𝐁𝐚𝐛 5 𝑇ℎ𝑒 𝑏𝑎𝑙𝑙

101 23 7
                                    

Sebaik sahaja mereka tiba di rumah,Leah terus masuk ke dalam bilik dan tidak berkata apa-apa langsung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebaik sahaja mereka tiba di rumah,Leah terus masuk ke dalam bilik dan tidak berkata apa-apa langsung.

Rissa dan Edward pun pulang.

Theo duduk di atas sofa.Macam mana dia akan ke majlis kalau Leah merajuk dengannya?

Theo mengetuk-ngetuk pintu bilik Leah.Tiada jawapan.

"Leah?"Theo memanggil.

Diam tidak berkutik.

Theo berputus asa masuk ke dalam biliknya.

_________________________________________

Theo sudah segak memakai tuksedo kelabu.Rambut sudah disikat rapi,dia duduk di atas sofa berpeluk tubuh dengan kakinya disilangkan.Menunggu Leah untuk keluar.

Leah keluar dari bilik sambil menguap.

Membulat mata Theo memandangnya.

"Kau tak siap lagi?!!"Meninggi suaranya.

Tersentak Leah.Dia memandang Theo atas bawah.Kacaknya ! Segak habis.Meleleh air liur dia merenung Theo.

"Pergi bersiap sekarang."Theo menunjuk ke arah bilik dengan wajah garang.

"O-okey !"Leah berlari masuk ke dalam bilik.Jantungnya berdegup kencang.Pipi gebunya berubah menjadi merah.

Selepas 10 minit menunggu,akhirnya Leah siap juga.Leah keluar dari biliknya dan berpusing di hadapan Theo.

Theo tergamam.Leah memakai gaun bewarna merah darah.Kelipan-kelipan permata kecil digaunnya.Menutup seluruh tubuh Leah tetapi dia kelihatan sangat seksi dan menawan.

"Rambut saya tak sempat kerintingkan.."Leah menggaru kepalanya,serba salah.

"Takpelah.Cepat,kita dah lambat ni."Theo menarik tangan Leah bergegas keluar dari rumah itu.

Leah bersandar di dalam kereta,memandang ke luar tingkap kereta.Theo tidak memujinya pun.Leah berjauh hati.

Theo berdehem.Matanya masih fokus memandu.

"Kenapa buat muka macam tu?"Theo bersuara.

"Muka macam mana?"Leah tidak memandang Theo.

"Kau tak suka gaun baru kau?"Theo menelan liurnya gementar.Pertama kali dia gementar bersama dengan seorang wanita.

Leah berdiam diri.Tidak menjawab soalan Theo.Dia berharap Theo yang akan memuji gaunnya.Melihat dia dengan rasa kagum dengan kecantikannya.Tetapi Theo hanya berdiam diri dan tidak mengendahkannya.

"Jangan risau,Leah.Kita akan jadi watak utama hari ini.Kau,dengan aku.Kau akan jadi wanita paling cantik malam ni."Theo tersenyum nipis.

Leah menoleh memandang Theo.

"Awak rasa saya cantik ke?"Leah menjadi tidak senang duduk.

"Kenapa kau tanya kalau kau tahu."Theo menjawab dengan dingin.

𝑻𝒉𝒆𝒐'𝒔 𝑳𝒐𝒗𝒆Where stories live. Discover now