ADEL merentap tudung Rosa di hadapannya tanpa sebarang amaran awal. Dia cuba untuk menahan rasa amarah yang kian membuak-buak hebat. Senyuman paling sinis jelas tersumbing di bibir sendiri tanda tidak lemah. Mendidih pula darah panasnya naik ke otak. Rosa ingat, dia heran sangat ke?
"Adu... sakit! Lepaslah, Adel!" jerit Rosa nyaring. Fokus manusia di kafe itu mula tertumpu ke arah mereka. Atas bibir Adel pula terangkat meluat. Hello? Siapa yang harus menjerit kerasukan dan kegilaan sekarang jika bukan dia? Gelak besar Adel meletus kuat. Sakit? Rasain lo!
"Sakit ke, Rosa? Padanlah muka kau. Siapa suruh menggatal dengan suami aku? Dalam banyak-banyak jantan, suami kawan baik sendiri juga ke yang kau nak kebas? Apa hal? Dah buang tabiat?" cengkaman Adel di sanggul Rosa semakin keras.
"Tak payah sentuh aku!" Rosa menolak tubuh Adel sedaya upaya supaya menjauhinya. Ini siapa? Sejak bila pula Adel, rakan baiknya itu jenis kaki pukul orang?
"Tak payahlah apa? Kau malu ke orang tahu yang sebenarnya, kau ni perampas?" Adel memeluk tubuh sendiri kepuasan. Mata manusia yang lalu-lalang di situ tepat terpaku ke arah mereka. Adel mempersembahkan, perampas suami orang pada tahun ini, Nur Rosa!
"Tak perlu memekik la, Adel. Benda boleh bincang baik-baik kan? Sejak bila pula kau ni jenis yang menyerang orang?" ujar Rosa lalu berdecit benci. Dia membaiki tudung bawalnya yang sendiri herot. Ei, dia main tarik-tarik tudung.
"Huh? Bincang baik-baik? Kau ingat benda macam ni boleh bincang baik-baik ke? Kau tu rampas suami aku. Suami aku tu bukan anak kucing tau, boleh ambil suka-suki kau je!" pintas Adel tidak percaya. Rosa sedang mengajaknya supaya berbincang? Dia tengah bermimpi atau apa?
"Please, Adel? Tolong jangan buat onar dekat sini. Kita bincang baik-baik. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya." Rosa cuba untuk mengemis sisa empati daripada Adel. Dia tahu, sahabat baiknya ini bersifat lembut hati. Dah banyak kali termakan pujuk rayunya.
"Tak nak, aku tak nak bincang baik-baik. Aku nak buat onar sama macam kau buat onar dalam rumahtangga aku! Kau perampas, tak ada sorang pun yang boleh ubah kenyataan tu!" tempik Adel pantang menerima kekalahan.
"Ah, malas la aku layan kau ni. Lama-lama makin menjadi-jadi. Apa boleh aku buat lagi? Aku dan Yunus..." tiba-tiba saja bait kata Rosa itu terputus. Nak cakap tak sampai hati, jadi Rosa gigit jari saja.
"Kau dan Yunus apa?" ruas dahi Adel berkerut. "Cakap la! Apa yang susah sangat?"
Rosa masih diam.
"Rosa..."
"Kami dah kahwin!" celah Rosa dulu.
Tubuh Adel itu tersentak hebat. Riak wajahnya serta-merta berubah kelat. Tiba-tiba saja dadanya terasa sesak. Seluruh dunianya ini... terasa seperti musnah. Tercabik-cabik kejam hati kecilnya, lebih teruk berbanding menerima kebenaran sebelum ini. Dia sedih, kecewa dan terkilan dalam satu masa. Ruas dahinya berkerut tidak percaya. Dia tahu yang suaminya itu ada perempuan lain tapi tak mungkinlah sudah sejauh ini?
"Bohong."
"Huh?"
"Kau... kau bohong!" nafi Adel.
"Tak, aku tak bohong. Dah sebulan kami bernikah. Aku bukan apa, aku kesian dekat Yunus. Aku rasa macam dia tak pernah dapat kasih sayang daripada seorang isteri. Kau? Kau asyik sibuk je. Kau patut bersyukur, Yunus ada aku untuk meluah. Adel, aku masih kawan baik kau tau? Aku takkan buang kau. Aku sayang kau. Aku tak suka kita bergaduh sebab benda kecil macam ni, fasal lelaki pulak. Aku harap kita dapat baiki..."
Pang!
Satu tamparan kejam itu menempah nasib tepat di pipi mulus Rosa. Air mata penderitaan Adel jatuh laju ke lekuk wajah. Ya Allah, dia percaya, pasti ada hikmah di sebaliknya. Tuhan uji sebab Dia sayang. Adel elus pipi basahnya sendiri.
YOU ARE READING
TUAN ISKAN (VERSION 1)
Romance(SUDAH TERBIT) The Fallen Prince : What If It Was True Love? Green version of TUAN ISKAN FIKSI SEMATA-MATA!