"Kau memang penakut."Theo mengutuk.
"Jadi penakut bukan benda buruk."Leah membela dirinya.
"Aku tak suka penakut."Theo berkata dengan selamba.
"Saya ada fobia,Theo."Suara Leah mula bergetar.Bunyi bumbung dibanjiri air hujan semakin kuat membuat tubuh Leah semakin kuat menggigil.
Theo mengeluh.Dia masuk ke dalam biliknya dan mengambil selimut.Dia kembali dan menyelimutkan Leah yang sedang memeluk lututnya sambil menggigil.
Guruh berdentum sekali dengan kuat.
"Ahh !!!"Leah menjerit ketakutan.
Theo masuk ke dalam biliknya lagi dan kini kembali dengan headphone di tangannya.Dia membuka muzik sehingga bunyi guruh menjadi samar-samar di pendengaran Leah.
Leah menyeka air matanya dan mengengsot ke dalam pelukan Theo seperti bayi.
Untuk pertama kalinya,Theo membenarkan dan membiarkan saja Leah berbuat apa sahaja.Dia hanya memejamkan mata dan cuba tidur walaupun dia sendiri terganggu dengan bunyi kuat di luar.
"Theo taklah jahat sangat pun.."Leah berbisik.
"Tidur,Leah."Theo berkata tapi tidak didengari Leah.
Mereka berdua tidur bersebelahan sepanjang malam.Kedinginan malam membuat Theo mendekatkan lagi tubuhnya dengan Leah.Dia cuba juga menyelit masuk ke dalam selimut Leah tapi tidak mampu untuk muat.
"Sejuknya..."Theo merungut di dalam tidurnya sambil memeluk tubuhnya,kesejukan.
Leah membuka headphone yang dipakainya.Dia memandang Theo dan menyelimutkan Theo.
"Kenapa awak selalu buat macam awak tak peduli.."Leah berkata separuh berbisik.Dia menyelinap juga masuk ke dalam selimut.Tertidur lena akhirnya kerana terlalu selesa.
________________________________________
"Theo.Theo.."
Suara Leah kedengaran sayup-sayup di pendengaran Theo.
"Bangunlah,nanti kalau awak lambat bangun awak salahkan saya."Leah menggoyangkan lengan Theo.Mengejutkan lelaki itu dari tidur.
Leah bangun.Dia kemudiannya membawa secawan besar air sejuk dan menuangnya tepat mengenai muka Theo.
Terkejut beruk Theo.Dia bangun mengejut dan menggosok matanya.
"Ops,terlalu banyak.."Leah menutup mulutnya melihat kepala Theo sudah basah lencun dan sudah tumpah ke bahu Theo.
"LEAH !!!!"Theo menjerit.Dia bangun tapi Leah dengan liciknya berlari cuba bersembunyi.
Theo berjaya menangkap pergelangan tangan Leah,dia memegang erat kedua bahu Leah dari belakang dan menekannya dengan kuat.
YOU ARE READING
𝑻𝒉𝒆𝒐'𝒔 𝑳𝒐𝒗𝒆
Romance"Kau kenal siapa aku,kan?" - Theo "Kenallah,cinta hati aku." - Leah Theo.Si pembuat masalah yang tampan dan gila. Leah.Si pembuat masalah kepada si pembuat masalah.Sentiasa menerima Theo dan bersama dengannya. Layanan kejam Theo terhadap...