𝐁𝐚𝐛 2 𝐴𝑐𝑐𝑜𝑚𝑝𝑙𝑖𝑐𝑒

123 23 15
                                    

   "Awak nak bunuh saya sebenarnya kan?"Senyuman Leah pudar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   "Awak nak bunuh saya sebenarnya kan?"Senyuman Leah pudar.Wajahnya sungguh polos,tidak takut langsung.

   "Kau tahu aku tak bergurau.Kau tahu siapa diri aku yang sebenar,Leah.Aku jahat."Theo cuba menakutkan Leah.Walhal apa yang dia beritahu adalah benar.

   "A hot villain."Leah membetulkan Theo.

   "Just...pergi menyorok cepat !"Theo mengurut dahinya.Tidak mampu melayan sikap keanak-anakan Leah.

   "Cari saya sampai jumpa you,mmuah !"Leah memberi flying kiss dan segera berlari.

   Theo tersenyum sinis.Dia menutup kedua matanya dan mula mengira.

   "1..2..."

__________

   Sudah lima belas minit berlalu.Theo masih belum menjumpai Leah.Dia berlegar-legar di sekitar rumahnya dengan pisau yang masih setia di tangan.

   "Pandainya dia sembunyi."Theo mengakuinya.

   Theo duduk di atas sofanya dan bersandar dengan selesa.Akhirnya dia dapat berehat.

   Matanya semakin lama semakin rapat.Dan akhirnya dia tertidur.Meninggalkan Leah yang masih bersembuyi menunggunya.

  

_______________________________________

   Theo terbangun pagi itu kerana bunyi alarm dari telefonnya.Tangannya terasa berat,dia membuka matanya dengan payah.

   Leah sedang tidur dengan nyenyak di sebelahnya.Kepalanya terletak elok di atas paha Theo.Sungguh nyenyak sehingga tidak terjaga walaupun Theo bergerak-gerak.

   Theo mengangkat pisau yang masih berada di tangannya dengan tinggi.Merenung Leah dengan dingin.Firasat jahat menghasutnya untuk membunuh sahaja gadis ini.

   Tapi selepas lama merenung,Theo menjadi leka dan menurunkan pisaunya perlahan-lahan.Matanya tidak lekang dari memandang setiap inci wajah Leah.

   "Why are the hell are you so pretty..."Theo menarik anak rambut Leah ke atas supaya tidak mengganggu mata Leah.

   "Ha kantoi tercatch feeling !"Dylan muncul dari sebalik dinding sebaik sahaja mengambil gambar Theo dan Leah.

   Theo bangun dengan pantas.Malu sudah.

   Dylan ternampak pisau yang berada di atas sofa.

   "Kau cuba- THEO?!!"Membulat mata Dylan memandang Theo.

   "Bila perempuan ni nak balik?"Theo menunjuk ke arah Leah yang sedang tidur dengan wajah muram.

   "Biarlah dekat dia.Leah ni comel tau,aku tak faham kenapa kau benci dia sangat."Dylan membela Leah.

   "Ya comella sangat,aku ugut nak bunuh dia pun dia seronok kau tahu?"Theo semakin tidak faham dengan sikap gila-gila Leah.

   Dylan ketawa.

𝑻𝒉𝒆𝒐'𝒔 𝑳𝒐𝒗𝒆Where stories live. Discover now