Bab 3 ( part 1)

597 44 0
                                    

PINTU bilik Thahir dibuka luas. Dia sudah dapat mengagak komputer ribanya pasti dibawa ke sini. Dia masuk ke dalam bilik dengan wajah yang masam. Tersengih-sengih muka Thahir. Langsung tiada riak bersalah.

“Pulangkan komputer akak.”

“Tak bo… boleh.”

“Bagilah akak komputer tu kejap. Lepas ni akak bagi balik.”

Thahir menggeleng laju. Dia masih ralit menonton kartun di komputer milik kakaknya. Tisya mengelus lembut rambut adiknya yang semakin panjang.

Walaupun usia adiknya sudah 20 tahun, namun sikap adiknya masih seperti kanak-kanak. Bagi mereka sekeluarga, Thahir sangat istimewa di hati mereka.

Ibu mereka meninggal selepas melahirkan Thahir. Dia yang ketika itu masih berusia lima tahun, sudah faham erti kehilangan. Babah yang banyak bersama mereka sejak dari kecil lagi.

“Akak...”

“Ehmmm…”

“Ini… a… abang som… bong ke?”
Tergelak Tisya. Gara-gara Yazid kurang tersenyum, dia dianggap sombong. Selama setahun mereka bertunang, boleh dikira dengan jari berapa kali lelaki itu pernah berjumpa Thahir.

“Mana ada. Abang Yazid baik sangat.”

Panjang muncung Thahir. Komputer riba tadi ditutup rapat. Tercengang Tisya. Boleh jahanan komputer riba miliknya ditutup begitu.

“Adik tak… tak su… ka dia.”

“Kenapa?”

“Dia… dia… tak suka akak.”

Senyuman Tisya berubah kendur. Sudah acap kali dia mendengar ayat yang sama. Malah dia sendiri semakin risau dengan sikap Yazid beberapa minggu ini.

Kalau dulu, lelaki itu masih sudi menemani dia ke mana-mana. Namun sekarang, lelaki itu sudah mula memberontak. Pantang berjumpa, ada saja yang tak kena. Dia menganggap apa yang berlaku dalam hubungan mereka disebabkan ujian bertunang.

“Perasaan adik aje. Kalau tak percaya, nanti akak bawa adik jumpa Abang Yazid. Nak?” “Tak nak! Akak ja… jangan percaya dia.”

“Kenapa adik cakap macam tu? Akak sedih tau.” Sengaja dia membuat mimik muka sedih. Hanya itu kelemahan si adik. Pantang melihat wajahnya muram, pasti si adik akan memujuk.

Seperti yang dijangka, Thahir memeluk bahu si kakak. Kepalanya dijatuhkan ke bahu gadis itu.

“Adik sa… sayang akak. Dia na… nampak tak su… suka akak.” Perlahan suara si adik.

Nafas ditarik dalam-dalam. Kepala adiknya diusap lembut.

“Akak tahu adik sayangkan akak. Akak pun sama. Tapi adik jangan risau. Abang Yazid bakal suami akak. Nanti kita akan jadi satu keluyarga. Adik cakap nak tengok akak gembira. Betul tak?”

Thahir mengangguk sedikit.

“Lepas ni jangan cakap perkara yang buruk tentang Abang Yazid. Akak nak bersiap. Kejap lagi akak nak keluar. Adik gunalah komputer tu.”

Dia keluar dari bilik itu dengan perasaan resah. Fikirannya masih terfikirkan kata-kata Qistina dan adiknya.

“Tisya.”

Terperanjat Tisya. Dadanya diusap lembut.

“Babah ni. Suka sangat kejutkan Tisya.”

Tergelak orang tua itu. Dia menarik bahu anak sulungnya supaya duduk di sofa bersamanya. Tisya sekadar menurut.

“Persiapan macam mana?”

“Ehmm… dah separuh siap. Dewan pun dah tempah.”

“Awalnya…”

“Tak awallah. Lagipun hujung tahun ni cuti sekolah. Takut banyak pula tempahan. Tisya nak pastikan perkahwian kami ala-ala wedding of the year.”

“Amboi, banyaklah duit babah nak diguna.”

Serentak mereka ketawa. Pinggang babah dirangkul manja.

“Babah cakap nak tengok anak perempuan babah ni jadi seperti puteri. Mestilah kena buat yang terbaik. Lagipun bakal menantu kesayangan babah tu, bukan calang-calang orangnya.”

“Yazid layan Tisya baik ke?”

“Ehmmm… baik.” Tisya tersenyum kelat sambil menyembunyikan wajahnya di dada orang tua itu.

“Baguslah. Babah yakin dia memang lelaki yang baik. Nanti ajaklah dia ke rumah. Dah jarang babah jumpa dia.”

Tisya sekadar mengangguk. Kerap juga dia mengajak lelaki itu ke sini. Seperti biasa, ada saja alasan yang diberi.

“Nanti bila Tisya dah berkahwin, bolehlah babah serahkan syarikat kita tu kepada Yazid. Nak harapkan Tisya, ehmmm… lambat lagilah.”

“Tengoklah tu. Ungkit lagi. Tisya memang tak minat nak kerja dengan babah.” Panjang muncung Tisya. Memang dari dulu lagi dia tak suka bekerja dengan sesiapa.

Disebabkan itu dia lebih suka membuat review berbayar di IG. Dengan kecantikan yang dia ada, dia banyak menerima tawaran review berbayar tentang prodok kecantikkan dan pakaian.

“Babah ni dah tua. Sebelum babah tutup mata, babah nak pastikan anak-anak babah bahagia. Lagi satu, jaga adik tu. Babah paling risaukan dia.”

Dato Talha menarik nafas panjang. Dia sudah menjalankan tanggungjawabnya dengan menghantar anak bongsunya ke sekolah pendidikan khas. Walaupun Thahir sudah mampu berdikari tapi tetap perlu dipantau.

“Adik tu budak yang bijak. Kadang-kadang kita sendiri pun tak jangka apa yang terkeluar dari mulut dia tu ada yang betul.”

Tertelan air liur Tisya. Dia tegakkan tubuhnya. Tiba-tiba dia teringat perbualannya bersama adik.

“Err… Tisya nak masuk bilik. Kejap lagi nak keluar.”

Menggeleng Dato Talha. “Keluar lagi?”

Tersengih-sengih Tisya. Pipi babah dicium terlebih dahulu sebelum dia berlari masuk ke dalam bilik. Petang ni dia sudah nekad untuk mengajak si tunang keluar bersama.

❤️❤️❤️

TewasWhere stories live. Discover now