Bab 2 ( Part 2)

542 35 2
                                    

BUNYI muzik samakin rancak. Sudah lama Tisya tidak melepaskan gian menari. Semuanya gara-gara Yazid dia tidak menjejakkan kaki ke sini. Disebabkan sakit hati dengan sikap si tunang, dia kembali ke sini.

Qistina turut melepaskan gian dengan menari bersama. Mata-mata nakal sudah mula memandang ke arah mereka berdua. Sudah pasti tumpuan diberikan kepada Tisya.

“Seronoknya.” Jerit Tisya.

Mencebik bibir Qistina. “Kau yang penakut. Belum jadi isteri, dah ikut cakap Mr. Diktator tu.”

Tergelak Tisya. Macam-macam gelaran yang diberikan oleh Qistina kepada si tunang. Nampak sangat kawan baiknya tidak sukakan lelaki itu.

“Mana budak nerd tadi?”

“Ooo… Kamil. Dia tunggu aku di luar. Maklumlah budak baik.”

Serentak mereka ketawa. Geli hati juga Tisya dengan perangai pembantu peribadi Yazid. Bukan main takut lagi semasa dia mengajak lelaki itu masuk ke sini. Lebih rela menunggunya di luar kelab.

“Hai, cik manis.”

Tiba-tiba mereka ditegur oleh seseorang. Kedua gadis itu saling tersenyum. Kacak juga lelaki yang menegur mereka sekarang. Qistina sudah tersipu malu.

“Hai, handsome.”

Lelaki itu sekadar mengangguk ke arah Qistina. Anak matanya menjamah ke wajah Tisya.

“Saya Noah.”

Tangan dihulurkan kepada Tisya. Terhenti gerak tari gadis itu. Cemberut wajah Qistina. Lain yang dipancing, lain pula yang mengena.

“Tisya.”

Belum sempat dia menyambut huluran itu, terasa pinggangnya dirangkul dari sisi. Hampir saja dia menjerit gara-gara terkejut. Namun saat dia terpandang wajah si tunang, senyumannya semakin melebar.

Binggo! Kamil memang terbaik.

“Sayang!”

Tisya berpura-pura terkejut. Leher lelaki itu dirangkul mesra. Sengaja dia mengeselkan wajahnya ke pipi lelaki itu.

Terus berubah wajah Noah. Dia kenal dengan lelaki yang berdiri di hadapannya sekarang. Tak mungkin lelaki pediam seperti Yazid mempunyai teman wanita seseksi ini.

“Kita balik.” Tegas nada suara Yazid.

“Alaa… abang baru sampai. Kita menarilah dulu. Bukan senang abang nak datang sini.” Leher lelaki itu dirangkul mesra.

Turun naik halkum Yazid. Bau wangian Tisya semakin menggetarkan nalurinya. Malah dia dapat merasakan setiap lengkuk di tubuh gadis ini.

“Siapa ni?” Akhirnya Noah yang terlebih dahulu menyoal.

“Ooo… sorry. Ini Ungku Yazid. My future husband.”

Tercengang Noah. Mata mereka saling beradu. Tak sangka lelaki ini bakal berkahwin.

“Sorry. We have to go.” Tidak mahu terus berlama di situ, pinggang Tisya ditarik supaya mengikutnya keluar dari kelab itu.

Sempat Tisya melambaikan tangannya kepada Qistina. Gadis itu turut tersenyum penuh makna. Pandai-pandailah Tisya menjinakkan singa yang sedang mengamuk. Sekarang peluang dia untuk memikat Noah.

Kaki Tisya masih melangkah laju mengikut lelaki itu. Sampai di kereta, Kamil sudah menikus di tepi kereta.

“Tu… tuan.”

“Awak boleh balik.”

Kamil mengangguk faham. Beg kertas milik Tisya dikeluarkan dari kereta. Hampir terbuntang biji mata Yazid melihat barang-barang yang dibeli oleh si tunang. Dasar pisau cukur!

Sebaik saja kereta Kamil menghilang, tubuh Tisya ditolak kasar ke tepi kereta. Tajam anak matanya melihat wajah gadis itu.

“What the hell are you doing!”

Terangkat kedua bahu Tisya. Memang mengamuk betul ni.

“Apa?” Tisya berpura-pura tidak faham.

“Jangan buat-buat bodoh! You tahu kan I dah pernah larang you ke sini. You cuba nak malukan keluarga kita ke? Takkan fitting baju perlu ke kelab malam.”

Nasib baik tiada sesiapa di kawasan letak kereta. Mudah untuk dia menyekolahkan Tisya.

“Tisya bosanlah. Nak ajak abang keluar, selalu sibuk.”

“Dah memang I sibuk bekerja. I bukan macam you kerja menghabiskan duit family.”

Tisya gigit bibirnya dengan kuat. Malu juga dia disindir begitu.

“Tolong jadi dewasa. You dah 25 tahun. Bukan budak-budak lagi.”

“Okey. Tisya minta maaf. Janganlah marah.” Tangan lelaki itu diraih dan digenggam erat. Nasib baik lelaki itu tidak menolak.

“Angkat barang-barang ni masuk dalam kereta. I penat. Cepat balik, cepatlah I berehat.”

Yazid masuk ke dalam kereta dengan wajah yang tegang. Mencebik bibir Tisya. Kesudahannya dia juga yang terpaksa membawa masuk beg-beg kertas tadi ke dalam kereta.

Sepanjang lelaki itu memandu, masing-masing hanya berdiam diri. Bosan betul Tisya. Ingatkan dapatlah makan malam bersama. Tak berani dia nak mengajak. Tak pasal-pasal dia dimarah lagi.

Setibanya mereka di hadapan rumah keluarga Tisya, hanya gadis itu yang keluar. Dia menjenguk sedikit ke tingkap.

“Abang tak nak jumpa babah?”

“No. Dah lewat.” Yazid masih kekal dingin.

“Okey. Errr… abang.”

“Ehmmm…”

“Next week kita pergi fitting baju ya. Tisya dah tukar jadual. Kali ni abang janganlah menolak. Please…”

Yazid toleh ke tingkap. Wajah penuh berharap itu dipandang dengan perasaan serba salah.

“Nanti I tengok jadual kerja I.”

Ceria wajah Tisya. “Thanks abang. Tisya sayang abang.”

Yazid langsung tak membalas. Panjang muncung Tisya.

“Abang dengar tak?”

“Cepatlah. I dah lewat.”

“Hishhh… abang ni tak romantiklah. Tisya sayang abang. Jawablah abang sayang Tisya juga.”

Berdecit lidah Yazid. Bosan melayan sikap kebudak-budakkan gadis ini.

“Okeylah. Tisya masuk dulu. Tisya cintakan abang. Sayang sangat-sangat. Jangan tinggalkan Tisya ya.” Gadis itu terus berlalu meninggalkan lelaki itu.

Mendengar ayat terakhir itu, hati Yazid sedikit tersentuh. Lidahnya masih berat untuk membalas kata-kata gadis itu. Belum sempat dia hidupkan enjin kereta, anak matanya ternampak beg kertas di tempat duduk belakang.

“Tisya!”

Tisya berpaling ke belakang.

“Barang-barang ni…”

“Itu semua barang-barang abang. Jangan lupa pakai.” Tisya lambai tangannya sebelum masuk ke halaman rumah.

Berkerut dahi Yazid. Barang-barang dia? Satu beg kertas dicapai. Dia melihat isi di dalam beg kertas tersebut. Bulat matanya seketika. Dia melihat isi di dalam beg yang lain. Ada jam tangan, tali leher, kasut kerja dan baju kemeja. Semua barang ini adalah untuknya.

Nafas dihembus kasar. Timbul rasa bersalah apabila dia menuduh gadis itu secara melulu. Sampai bilalah dia harus terikat? Dia tidak mahu terus memberi harapan kepada Tisya.

🔥🔥🔥💥

Tinggal 4 hari lagi tempahan. Lepas 10/4, kak tak ambil ya😘

TewasWhere stories live. Discover now