"Apa? Accomplice?"Leah mengerutkan wajahnya.
"Pura-pura jadi pasangan aku."Theo berkata ringkas.
"Kenapa pura-pura?Kau malu nak confess?"Leah mengusik.
"Dylan,kau tengok dia-"Theo memandang Dylan.Penatlah melayan minah ni sorang.
"Betullah dia cakap.Kenapa pura-pura pula?"Dylan seperti biasa,membela Leah.
"Aku kena pergi majlis hari jadi Morticia yang ke-18.Aku dah la pergi sana sorang-sorang,tak ke naya diorang ambil aku jadi menantu?!"Theo meluah.Rasa marahnya kembali lagi.
"Apa?! Menantu?!!!"Leah bangun dari duduknya secara mengejut.Riak wajahnya sungguh terkejut,matanya membulat besar.
"Sabar Leah,sabar.."Dylan menganggukkan kepalanya dan menarik lengan Leah,menyuruhnya duduk.
Dada Leah turun naik.Dia pula yang gelabah melebih.
"Takpe kalau kau tak nak,aku cari perempuan lain."Theo bangun.
Leah dengan pantas memegang tangan Theo.
Theo menoleh memandangnya dengan senyuman sinis.Dia tahu Leah akan terima.
Leah mengangguk dengan laju.
"Okey,fine.Tapi dengan syarat."Leah merenung Theo dengan serius.
Satu kening Theo naik sebelah.
"Apa dia?"
Dylan memerhatikan mereka berdua dengan penuh minat.Ini lagi menarik dari drama pukul 7 yang entah apa-apa tu.
"First,awak kena panggil saya dengan nickname manja."Leah tersenyum jahat.Dia sudah ada rencana mahu mengenakan Theo.
"Hei ! Ini just pura-pura kenapa kena panggil kau dengan panggilan manja pulak?!"Theo menggelengkan kepalanya tanpa ragu-ragu sesaat pun.
Leah menoleh memandang Dylan.Meminta Dylan membelanya.
"Theo,kau dah minta tolong dia and dia pun dah setuju nak tolong kau.Takkan syarat mudah macam ni pun kau tak boleh buat?!"Dylan bersuara tidak puas hati.
Theo mengeluh berat.Dia memandang Leah yang sudah tersenyum kemenangan.
"Fine.."Theo akhirnya bersetuju jua.
"Ada lagi."Leah bersuara.
Setiap kali dia bersuara membuat Theo menelan liur gementar.Risau minah ni mintak yang bukan-bukan ha ghisauu.
"Apa?"Theo sudah berkerut.
"Saya yang akan putuskan bila kita berpisah."Leah mengibar rambutnya ke belakang dengan berlagak.
Mata Theo membulat.
"Apa kau-"
"Okey,tamat perbincangan kita hari ini.Saya balik dulu,have a good day love."Leah tidak menunggu lagi,dia terus berjalan pergi sebelum sempat Theo merungut lagi.
YOU ARE READING
𝑻𝒉𝒆𝒐'𝒔 𝑳𝒐𝒗𝒆
Romance"Kau kenal siapa aku,kan?" - Theo "Kenallah,cinta hati aku." - Leah Theo.Si pembuat masalah yang tampan dan gila. Leah.Si pembuat masalah kepada si pembuat masalah.Sentiasa menerima Theo dan bersama dengannya. Layanan kejam Theo terhadap...