Theo bangun dari tidurnya yang lena.Semalam,dia membawa Leah pulang ke rumah.Leah hanya berdiam diri sepanjang masa dan tidak berkata apa-apa langsung.
Theo pergi ke dapur.Leah nampaknya sedang menikmati sandwich yang dibuatnya sendiri.
"Ada untuk aku tak?"Theo merehatkan dagunya di atas bahu Leah.Leah menoleh memandangnya.
"Awak nak ke? Bukan awak tak suka?"Leah tersengih.Dia tidak buat pun untuk Theo.
Theo berdehem.Theo baru sedar apabila merenung wajah Leah.Bekas-bekas luka kelihatan dengan jelas jika dilihat dari dekat begini.Bibir kering Leah membuat Theo bergegas mengambil secawan air untuknya.
"Thank you."Leah meminum seteguk air.Theo mengentuh hujung mata Leah,memeriksa kesan luka di situ.
"Leah,kau tak nak bagitahu aku apa-apa?"Theo cuba mengorek rahsia dari Leah.
Leah tersenyum dan menggelengkan wajahnya.Belum masanya.
"Kau okey?"Berkerut dahi Theo.Masih risau melihat keadaan Leah.
Leah mengangguk.Dia mengangkat sandwichnya.Menunjuk ke arah mulut Theo.Theo membuka mulutnya,menerima suapan Leah.
"Kau takde kawan ke Leah?Kau tak pernah kenalkan sorang pun dengan aku."Pertama kali Theo bercakap tentang Leah.Memeriksa latar belakang Leah.
"Dylan."Leah menghabiskan rotinya dalam sekelip mata sahaja.
Senyuman Theo pudar sebaik sahaja dia mendengar nama Dylan.
"Dan awak."Leah menunjuk ke arah dada Theo.
"Aku hanya sekadar kawan?"Theo menunjuk ke arah dirinya sendiri.Sebelah keningnya naik merenung Leah.
Leah mengangkat bahunya dan melihat ke luar tingkap.Seperti memeriksa jika seseorang datang untuknya.
Theo mengikut setiap langkah Leah ke mana sahaja.Dia mula mengurut bahagian bahu Leah,kemudiannya turun ke belakang Leah.
"Ahh !"Leah terjerit kecil.Berkerut wajahnya,seperti menahan sakit.
Theo tersentak.Apa yang terjadi?Dia menarik Leah dekat dengannya tanpa mempedulikan Leah yang jelas mahu menolaknya.Dia menarik sedikir baju Leah ke bawah,melihat kesan calar besar yang masih bewarna merah menyala di belakang tubuh Leah.
Mata Theo membesar,tergamam melihat luka Leah yang masih berdarah itu.
Leah menolak Theo dengan mengejut,dia berundur beberapa tapak ke belakang dan memeluk tubuhnya.Memandang Theo dengan marah.
"Leah?Siapa buat tu?"Theo cuba mendekatinya tapi Leah berundur ke belakang setiap kali Theo melangkah.
"Kalau awak dekat lagi,saya akan pergi dari sini dan takkan kembali lagi."Leah mengugut dengan wajah dinginnya.Aura tegang memancar dari mereka berdua.
YOU ARE READING
𝑻𝒉𝒆𝒐'𝒔 𝑳𝒐𝒗𝒆
Romance"Kau kenal siapa aku,kan?" - Theo "Kenallah,cinta hati aku." - Leah Theo.Si pembuat masalah yang tampan dan gila. Leah.Si pembuat masalah kepada si pembuat masalah.Sentiasa menerima Theo dan bersama dengannya. Layanan kejam Theo terhadap...