EA' 7

4.3K 294 12
                                    

                                  Elmyra mengetuk ngetuk mejanya. Pen yang berada di dalam tangannya di pusing pusing. Dia pandang sekeliling bilik itu.

Elmyra mengeluh perlahan apabila ternampak Nabila yang sungguh tekun membuat kerjanya.

Dia sebenarnya bosan. Disebabkan kerja yang sudah siap , dia hanya duduk bersahaja.

"Jangan cakap kerja kau dah siap Myra" ucap Nabila. Mata gadis itu tidak lepas dari memandang skrin komputer.

"Kalau dah siap?" Elmyra tersengih menampakkan barisan giginya. Sebelum Nabila sempat membalas , seseorang sudah mendekati dia dan Elmyra.

"Nah! Your work"

Elmyra menggigit bawah bibirnya apabila gadis itu sedang tersenyum sinis.

Sarah menyilangkan tangannya. Puas hati dapat melihat muka gadis itu marah.

"Apa yang cik Sarah nak?" Soal Elmyra tidak berpuas hati. Dia bukan siapa-siapa pun , tiba-tiba sahaja nak suruh-suruh orang.

"I nak you buat kerja semua tu" ucap Sarah. Elmyra ketawa sinis.

"Cik Sarah bukan bos pun , cik Sarah siapa nak arah-arah saya?" Ucap Elmyra dengan nada yang sinis lagi menyakitkan hati.

Berubah wajah gadis itu apabila Elmyra memerlinya dengan sebegitu rupa.

Kesah pulak aku kau nak nangis ke nak marah ke nak meroyan ke. Ucap Myra di dalam hatinya.

"You ni kenapa hah?!" Suara Sarah sudah naik oktaf.

"Cik Sarah tu yang kenapa?!" Suara Elmyra juga turut naik oktaf. Dia ingat dia sorang boleh jerit-jerit?

"I report you dekat Ivan baru you tahu langit tu tinggi ke rendah!"

"Report lah, kesah pulak aku dengan kau!"

Sarah mendengus kasar. Nafasanya sudah turun naik menahan geram yang berada di hati.

Dia datang pun tanpa pengetahuan Tengku Ivan. Sahaja hendak kenakan gadis tak sedar diri ini , tak sangka pula Elmyra pandai berlawan kata.

Sarah mula berjalan ke arah Elmyra yang berdiri di hadapannya. Nabila juga turut berdiri di sebelah rakannya.

"Jangan sampai I buang you dari sini , betina tak sedar diri!" Sarah terus menarik tudung Elmyra yang terletak elok di kepalanya.

Nabila sudah mengangakan mulutnya. Yang lain pula hanya jadi penonton waktu itu.

Elmyra menolak Sarah sehingga jatuh ke lantai mozek. Berani perempuan ni nak tarik tudung dia?

Nasib baik dia jarumkan tudung di anak tudung dengan kemas , kalau tidak rambutnya akan di tayang free di hadapan pekerja lain.

"What is wrong with you!" Jerit Sarah. Dia memandang Elmyra dengan muka yang memerah.

"Apa jadi ni?" Soal satu suara garau. Sarah dan Elmyra memandang muka tersebut. Elmyra menelan air liurnya , Sarah pula sudah tersenyum sinis.

"Baby! Dia tolak I! I tak buat apa apa pun..." Ucap Sarah dengan nada yang manja.

Elmyra menjeling Sarah yang masih terduduk di lantai. Tangan gadis itu di suakan kepada Tengku Ivan.

"Masuk bilik saya sekarang. Both of you!" Tengku Ivan hanya berjalan berlalu dari situ.

Elmyra tersenyum sinis apabila Tengku Ivan hanya buat tidak tahu kepada gadis itu. Sarah mencebik.




                       "Apa masalah kamu berdua sebenarnya?" Soal Tengku Ivan dengan nada yang dingin.

Elmyra menundukkan kepalanya. Tidak mahu melihat muka lelaki di hadapannya itu.

"Dia tolak I baby! I tak buat apa pun" Sarah memuncungkan mulutnya seperti itik.

Tengku Ivan berdecit kecil. Dia rimas dengan Sarah yang memanggilnya baby di hadapan Elmyra.

"Myra- I mean Elmyra. Apa yang jadi?"

"Kalau saya cerita , Tengku percaya kan saya ke?" Soal Elmyra dengan riak kosong. Tergamam Tengku Ivan , Hadi dan Faris.

"I'm your boss. Saya akan dengar penjelasan pekerja saya"  ucap Tengku Ivan dengan jawapan yang professional.

Elmyra tersenyum nipis. Sebagai bos dan bukan sebagai kawan? Faham.

Dia menceritakan apa yang terjadi dari A sehingga Z. Bersungguh sungguh juga lah dia bercerita.

"No! Jangan percaya betina ni. I tak buat apa pun , I just nak tolong dia" ucap Sarah.

"Saya tak suruh cik Sarah tolong saya pun" ucap Elmyra pula. Mereka berdua memandang sesama sendiri.

"Stop!" Tengku Ivan menaikkan oktaf suaranya. Ternaik bahu Sarah dan Elmyra ketika itu.

"Sarah , siapa suruh you pandai pandai bagi kerja dekat pekerja saya? You are no one , saya je yang boleh arah pekerja saya!" Sarah menundukkan kepalanya apabila Tengku Ivan menjerkahnya sebegitu rupa.

"Maaf baby..." Tengku Ivan merengus kasar seraya memicit kepalanya yang terasa berdenyut denyut.

"Elmyra , tolong jangan buat kecoh macam ni lagi. Dah dua kali nama awak di sebut sebut oleh orang atasan" ucap Tengku Ivan lembut.

Sarah menjeling Tengku Ivan dan Elmyra. Oh , dengan betina tu boleh pulak dia berlembut.

"Saya minta maaf Tengku , lepasni kalau Tengku nak pecat saya pun pecatlah" Elmyra menundukkan kepala dan badannya.

Tengku Ivan hanya diam.

"Awak boleh balik ke office" ucap Tengku Ivan tanpa melihat muka Elmyra.

"Maafkan saya sekali lagi , Tengku" Elmyra terus berlalu pergi dari situ. Sarah tersenyum sinis.

"Baby , kenapa you tak pecat je betina tu?"

PAP!

"Watch your mouth , Sarah" terhinjut bahu Sarah apabila meja Tengku Ivan di tepuk kuat.

"Faris , Hadi. Bawak dia keluar dari sini" arah Tengku Ivan kepada dua orang pembantu nya yang sedari tadi hanya berdiri.

"Huh! You tak suruh dua orang tu pun I boleh keluar sendiri!"

Sarah berjalan keluar dengan menghentakkan kedua dua kakinya di lantai mozek. Pintu di hempas kuat.

〰〰

Meme untuk malam ini;

Meme untuk malam ini;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ELMYRA ALEENA Where stories live. Discover now