EA' 26

3.8K 260 8
                                    

                        Tengku Ivan menampar nyamuk yang ingin menghisap darahnya. Dia tersenyum sinis apabila tamparan dia terkena pada nyamuk itu.

Dia sedang menunggu isterinya untuk keluar. Mereka menaiki motor bersama-sama ke masjid kampung isterinya.

Mula mula Elmyra mahu berjalan kaki sahaja seorang diri tetapi dia lupa yang dia dah ada suami terus mereka pergi naik motor.

Sudah semestinya Elmyra yang membawa motor tersebut. Tengku Ivan? Orang suruh start enjin pun tak reti.

"Kenapa lambat sangat sayang?" Soal Tengku Ivan kepada Elmyra.

"Saja" ucap Elmyra.

"Jom kita pergi minum dulu nak?" Soal Elmyra. Dia rasa macam masih awal untuk pulang ke rumah. Tengku Ivan menganggukkan kepalanya tanda setuju.

Mata mata penduduk kampung itu tidak henti dari memandang pasangan yang sedang bersembang-sembang.

Ada yang membisikkan sesuatu di telinga rakan mereka. Ada yang tersenyum galak kepada Tengku Ivan.

Tengku Ivan hanya buat tidak tahu kepada mereka. Isteri dia cakap gadis di kampung ini pantang nampak lelaki kacak , lagi lagi kalau lelaki itu suami orang.

Elmyra melindung muka suaminya dengan surat khabat yang berada di tangannya.

"Sayang—"

"Jangan alih , saya tak suka diorang pandang suami saya macam tu" ucap Elmyra.

Tengku Ivan tersenyum kecil. Dia suka jika Elmyra menunjukkan perangai protective nya terhadap dia.

Dengan cara itu dia dapat tahu yang Elmyra betul-betul sayangkan dia. Tiada isteri yang tidak akan cemburu jika orang lain pandang suaminya macam nak tembus.

"Handsome nya suami kamu Myra" ucap Makcik Som yang menghantar minuman kepada mereka.

Elmyra tersenyum manis kepada wanita tua itu. Dia tahu suaminya kacak.

"Terima kasih makcik" ucap Tengku Ivan.

"Eh boleh cakap melayu? Muka macam orang putih" ucap Makcik Som.

"Ya , saya boleh" Tengku Ivan senyum.

Dia fikir suami Elmyra ini tidak pandai berbahasa melayu tetapi tidak , lelaki itu fasih berbahasa melayu.

"Makcik apa khabar?" Soal Elmyra mengalihkan topik mereka.

"Alhamdulillah , macam tu lah"

"Kamu macam mana Myra? Makcik harap kamu baik aje" ucap Makcik Som dengan pandangan sayu.

Elmyra menundukkan kepalanya seakan faham dengan maksud Makcik Som. Tak dia tidak okey , dia rindu sahabatnya.

"Myra rasa ni semua salah Myra. Pembunuh tu nak Myra" ucap Elmyra. Makcik Som suda mengambil tempat duduk di sebelah gadis itu.

Tengku Ivan hanya mendengar sahaja perbualan mereka berdua. Tiada niat mahu masuk campur.

"Percaya pada Qada' dan Qadar Myra. Dia licik , tiada kesan pun yang dia tinggalkan" ucap Makcik Som.

Makcik Som juga berasa agak marah kerana polis tidak menjumpai sebarang bukti mahupun kesan yang pembunuh itu tinggalkan.

Elmyra hanya diam. Air teh o ais nya dikacau kacau dengan straw plastik.

"Semua yang terjadi pasti ada hikmah" Elmyra pandang wajah tua itu lalu tersenyum.

"Terima kasih Makcik" ucap Elmyra. Makcik Som berjalan meninggalkan mereka.

ELMYRA ALEENA Where stories live. Discover now