EA' 38

4.9K 279 14
                                    

                        Apa pula kali ini? Dia berada di tempat yang sama semasa berjumpa dengan keluarganya. Dia bermimpi lagi kah?

Elmyra berjalan di sekitar taman yang dipenuhi dengan bunga itu sambil mencari kelibat manusia.

Takkanlah dia keseorangan pula? Elmyra duduk di atas buaian yang sama juga.

Dia perasan akan dirinya yang memakai serba putih. Elmyra mengukirkan senyuman manis di bibir.

Serba putih? Dia teringat akan kenangan bersama suaminya semasa ingin memilih baju pengantin.

"Saya nak baju warna putih!" Jerit Elmyra. Tengku Ivan menggelengkan kepalanya dengan laju.

"Aku nak warna hitam. Baru nampak expensive" Tengku Ivan mengukirkan senyuman di wajahnya.

Elmyra tayang muka menyampah kepada Tengku Ivan. Expensive konon!

"Tak ada , tak ada. Saya nak putih , full stop!"

Tengku Ivan mengeluh sebelum dia memandang sekilas wajah si isteri. Elmyra memuncungkan mulutnya.

"Buat mulut macam tu , aku cium karang" Tengku Ivan menyelak-nyelak buku yang mempamerkan baju-baju.

"Please awak , saya nak warna putih" Elmyra merayu kepada lelaki di sebelahnya ini.

"Haih ya lah" Tengku Ivan akhirnya mengalah. Elmyra bersorak keriangan sambil melompat lompat.

Pelayan itu mengukirkan senyuman manis melihat gelagat pasangan ini. Asyik bergaduh tetapi ada sayangnya.

"Kak , saya nak baju kembang macam Cinderella tau" pelayan itu menganggukkan kepalanya.

Tengku Ivan menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Cinderella? Dia kah puteranya?

Tapi sayang , semua itu hanya tinggal kenangan sahaja. Wajah Elmyra kembali muram. Dia pandang rumput-rumput di tanah.

"Apa kau buat di sini?"

Elmyra mengalihkan pandangannya memandang tuan empunya suara. Elmyra pandang wajah itu dengan lama.

"Apa yang kau buat di sini?" Soal Elmyra kembali kepada Faris. Faris tergelak kecil.

"Aku tunggu kau" ucap Faris.

Ternaik kening kiri Elmyra. Tunggu dia? Untuk apa?

"Aku nak minta maaf" ucap Faris. Dia bermain dengan jarinya.

"Kenapa kau nak minta maaf bila kau dah bunuh orang yang aku sayang" ucap Elmyra dengan nada dinginnya. 

"Aku tahu aku salah"

"Baguslah kalau kau tahu kau salah" ucap Elmyra.

"Aku penat Faris , sejak hadir kau dalam hidup aku. Aku tak aman , kau tahu tak aku hidup dalam kegelisahan? Aku hidup dalam rasa bersalah?"

Faris hanya diam sambil menundukkan kepalanya memandang rumput.

Air mata sudah mula bertakung di kelopak matanya apabila teringat akan rakan-rakan dia , keluarga dia yang dibunuh oleh Faris.

Sahabat karibnya suatu ketika dahulu.

"Kau dah lupa tentang kenangan kita semasa berkawan? Kau dah lupa semua tu?" Soal Elmyra.

Faris menggelengkan kepalanya lalu dia mengukirkan senyuman manis di bibir.

"Aku tak pernah lupa Elmyra. Aku sayang kau tetapi sebab perasaan sayang tu bertukar jadi benci. Aku ikut emosi aku" ucap Faris.

Elmyra mengesat air matanya.

"Jadi kau maafkan aku?" Soal Faris. Lama Elmyra diam sebelum menjawab soalan lelaki itu.

"Aku maafkan kau. Siapa aku untuk menghukum sedangkan nabi juga memaafkan orang yang mencaci dia"

Faris tersenyum manis.

"Terima kasih Elmyra. Sekarang aku dah boleh pergi dengan aman" ucap Faris seraya bangun dari duduknya.

"Pergi mana?"

Faris tersenyum sebelum memberikan satu bunga daisy kepada Elmyra.

"Pergi dari sini , kau juga patut pergi dari sini. Sini bukan tempat kau" ucap  Faris kepada Elmyra.

"Tak , aku tak nak"

Faris mengangkat kening kirinya.

"Kenapa?"

"Aku dah tiada siapa-siapa" ucap Elmyra.

"Itu semua palsu. Dia sedang tunggu kau di sana cuma kau je tak boleh nampak" ucap Faris.

Elmyra diam.




     
                             Seusai sahaja solat , Tengku Ivan terus menapak ke bilik wad isterinya. Dia memberi salam sebelum melangkah masuk.

Tengku Ivan meletakkan sejambak bunga daisy di hujung kaki Elmyra. Dia duduk pula di sebelah isterinya.

"Sayang" panggil Tengku Ivan.

"Aku datang ni" ucap Tengku Ivan. Dia pandang lama wajah isterinya yang masih menutup mata.

"Bangun sayang" ucap Tengku Ivan. Wajahnya sayu , dia rindu hendak mendengar suara gadis itu.

Sudah 3 bulan Elmyra tidak menyedarkan dirinya. Selama 3 bulan itu juga dia berusaha memperbaiki dirinya.

3 bulan Elmyra koma. 3 bulan yang cukup sayu untuk dia. 3 bulan yang sunyi tanpa suara isterinya. Tanpa gelagat Elmyra yang mencuit hati.

Tengku Ivan pandang wajah Elmyra sebelum dia tersedar yang ada air mata di pipi Elmyra. Bukan air matanya , tetapi Elmyra punya.

"Kau mimpi apa sayang? Kau menangis?" Soal Tengku Ivan walaupun dia tahu Elmyra tidak akan menjawab soalannya.

Tengku Ivan mengusap lembut tangan isterinya , jari jemari Elmyra dibawa ke bibir lalu dikucup dengan lembut.

"Kalau lah malam tu aku tak tampar kau , mesti semua ni takkan jadi kan?" Ucap Tengku Ivan dengan nada yang agak menyesal.

"Tengku"

Tengku Ivan mengangkat wajahnya memandang tuan empunya suara yang memanggil namanya.

"Jom balik , waktu melawat dah habis" ucap Hadi seraya memandang jam di tangan dia sekilas.

Tengku Ivan menganggukkan kepalanya perlahan. Dia bangun dari kerusi yang di duduknya.

Selimut yang terletak elok di atas tubuh isterinya diperbetulkan sekali lalu dia mengucup dahi Elmyra.

"Aku balik dulu , sayang"

Hadi berjalan di belakang Tengku Ivan.

Sejak Elmyra tidak menyedarkan dirinya , Tengku Ivan bagaikan orang yang lain.

Dia hanya diam. Sepatah yang ditanya , sepatah yang dijawab. Muka Tengku Ivan juga semakin kurus. Hadi perasan akan penurunan berat badan Tengku Ivan yang sudah susut.

Tengku Ivan juga hanya fokus kepada kerja , dan Elmyra. Setiap petang dia pasti akan melawat isterinya.

Dia harap Elmyra akan sedar dan tidak meninggalkan mereka semua.

"Tengku tengah tunggu awak Myra , bangunlah"

ELMYRA ALEENA Where stories live. Discover now