EA' 15

4.2K 283 3
                                    

                             Elmyra tergelak kecil membaca mesej yang di terima oleh Nabila sambil berjalan kaki pulang dari masjid kampung.

Tangan kirinya memegang lampu suluh manakala tangan kanannya memegang telefon pintarnya.

Jalan itu agak gelap , tetapi dia tidak takut kerana sudah biasa berjalan seorang diri di lorong itu.

Hanya kedengaran bunyi cengkerik dan bunyi seliparnya pada sistem pendengaran. Tiada bunyi lain selain dari itu , sunyi.

SRITT!

Terus terhenti langkah gadis itu apabila mendengar bunyi besi yang di heret di atas jalan tar.

Sesekali dia pandang belakang. Tiada apa pun , mungkin dia tersalah dengar.

SRITT!

Kali ini lebih kuat dan dekat. Elmyra mempercepatkan langkahnya , telefon di tangan sudah di masukkan ke dalam poket.

Dia sudah bersedia untuk melangkah dengan lebih jauh dan laju jika apa-apa yang terjadi.

Jangan pandang rendah kepada seketul Elmyra yang pernah menjadi juara lumba lari empat kali seratus.

Dia antara manusia yang menyumbang markah untuk rumah sukannya dahulu tahu!

"Hahaha...jangan lari"

Kedengaran satu suara garau di belakangnya. Elmyra tidak pandang belakang , dia hanya berjalan dengan pantas.

Bulu roma juga sudah meremang. Tolonglah , malam ini memang malam jumaat tapi janganlah dia yang menjadi mangsa untuk di kacau.

Mulut Elmyra sudah terkumat kamit membaca surah surah yang dia ingat. Tapi dia pasti itu bukan hantu , itu adalah manusia.

Bunyi tapak kasut semakin deras dan hampir dengan dia. Dengan bantuan lampu jalan , dia dapat melihat bayang dan bayang 'orang' di belakangnya.

Sah! Manusia.

Elmyra mula berlari pecut balik ke rumahnya. Sudah lah dia pakai baju kurung , kain pula keras. Tapi tidak mengapa , ini Elmyra!

Elmyra menghembuskan nafas lega apabila sudah tiba di rumahnya. Dia terus berlari naik ke atas. Pintu rumah di tutup dengan kuat seraya menguncinya dengan pantas.

Tercungap-cungap Elmyra di buatnya. Dia menarik nafas lega kerana sudah sampai di rumah dengan selamat.

Tangannya menyelak langsir untuk melihat ke luar rumah jika lelaki itu ada.

Terbeliak mata Elmyra apabila lelaki itu sedang melihatnya dari jauh. Dia tidak masuk ke dalam kawasan rumah. Cepat-cepat langsir tadi di tutup kembali.

Dadanya pula sudah berombak kencang kerana takut. Tangannya pula mula menggeletar. Dia duduk di atas sofa sambil mengurut dadanya.

"Myra? Kenapa ni?"

Suara Emir menyapa sistem pendengarannya. Elmyra terus memeluk tubuh abangnya dengan erat.

Air mata juga mula mengalir. Dia takut! Tangan dia tidak berhenti dari menggeletar. Dia sungguh takut.

"Adik , kenapa ni?" Soal Emir lembut.

"A-ada orang ikut Myra! Myra takut abang!" Dia tidak dapat lagi menahan tangisannya dari pecah.

"Sabar Elmyra" pujuk Puan Siti untuk menenangkan gadis itu.

"Takut , Myra takut" Puan Siti menggosok belakang Elmyra dengan lembut lalu membawa Elmyra ke dalam bilik untuk menenangkan gadis itu.

Emir mengeluh perlahan sebelum dia pula menyelak langsir tersebut untuk melihat jika lelaki itu masih ada.

"Apa yang kau nak..." omel Emir perlahan. Lelaki itu masih ada , setia menunggu di luar kawasan rumah.

Dia pasti , lelaki itulah yang membunuh anak Makcik Som. Apa kaitannya dengan adik dia?

Emir berjalan ke luar rumah sambil memegang telefon di tangan. Dia sebenarnya tahu lelaki itu masih ada di sebalik semak semak tersebut.

Dia mendail nombor seseorang.

KRINGG!

Bunyi nada dering itu buukan dari phone dia. Emir tersenyum sinis sebelum masuk ke dalam rumah





      

                                   Tengku Ivan menghirup udara pagi yang indah dan nyaman itu. Dia merehatkan dagu di atas tapak tangannya.

Tengku Ivan tersenyum manis. Kedengaran air pancuran di tengah laman rumahnya. Dia suka dengar bunyi air itu.

Dia membetulkan sedikit kot hitam yang sudah terletak elok pada tubuh tegapnya.

Dia pandang cermin yang memantulkan dirinya. Tengku Ivan tersenyum puas apabila sudah puas dengan penampilan dirinya.

Minyak wangi Versace Eros di semburkan ke pakaiannya. Dia melangkah turun ke dapur.

Hadi membongkokkan sedikit badannya kepada Tengku Ivan. Tengku Ivan tersenyum manis seraya menarik tangan Hadi ke meja makan.

Sudah menjadi rutin harian Hadi untuk sarapan pagi bersama Tengku Ivan. Kalau dia tidak dipaksa oleh Tengku Ivan sendiri , dia tidak akan buat.

Itulah hidup seorang Hadi Syafiq. Personal assistant yang di upah oleh Tengku Aaris untuk menjaga anak lelakinya Tengku Ivan.

Tetapi Tengku Ivan tidak menganggap Hadi sebagai pekerjanya. Malah dia menganggap Hadi sebagai sahabatnya.

Setelah selesai bersarapan , mereka berdua berjalan ke arah kereta yang elok di parking di bawah garaj.

Hadi membukakan pintu untuk Tengku Ivan di bahagian belakang. Seterusnya dia menghidupkan enjin kereta.

"Hadi , bawa aku pergi rumah Elmyra" arah Tengku Ivan.

Hadi hanya menganggukkan kepalanya. Dia juga ada rasa pelik mengapa tiba-tiba Tengku Ivan mahu ke rumah gadis itu.

"Dia kan PA aku , aku nak dia setiap pagi nak pergi kerja naik dengan aku"

Seperti boleh membaca fikiran , Tengku Ivan menjawab sambil tersenyum. Hadi mengangguk lagi seraya kembali fokus kepada perjalanan.

"Assalamualaikum" Tengku Ivan memberi salam dari luar rumah.

"Waalaikumussalam , eh Ivan! Masuklah" jawab Puan Siti dengan nada yang gembira.Dia dan Hadi mula melangkah masuk ke dalam rumah.

"Hah?!"

ELMYRA ALEENA Where stories live. Discover now