EA' 39

5K 280 8
                                    

                             Tengku Ivan pandang wajah lelaki di hadapannya ini seraya mengukirkan senyuman manis di bibir.

"Terima kasih sudi untuk berjumpa dengan saya" ucap Sarjan Azli. Mereka berjabat tangan.

"No problem. Ada apa ya encik nak jumpa saya?" Soal Tengku Ivan. Sarjan Azli berdehem kecil. Dia membetulkan posisi duduknya tadi.

"Encik Tengku Ivan Asher? Suami Aleena?" Soal Sarjan Azli. Tengku Ivan menganggukkan kepalanya.

"Saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Sarjan Azli , orang yang menolong Elmyra untuk selesaikan masalah pembunuh ini" ucap Sarjan Azli.

Tengku Ivan mengerutkan dahinya. Menolong? Masalah pembunuh? Apa kaitannya dengan isteri dia?

"Apa kaitan dengan isteri saya?"

"Aleena ditugaskan untuk membantu mencari pembunuh tersebut. Dia mesti tak ada beritahu awak kan?" Sarjan Azli tersenyum nipis.

Tengku Ivan menggelengkan kepalanya. Muka lelaki itu jelas tampak bingung dan tidak tahu apa-apa pun.

"Isteri saya polis ke?" Soal Tengku Ivan.

"Tidak , dia hanya bekerjasama dengan kami" ucap Sarjan Azli.

"Untuk apa?"

"Saya pasti Tengku pernah dengar cerita tentang Elmer. Atuk kepada Aleena"

Tengku Ivan terdiam. Jadi apa yang diceritakan oleh ibu mertuanya itu benar dan Elmer itu adalah atuk kepada isterinya sendiri.

This is mind blowing. Ujar Tengku Ivan di dalam hatinya.

"Benda ni dulu memang kecoh lah , kami tahu cucu Ahmad tu pun mesti akan ambil alih hasrat datuknya dan bunuh keturunan Elmer" ucap Sarjan Azli.

"Jadi kami cari Zain iaitu ayah Aleena. Encik Zain cakap dia nak Aleena yang 'memburu' pembunuh tersebut"

Tengku Ivan menganggukkan kepalanya perlahan tanda faham dengan apa yang diucapkan oleh Sarjan Azli.

"Jadi Aleena dah berjaya tapi dia pula koma. Kecederaan dia parah dan saya rasa sangat bersalah" ucap Sarjan Azli.

"Aleena turut hilang Emir dan Puan Siti bukan? Kalau lah saya hantar pasukan saya untuk tolong Aleena dengan lebih awal , saya rasa benda ni tak akan terjadi"

Tengku Ivan pandang lelaki di hadapannya ini. Wajah Sarjan Azli sayu , begitu juga dengan dia.

"Saya pasti isteri saya akan bangun. Setiap hari saya tak berhenti berdoa kepada tuhan supaya bangunkan Elmyra" ucap Tengku Ivan.

"Insyaallah , amin.." Sarjan Azli membalas. 

Seusai bersembang , Tengku Ivan melangkah masuk ke dalam keretanya lalu menghidupkan enjin kereta.

Dia diam lama sebelum tangisannya pecah. Tengku Ivan menghentakkan kepalanya ke stereng kereta. Kedua-dua belah bahunya terhinjut-hinjut kerana menangis.

"Maafkan aku Elmyra"




                             Elmyra membuka matanya dengan perlahan-lahan. Jarinya mula bergerak-gerak dengan perlahan.

Tangan dia pula terasa berat dan seperti digenggam. Mata dia terasa pedih. Dia bingung.

Aku di mana? Soalnya di dalam hati. Bebola matanya meneliti segenap ruang bilik itu.

Dia pandang pula satu tubuh yang sedang meletakkan kepala dia di tangan Elmyra dan menggenggam tangan tersebut.

Ivan? Bukankah dia dah ceraikan aku? Soal Elmyra di dalam hati. Tiba-tiba air mata dia mula bercucuran. Kenapa tiba-tiba dia rasa sedih?

"Sayang?"

Dia dapat mendengar suara itu dengan samar-samar sahaja tetapi dia tahu itu suara Tengku Ivan.

"Doktor!"

Selepas sahaja doktor memeriksa keadaan Elmyra , Tengku Ivan terus berlari masuk ke dalam bilik wad yang didiami oleh isterinya.

Siapa sangka keadaan Elmyra juga baik. Tengku Ivan pandang wajah Elmyra yang sedang bersandar di kepala katil.

"Akhirnya Allah makbulkan juga doa aku. Aku bersyukur sangat Myra , aku rindu kau sayang" ucap Tengku Ivan.

Elmyra tidak membuka mulutnya. Sepatah perkataan pun tiada yang keluar dari bibirnya. Dia hanya mendengar kata-kata suaminya.

"Kau nak air?" Soal Tengku Ivan. Elmyra menganggukkan kepalanya perlahan.

Tengku Ivan menuangkan air ke dalam gelas yang berada di atas meja. Dia ingin membantu Elmyra untuk minum air tersebut malah dia dihalang. Tengku Ivan terkebil kebil.

"Siapa bagi awak permission untuk sentuh saya? Mana tudung saya?" Ucap Elmyra lalu merampas gelas tersebut dari tangan Tengku Ivan dengan perlahan-lahan.

Tengku Ivan terdiam.

"Mana tudung saya , Tengku?" Naik sedikit suara Elmyra apabila lelaki ini hanya diam tidak berkutik.

Dia ingin menutup rambutnya dengan selimut tetapi tangannya tidak larat dan terasa berat.

"Kenapa? Aku tak boleh tengok rambut kau?" Soal Tengku Ivan.

"Kita bukan mahram!"

Tengku Ivan mengerutkan dahinya. Pelik. Bukan mahram? Ada apa-apa yang dia tidak tahu kah?

"What?"

"Apa? Kita dah bercerai. Kenapa awak masih di sini?" Ucap Elmyra.

Kening Tengku Ivan bercantum buat kedua kalinya tetapi sepuluh kali ganda.

Bila masa dia ceraikan gadis ini?

"Kau bangun pun tidak macam mana aku boleh ceraikan kau , sayang?" Ucap Tengku Ivan dengan nada yang pelik.

"Eh?"

"Eh?

ELMYRA ALEENA Where stories live. Discover now