"Mungkin" jawab Hadi. Tengku Ivan mengeluh.

Dia berjalan masuk ke dalam bangunan yang gah itu. Cermin mata hitamnya di sangkutkan ke baju.

Dia menghenyakkan punggung di atas kerusi miliknya. Tangan laju mencapai pen di sisi.

Tengku Ivan berdecit kecil apabila terpandang file yang banyak di hadapannya.

Dia terus menekan butang papan kekunci seraya meneruskan kerjanya. Sesekali dia pandang sekilas jam yang berada di dinding.

"Baby!"

Hadi dan Faris yang setia berdiri di sebelah Tengku Ivan pandang sesama mereka.

"Baby , I bosan la. Jom kita keluar shopping?" Ucap Sarah dengan manja.

Tengku Ivan menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu. Dia hanya buat tidak tahu dengan gadis itu.

"Ala baby , jom laaa" meleret habis suara Sarah untuk memujuk Tengku Ivan.

"Jom la Ivan , minggu depan I dah nak fly ke Italy" rayu Sarah.

"Tch! I cakap I tak nak kan!" Suara Tengku Ivan mula meninggi. Sudah lah dia stress memikirkan pasal kerja , gadis ini menambahkan lagi stressnya.

Terhinjut bahu Sarah di buatnya. Sarah mengemamkan bibirnya. Geram!

"Mana perempuan tu?"

"Dia ada nama" ucap Tengku Ivan dingin , tahu sangat Sarah bertanya pasal siapa.

Sarah tersenyum sinis.

"Sejak you jumpa dia , you berubah Ivan" Sarah terus mengorak langkah keluar dari situ.

Tengku Ivan hanya pandang kelibat gadis itu keluar dari bilik pejabatnya. Dia teruskan kerjanya yang terbengkalai tadi.

ELMYRA ALEENA Where stories live. Discover now