Bab 3 ( part 2)

525 31 0
                                    

AKHIRNYA mesyuarat yang berjalan hampir dua jam selesai juga. Yazid mengemas segala dokumen di atas meja. Hari ini dia mahu pulang awal ke rumah. Tubuhnya terasa lemah sedikit. Mungkin disebabkan malam semalam dia tak cukup tidur.

“Terima kasih, semua. Kalau ada sebarang masalah, encik boleh hubungi pembantu saya.”

“Awak tak ingat saya?”

Tak jadi dia melangkah keluar dari pejabat. Kamil turut berdiri di belakang majikannya.

“Maksud encik?”

Noah tergelak kecil. Sah lelaki itu tidak mengingatinya. Baru beberapa hari yang lepas mereka berjumpa.

“Kita pernah berjumpa malam tu. Club Mint. Ingat?”

Riak wajah Yazid terus berubah. Dia berikan isyarat mata kepada Kamil untuk beredar terlebih dahulu. Pada masa yang sama, pekerja Noah turut melangkah keluar.

“Jadi awak…”

“Ya, saya yang nyaris nak mengorat bakal isteri awak.”

Yazid berdeham kekok. Jujur dia tak selesa apabila bercakap tentang Tisya.

“Tak sangka awak pun suka ke sana?”

Yazid tergelak sinis. Nampak sangat Noah cuba menyindirnya.

“Itu hal peribadi saya. Selagi tak mengganggu kerja kita, tak ada masalah.” Biarlah Noah terus menganggap dirinya seorang yang liar. Malas dia hendak panjangkan isu ini. Walaupun memang benar itu kali pertama dia menjejakkan kaki ke kelab malam, mustahil Noah akan percaya.

“Sorry. Saya tak bermaksud apa-apa. Yalah, sebelum ni saya kena Ungku Yazid seorang yang sangat berdisplin. Ehmmm… mungkin disebabkan dia sangat hot. Mana-mana lelaki pun akan tergoda.”

Tergerak-gerak rahang Yazid menahan marah. Hampir saja dia menumbuk wajah Noah di sini. Berani betul dia bercakap perkara yang bukan-bukan tentang Tisya.

“Saya pergi dulu. Nanti ada peluang, kita boleh ke sana bersama-sama.” Noah kenyitkan mata sebelum melangkah keluar dari bilik mesyuarat.

Dokumen di tangannya dihempas kasar. Tali lehar ditarik keluar dari kolar bajunya. Semakin membahang tubuhnya apabila dia dikatakan seorang lelaki yang liar. Semuanya disebabkan Tisya.

Setelah berjaya menenangkan diri, barulah dia keluar dari bilik tersebut. Dia sempat memberikan pesanan kepada Kamil untuk menghubunginya jika ada masalah di pejabat. Tak sabar untuk dia pulang ke rumah sekarang.

Ketika dia tiba di kawasan tempat letak kereta, dia ternampak kelibat Tisya sedang berbual bersama Noah. Melihat cara lelaki itu merenung gadis itu, tangannya dikepal kuat. Noah bukanlah lelaki yang baik. Banyak cerita yang dia dengar lelaki itu suka bertukar pasangan.

“Ehem.”

Serentak pasangan itu menoleh ke arahnya. Ceria wajah Tisya. Dia terus meluru ke arah si tunang.

“Abang balik awal ke hari ni?” Lengan lelaki itu dirangkul mesra.

“Ehmmm. Kenapa datang sini?”

“Tisya bawakan makanan. Ini…” Bekas makanan yang dibawa dari rumah ditunjukkan di hadapan lelaki itu.

Noah sekadar tersenyum senget.

“Saya pergi dulu, princess.” Noah berlalu pergi sambil melambai tangannya.

Tisya tersenyum malu. Pipinya disentuh perlahan. Suka betul lelaki ini menyakatnya dari tadi.

“Seronok?”

“Ha?”

“You seronok ada lelaki lain puji you?”

“Abang cemburu ke?” Terkelip-kelip mata Tisya. Wajahnya sengaja dirapatkan. Hampir saja hidung mereka bertemu.

Yazid segera jarakkan dirinya. Kalau imannya tak kuat, dah lama bibir merah itu disambarnya.

❤️❤️❤️

Esok last day tempahan.

TewasWhere stories live. Discover now