Bab 2 ( part 1)

478 29 0
                                    

YAZID keluar dari bilik air sambil mengesat rambutnya. Setelah seharian bekerja, dapat juga dia merehatkan diri di rumah. Dia duduk bersandar di kerusi rehat. Matanya terpejam rapat.

Bunyi deringan telefon sedikit mengganggu lenanya. Pada awalnya dia tidak mahu menjawab panggilan tersebut. Setelah beberapa kali panggilan masuk, dia terpaksa juga menjawab panggilan tersebut.

“Kenapa Kamil?”

“Tuan… err… Cik Tisya.”

Yazid terus berdiri tegak. Kalau nama gadis itu disebut, dah tentu ada masalah yang berlaku.

“Teruskan.”

“Cik Tisya ada di kelab sekarang. Saya… saya tak berani masuk.”

Bibir diketap menahan marah. Melampau. Memang sengaja betul gadis itu mencabar kesabarannya.

“Saya minta maaf, tuan. Saya tak boleh masuk. Kalau mak bapak saya, habis saya.”

“Saya faham. Bagi location. Saya ke sana sekarang.”

Talian segera dimatikan. Telefon dicampak kasar ke atas katil. Walaupun dia baru saja selesai mandi, terasa bahang tubuhnya sudah kembali hangat.

Tiba-tiba satu mesej masuk ke dalam telefonnya. Dia capai telefonnya kembali. Sebaik saja dia melihat gambar yang dikirimkan oleh gadis itu, dadanya berombak ganas. Walaupun dia tak pernah cintakan Tisya, tak bermakna dia suka melihat gadis itu menjatuhkan maruah sendiri.

Bergegas dia menukar pakaiannya kepada yang lebih santai. Kunci kereta dicapai. Laju langkahnya keluar dari bilik tidur.

Di ruang tamu, dia terserempak dengan kedua ibu bapanya. Berkerut dahi orang tua itu melihat anak mereka menuju ke pintu rumah. Setahu mereka, Yazid kurang gemar keluar ke mana-mana selepas waktu bekerja.

“Nak ke mana?” soal Ungku Yusri. Puan Sofea sekadar menjadi pendengar.

“Keluar jumpa Tisya.”

Kedua orang tua itu saling berpandangan. Ada riak keliru di wajah masing-masing.

“Sejak bila anak mama ni keluar dating?” sindir Puan Sofea. Ungku Yusri sudah tergelak kecil.

“Kalau ikutkan hati, Yazid pun tak nak ke sana. Tapi ni dah melibatkan nama baik keluarga kita.”

“Maksud Yazid?” Ungku Yusri sudah tidak senang duduk.

“Tisya ke kelab malam. Dan papa tahu kan apa akibatnya kalau hal ni tersebar.”

Merah padam wajah kedua orang tua itu.

“Melampau. Fea dah cakap, abang perlu selesaikan hal ni secepat mungkin. Nak tunggu sampai bila lagi?”

“Betul cakap, mama. Yazid tak nak teruskan lagi permainan ni. Sampai bila papa nak Yazid berlakon? Takkan sampai kami dah berkahwin.”

Ungku Yusri berdeham perlahan. Dia bangun dan mendekati si anak. Bahu Yazid ditepuk perlahan.

“Papa dah hampir berjaya. Jangan risau. Tak lama lagi kita akan tamatkan semua ni.”

Yazid merengus kasar. Dia segera keluar dari rumah dengan perasaan marah. Jika bukan disebabkan ingin membalas dendam, dia takkan terlibat dalam pertunangan ini.

Semua ini berpunca dari Dato Talha. Dia punca semua masalah ini berlaku. Dato Talha pernah menganiaya keluarga mereka sehingga papa dibuang kerja. Namun papa bangkit untuk membuktikan dirinya tak bersalah.

Siapa sangka selepas hampir 18 tahun, mereka dipertemukan sekali lagi. Rancangan papa menjadi begitu mudah apabila Dato Talhal tidak mengenali papa. Sebagai seorang anak, sudah tentu dia sakit hati apabila melihat sendiri penderitaan keluarga mereka.

Papa dimalukan sehingga dibuang kerja. Malah mereka sekeluarga terpaksa hidup merempat. Malang nasib papa apabila hartanya dihabiskan untuk membayar hutang. Ketika itu dia masih berusia 13 tahun. Mujurlah papa bertemu dengan seseorang kenalan lamanya. Sejak dari hari tu hidup mereka berubah sehingga menjadi seperti sekarang.

Disebabkan itu dia tidak pernah memikirkan tentang cinta. Yang menjadi matlamatnya sekarang, kejayaan syarikat hartanah milik keluarga mereka. Dan paling utama, misi membalas dendam terhadap keluarga Dato Talha.

💥💥💥💥

Berminat wasap 0129284568

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Berminat wasap 0129284568. Pratempahan diterima sehingga 10/4 sahaja.

TewasWhere stories live. Discover now