𝐁𝐚𝐛 11 𝐴𝑡 𝑡ℎ𝑒 𝑏𝑎𝑟

48 12 1
                                    

"Bagus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bagus.Barang dah dapat,kamu boleh balik sekarang."Edward berkata sambil merokok.

"Err...korang berdua kenal tak siapa Raphael?"Theo ragu-ragu untuk bertanya.Entah kenapa dia rasa nama Raphael ini seperti begitu familiar kepadanya.

"Raphael?Siapa tu?"Rissa kelihatan bingung.Edward hanya mengangkat bahunya,tidak melayan.

Theo mengeluh dan bangun untuk beredar.

"Raphael Cassonov?"

Theo menoleh sebaik sahaja kakaknya menyebut satu nama itu.Rebecca mengerutkan wajahnya memandang Theo.

"Siapa lelaki tu?"Theo duduk kembali,sangat berminat mahu tahu.

"Raphael..dia dulu terkenal dengan perniagaan dadah dia.Lepastu ada kontroversi kata dia dah bunuh seseorang."Rebecca menongkat dagunya,memerhati gerak-geri adiknya yang mencurigakan.

"Bunuh orang?Biasalah.Orang tak guna macam dia mesti dah biasa membunuh,kan?"Theo mengerutkan wajahnya,tidak faham.

"Tak.Dia dah bunuh orang yang salah.Orang yang penting."Rebecca maju,mendekatkan wajahnya dengan Theo seperti ingin berbisik.Theo turut memajukan wajahnya.

"Siapa?"Soalnya.

"Lucas."Rebecca snapped.

Theo merenung Rebecca,meminta gadis itu menceritakan dengan lebih lanjut.

"Siapa tu?"

"Masih misteri.Nama Raphael hampir hilang dalam sejarah industri kita but I'm not sure.Mungkin dia semakin kuat sekarang?I heard dia dah bertunang.And tunang dia tu perempuan gila yang tak siuman.Psychopath."Rebecca bercerita lagi.

"Menarik."Edward kelihatan tertarik.

"Lucas...siapa Lucas tu sebenarnya..?"Theo meraup wajahnya.Nama itu juga seperti biasa di telinganya.

"Kenapa?Mana kau tahu pasal Raphael ni?"Rebecca menampar bahu Theo.

"Theo pergi dulu."Theo segera meminta diri dan pergi dari situ.

"Adik tak guna.."Rebecca memuncung.Penat dia bercerita,Theo hanya pergi begitu saja tanpa menjelaskan apa-apa.Nasib sayang.

________________________________________

"Dylan.Tolong cari Lucas."Theo memberi arahan melalui telefon bimbitnya.Enjin kereta dihidupkan.

"Lucas?Siapa tu?"Dylan turut ingin tahu.

"Aku tak tahulah nama belakang dia.."Theo mengeluh.

"Kalau macam tu,sorry.Aku tak boleh tolong."Dylan segera menamatkan panggilan.

Theo merenung telefonnya dengan lama.Dahinya berkerut.Kenapa dengan Dylan?Dylan mengenali Lucaskah?Kenapa dia tak mahu siasat,bukannya ramai orang bernama Lucas di dalam industri mereka pun?

𝑻𝒉𝒆𝒐'𝒔 𝑳𝒐𝒗𝒆Where stories live. Discover now