Bab 1 ( part 2)

534 30 0
                                    

BERPELUH Kamil dibuatnya. Kedua tangannya sudah penuh dengan barang-barang yang dibeli oleh Tisya. Banyak betul barang yang dibeli oleh tunang majikannya.

“Banyak lagi ke cik?”

“Belum. I tak puas lagi. Kan I dah cakap nak habiskan duit tunang I.”

Tertelan air liurnya. Sudah beribu juga duit yang dihabiskan oleh Tisya. Sah tunang majikannya ini sengaja menempah bala. Dahlah Ungku Yazid seorang yang kedekut.

“Cik… errr… dah maghrib. Saya nk solat dulu kalau cik lambat lagi nak balik.”

Terhenti langkah Tisya. Jam di tangannya dikerling sekilas. Nafas dihembus kasar. Disebabkan terlalu marah, tak sedar jam sudah hampir lapan malam.

“Pergilah. I tunggu you di sini.”

“Tak apa ke?” Serba salah Kamil.

“Pergi ajelah.” Tisya menjeling geram. Dia duduk di kerusi yang ada di situ. Sementara Kamil ke surau, dia menghubungi seseorang.

“Hello, Qis.”

“Apa mimpi kau call aku? Kata nak luangkan masa dengan Mr. Charming.”

Tisya julingkan biji mata.

“Tak ada maknanya. Dia sibuk 24 jam. Ada ke patut dia suruh P.A dia gantikan untuk fitting baju dia.”

“Biar betul! Tunang kau tu serius ke tidak nak kahwin?”

Tegak terus tubuh Tisya. Soalan Qistina membuatkan dia mula terfikirkan sesuatu. Mustahil lelaki itu tidak mahu berkahwin. Perkahwinan mereka hanya tinggal beberapa bulan lagi.

“Kau dengar tak ni?”

“Dengar.” Hampir tak terkeluar suaranya.

“Habis tu, kau tak mengamuk.”

Terdiam Tisya. Setiap kali dia berhadapan dengan Yazid, susah dia nak merajuk panjang. Alih-alih, dia yang pujuk diri sendiri.

“Ungku Yazid tu memang bermasalah. Aku rasa lebih baik kau fikir masak-masak sebelum nak kahwin dengan dia. Banyak lagi lelaki dekat luar sana.”

“Kau jangan nak takutkan aku.” Bengang juga Tisya. Tujuan dia menghubungi Qistina, disebabkan dia ingin meluahkan masalah. Sekarang lain pula yang berlaku.

“Aku bukannya nak takutkan kau. Hari tu masa kita pergi bercuti, tak ada pun dia call kau. Dekat situ aku dah pelik.”

“Sebab dia sibuklah.” Tisya cuba membela si tunang.

Tergelak Qistina mendengar alasan Tisya. Sudah lebih 10 tahun mereka berkawan. Dia kenal dengan sikap Tisya. Tisya bukan seorang yang mudah jatuh cinta. Kali pertama Tisya bertemu dengan Ungku Yazid, dialah orang pertama yang mendengar luahan cinta kawan baiknya.

Ada rasa cemburu melihat gadis itu sentiasa dapat apa yang diidamkan. Setiap kali dia sukakan seseorang, pasti semuanya gagal disebabkan Tisya. Maklumlah Tisya lebih daring dan cantik berbanding dirinya.

“Aku tak nak kau jadi bodoh disebabkan cinta.”

“Dahlah. Aku tak nak kau takutkan aku. Aku yakin dia bukan orang yang jahat.”

“Apa-apa ajelah. Jom kita ke club.”

“Tak naklah. Dia tak suka aku ke sana.” Dia masih ingat larangan lelaki itu selepas mereka bertunang. Yazid tidak suka bakal isterinya ke tempat seperti itu. Demi Yazid, dia sanggup melupakan kegiatan lamanya.

“Come on, Tisya. Dia takkan tahulah.”
Terdiam Tisya. Serba salah juga dia nak menolak. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu. Tak salah kalau dia menguji lelaki itu.

“Okeylah. Jom kita ke sana.”

“Seriuslah.”

Tisya tersenyum penuh makna. Dia sudah ada rancangan untuk mengenakan si tunang.

“Kita jumpa malam ni di tempat biasa.”

Talian terus dimatikan. Makin tak sabar dia untuk laksanakan rancangannya. Tak lama kemudian, Kamil muncul dengan wajah yang segar.

“Jom, Kamil.”

“Cik dah nak balik?” Ceria wajah Kamil. Kedua kakinya sudah lenguh gara-gara berjalan terlalu lama hari ini.

“No. Saya nak ke kelab.”

Hampir terjatuh rahang Kamil. Biar betul!

🔥🔥

TewasWhere stories live. Discover now