Teaser 1

630 35 1
                                    


“Hai, cik manis.”

Tiba-tiba mereka ditegur oleh seseorang. Kedua gadis itu saling tersenyum. Kacak juga lelaki yang menegur mereka sekarang. Qistina sudah tersipu malu.

“Hai, handsome.”

Lelaki itu sekadar mengangguk ke arah Qistina. Anak matanya menjamah ke wajah Tisya.

“Saya Noah.”

Tangan dihulurkan kepada Tisya. Terhenti gerak tari gadis itu. Cemberut wajah Qistina. Lain yang dipancing, lain pula yang mengena.

“Tisya.”

Belum sempat dia menyambut huluran itu, terasa pinggangnya dirangkul dari sisi. Hampir saja dia menjerit gara-gara terkejut. Namun saat dia terpandang wajah si tunang, senyumannya semakin melebar.
Binggo! Kamil memang terbaik.

“Sayang!”

Tisya berpura-pura terkejut. Leher lelaki itu dirangkul mesra. Sengaja dia mengeselkan wajahnya ke pipi lelaki itu.

Terus berubah wajah Noah. Dia kenal dengan lelaki yang berdiri di hadapannya sekarang. Tak mungkin lelaki pendiam seperti Yazid mempunyai teman wanita seseksi ini.

“Kita balik.” Tegas nada suara Yazid.

“Alaa… abang baru sampai. Kita menarilah dulu. Bukan senang abang nak datang sini.” Leher lelaki itu dirangkul mesra.

Turun naik halkum Yazid. Bau wangian Tisya semakin menggetarkan nalurinya. Malah dia dapat merasakan setiap lengkuk di tubuh gadis ini.

“Siapa ni?” Akhirnya Noah yang terlebih dahulu menyoal.

“Ooo… sorry. Ini Ungku Yazid. My future husband.”

Tercengang Noah. Mata mereka saling beradu. Tak sangka lelaki ini bakal berkahwin.

“Sorry. We have to go.” Tidak mahu terus berlama di situ, pinggang Tisya ditarik supaya mengikutnya keluar dari kelab itu.

​Sempat Tisya melambaikan tangannya kepada Qistina. Gadis itu turut tersenyum penuh makna. Pandai-pandailah Tisya menjinakkan singa yang sedang mengamuk. Sekarang peluang dia untuk memikat Noah.
​Kaki Tisya masih melangkah laju mengikut lelaki itu. Sampai di kereta, Kamil sudah menikus di tepi kereta.

​“Tu… tuan.”

​“Awak boleh balik.”

​Kamil mengangguk faham. Beg kertas milik Tisya dikeluarkan dari kereta. Hampir terbuntang biji mata Yazid melihat barang-barang yang dibeli oleh si tunang. Dasar pisau cukur!

​Sebaik saja kereta Kamil menghilang, tubuh Tisya ditolak kasar ke tepi kereta. Tajam anak matanya melihat wajah gadis itu.

​“What the hell are you doing!”

​Terangkat kedua bahu Tisya. Memang mengamuk betul ni.

​“Apa?” Tisya berpura-pura tidak faham.

​“Jangan buat-buat bodoh! You tahu kan I dah pernah larang you ke sini. You cuba nak malukan keluarga kita ke? Takkan fitting baju perlu ke kelab malam.”

​Nasib baik tiada sesiapa di kawasan letak kereta. Mudah untuk dia menyekolahkan Tisya.

​“Tisya bosanlah. Nak ajak abang keluar, selalu sibuk.”

​“Dah memang I sibuk bekerja. I bukan macam you kerja menghabiskan duit family.”

​Tisya gigit bibirnya dengan kuat. Malu juga dia disindir begitu.

​“Tolong jadi dewasa. You dah 25 tahun. Bukan budak-budak lagi.”

​“Okey. Tisya minta maaf. Janganlah marah.” Tangan lelaki itu diraih dan digenggam erat. Nasib baik lelaki itu tidak menolak.

​“Angkat barang-barang ni masuk dalam kereta. I penat. Cepat balik, cepatlah I berehat.”

🌹

🌹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TewasWhere stories live. Discover now